Senin, 28 Juli 2008

Sudikah UMNO?

Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dengan berlapang dada telah mempelawa UMNO untuk bersama-sama bergabung dengan Pas.Tidak kisah apa nama parti yang `bakal’ ditubuhkan asalkan dasarnya mestilah Islam!.Tahniah Tok Guru…dengan percaturan yang bijaksana.

Memang pada lojiknya UMNO tidak mungkin meninggalkan perjuangan sekular yang digemarinya namun tok guru tidak menjadikan perbezaan prinsip sebagai penghalang kepada dakwahnya.UMNO juga manusia yang punya roh dan jasad! Punya tanggungjawab kepada KHALIQ selagi bernyawa.Tidak dinafikan ramai dikalangan ahlinya yang istiqamah kerana ikut-ikutan tanpa memahami dasar dan perjuangannya.Maka sangat kenalah pelawaan ini pada masanya.

Pas bukan parti Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Hj Hadi tapi Pas milik sekumpulan manusia yang istiqamah dalam menyuruh manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran!Bukankah itu selari dengan perintah Allah agar setiap insan itu menjadi khalifah di atas mukabumi ini.?

Tok Guru juga membuka ruang pada UMNO untuk mengkritik Pas jika ada mana-mana tingkahlaku Pas yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam.Nah! tunggu apa lagi wahai sahabatku UMNO cubalah senaraikan dimana silapnya.Tapi jika puas diintai masih tidak nampak mengapa masih ragu-ragu untuk bersama-sama berjuang dengan Pas?

Memperjuangkan sebuah parti yang berasaskan Islam bukanlah bermakna kita mengenepikan rakyat pelbagai kaum yang lain.Islam sama-sekali tidak membenarkan perkara yang menjadi hak kepada bangsa dan agama lain dicabul.Islam membawa rahmat ke atas sekalian umat manusia!Tambahan pula majoriti bangsa lain sudah mula boleh menerima politik Islam sekarang.Kebanyakan mereka mengakui akan keadilan Islam dalam sistem pemerintahan.Tidak dinafikan dalam hal ini Negeri Kelantan berjaya menjadi `role model’ yang sentiasa mengadaptasikan Islam dalam pentadbiran kerajaan negerinya.

Jika bukan Islam tidak takut kepada sistem pemerintahan Islam mengapa kedapatan dikalangan orang Islam sendiri yang seakan ragu pada rahmat yang diturunkan Allah ini?Sedangkan lima kali sehari kita mengakui solat,ibadah,hidup dan mati hanya untuk Islam!Maka sangat wajarlah kita berganding bahu agar terhasil dalam negara ini sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.Wallahualam!


by Jinbukitridan

Baca lagi......

Jumat, 25 Juli 2008

Terima kasih ‘EMBI terengganu promosi Proton’.


Negeri jiran Tok Gajah, Terengganu mempunyai seorang embi yang bagus kerana telah mempromosi proton. Proton yang baru nak bangkit dari kemerosotan dan kemurungan telah mula bernafas apabila Proton Pesona dan Satria Neo mendapat kepercayaan rakyat . Jutaan ringgit dibelanja untuk promosi dalam iklan media cetak, iklan media elektronik dan gerakan skuad promosi proton menjelajah ke seluruh pelusuk negara.

Penat lelah Proton ini telah dibantu oleh promosi embi ini yang sangat baik. Embi memberitahu negara dan dunia bahawa Proton Perdana ini tak berapa bagus(?), kos minyak mahal, selalu rosak dan kos selenggara tinggi.

Agak-agaknya, rakyat Malaysia dan masyarakat dunia makin meyakini produk proton??? Minta embi ni jawab dan orang muadzam juga jawab. Tentu warga proton berkata, “TERIMA KASIH EMBI..!”

bunga teratai


Baca lagi......

Senin, 21 Juli 2008

Seminar Motivasi PMR/SPM.

Dalam usaha melahirkan modal insan yang bertakwa dan cemerlang di dunia dan akhirat Pas Kawasan Rompin melalui Lujnah Pendidikannya telah menganjurkan satu seminar motivasi dan kecemerlangan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Seminar ini diadakan di Maahad Tahfiz Darul-Quran di Keratong 5 dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin Ustaz Shukri Hj Ahmad.Dalam ucapannya
beliau mengalu-alukan penganjuran sebarang program yang sebegini bagi manfaat kepada masyarakat.Katanya Pas bertanggungjawab mendidik masyarakat dengan ilmu akademik dan agama agar kemajuan negara seiring dengan pembangunan jiwa rakyat.

Kursus ini mendapat sambutan hampir 40 orang peserta dari seluruh kawasan Rompin.Bemula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3 petang.Ruang yang singkat ini dimanfaatkan dengan pembentangan kertas kerja dari fasilitator yang diundang khas.Ustaz Yusof Embong,bekas guru yang berpengalaman dan kini diamanahkan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang membentangkan beberapa kertas kerja yang menarik.Antara
nya bertajuk ‘siapa saya’,`ubah minda’ dan `kemahiran belajar’.

Pakar motivasi saudara Mazlan Mohamed Yasin juga turut membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk `sayang
ayah-ibu’.Beliau cuba mengetuk hati para remaja agar sentiasa patuh dan taat kepada kedua orang tua dan berkomitmen tinggi dalam memenuhi harapan ibu-bapa.

Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Kawasan Rompin, Ustaz Mohd Sanusi Mohd Nor diakhir program melahirkan kegembiraannya apabila seminar ini mendapat sambutan yang meggalakkan dan memenuhi objektif penganjurannya.Program sehari ini menurutnya hanya sebahagian daripada acara-acara yang diatur oleh lujnahnya.Pas Kawasan Rompin akan terus menganjurkan program yang sebegini dari masa ke semasa.


Jinbukitridan

Baca lagi......

Jumat, 18 Juli 2008

Umno jangan teruja,PAS jangan terleka!

Berikutan kenyataan presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi awang yang Pas bersedia untuk duduk semeja bermuzakarah dengan UMNO dilihat seperti orang mengantuk disorongkan bantal oleh UMNO.Bergelut dengan cubaannya memulihkan reputasi sebagai parti yang memperjuangkan melayu akibat tamparan hebat dalam PRU yang lalu mereka akan menggunakan apa saja talian hayat yang boleh memanjangkan usia UMNO agar popular kembali dikalangan orang melayu.

Rasa teruja mereka dengan pelawaan tok guru ini boleh dilihat apabila saban hari media pro-BN menayangkan kenyataan ini.Hendaknya jangan satu masa nanti kenyataan ini digunakan pula untuk menghentam Pas seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Bagi Pas seperti yang telah dijelaskan tok guru Hj Hadi sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja asalkan ia melibatkan kebajikan rakyat dan survival Islam!Pas bukan jumud seperti yang dibesar-besarkan ooleh media yang tidak bertanggungjawab.Ruang untuk bermuzakarah,perbahasan dan bertukar-tukar pendapat sentiasa saja terbuka dalam ruang lingkup yang sihat dan positif.Fleksibelnya Pas ini bukanlah bermakna Pas sudah mula lari dari dasarnya Cuma membuka ruang yang lebih luas dalam bidang dakwah dan dalam keadaan politik negara yang mengizinkan.

Apa yang menjadi persoalannya…Apakah isu utama yang bakal menjadi teras perbincangan ini nanti?Isu melayu semata-mata sudah pasti tidak releven dalam keadaan komposisi kaum di negara kita yang bermasyarakat majmuk!Pas sebagai parti yang diminati oleh pelbagai kaum tidak boleh terperangkap dengan permainan ini.Islam tidak bergerak atas dasar Assabiyah! Jauh sekali meminggirkan kaum lain.!Sementara UMNO yang ‘kununnya’ memperjuangkan ketuanan melayu sudah pasti akan cuba mengheret Pas ke platform politik sempit itu.

Mengapa Islam tidak dijadikan menu utama atau teras dalam muzakarah ini?Jika UMNO benar-benar ikhlas inilah masanya mempromosikan Islam sebagai medium penyatuan ummah!Segala resepi sudah tersedia malah menunggu masa saja untuk di cedok dari Al-Quran dan Sunnah.Bersatu atas dasar bangsa sambil memandang sepi kepada kepentingan agama sebagai cara hidup tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak pun.Berbeza dengan peranan agama yang melibatkan jasmani dan rohani sebagai ramuan kepada ikatan yang baik.Lebih-lebih lagi majoriti rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sudah mula menerima dan melihat kecantikan dan keadilan Islam di negara kita ini.

Pas pernah bermuzakarah malah pernah bersama-sama dalam Perikatan satu masa dahulu.Akibat tidak ada persepakatan yang mantap Pas akhirnya ditendang begitu saja.Pas waktu itu hanya dijadikan alat oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan orang melayu terhadap mereka yang semakin terhakis.Walaupun pengalaman pahit ini tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sekarang namun ianya wajar dijadikan panduan.

UMNO terlampau cekap dalam memanipulasi sesuatu isu setakat ini.Sebarang pro dan kontra dalam muzakarah ini nanti barangkali akan diambil kesempatan oleh mereka sambil menyalahkan Pas sebagai parti yang jumud dan berfikiran sempit.Itulah satu perkara yang rasanya wajar untuk difikirkan oleh pimpinan Pas dalam percaturan ini.Pas yang kini meniti dibibir rakyat sebagai tunjang kepada kerajaan yang adil dan amanah tidak boleh di`risiko’kan kali ini.Kita tidak mahu ada ruang yang boleh diselewengkan oleh mana-mana pihak hingga menjatuhkan kredibiliti Pas itu sendiri.

Gandingan mantap Majlis Syura, Dato’ Presiden,Mursyidul Am dan pimpinan tertinggi dilihat perlu memainkan peranan yang amat bijak dalam hal ini.Bagi kami sebagai ahli Pas sentiasa menaruh kepercayaan penuh dalam percaturan pihak atasan bagi mengambil manfaat daripada muzakarah yang bakal berlaku.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan petunjuknya kepada kita semua.Wassalam!

jinbukitridan

Baca lagi......

Selasa, 15 Juli 2008

Minyak naik rakyat cukup makan?

Itulah kata-kata Dato’ Shabery chik apabila membincangkan isu kenaikan minyak dalam perdebatan malam ini.Tidakkah beliau tahu baik di celah bangunan batu di bandar mahupun di ceruk desa di kampung ada rakyat yang menderita kini untuk mendapat sesuap nasi? Akibat kenaikan mendadak harga minyak ini ‘ekonomi meleret’ mula menjadi-jadi.. Harga barang dapur dan beras naik melampau-lampau hingga sukar di tampung dengan pendapatan rakyat yang tidak banyak berubah.

Debat ini biarpun dilihat agak seimbang tapi masih juga mendedahkan kedangkalan kerajaan dan langkah-langkah mereka menangani krisis besar ini.Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun sudah lama meninggalkan kerusi empuk kerajaan tapi masih tajam idea dan pemikirannya.Ternyata pandangannya masih releven dan mampu memberi input yang baik apabila menjadi PM nanti.Barangkali pengalaman luasnya dalam kerajaan dan pernah menjadi menteri kewangan memberikan kelebihan kepada beliau dalam menyelami permasalahan rakyat.

Dato’ Shabery Chik juga seorang pendebat yang agak baik.Beliau masih mampu berhujah dengan baik walaupun dalam perspektif yang tidak mesra rakyat.Isu-isu kesusahan rakyat masih tidak mampu dijawabnya dengan jelas.Mungkin benar yang beliau tidak berauthority untuk memberi penjelasan berkaitan langkah tidak popular kerajaan itu.

Mengapa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Najib tidak turun sendiri ke medan bahas ini dan menjawab berbagai persoalan rakyat dalam versi yang pro-kontra?Apakah mereka fikir tidak setaraf atau takut berdepan dan berhujah dengan Dato’ Seri Anwar?

Akhirnya berdasarkan dengan apa yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Anwar jelaslah kepada rakyat yang harga minyak memang boleh diturunkan tanpa membangkrapkan negara.Kita percaya masih banyak jalan penyelesaian yang boleh diambil demi kebajikan rakyat.Hanya kebijaksanaan dalam mengurus perbendaharaan negara yang diperlukan.




jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 13 Juli 2008

Seminar Pengurusan Organisasi PAS Kawasan Rompin.

13 julai 2008 Ahad-Bertempat di Markas Pas Desa Teratai satu seminar pengurusan organisasi anjuran Pas Kawasan Rompin telah berjaya dianjurkan.. Program yang melibatkan penggiat Pas dari seluruh kawasan Rompin ini diadakan bagi memperkasakan kerja-kerja pengurusan dan pergerakan parti.Sambutan yang diterima daripeserta amat menggalakkan.

Majlis sehari ini dihadiri saudara Roslan Zainal Al Ahmadi setiausaha eksekutif BPPN Pahang.Beliau dijemput bagi membentang kertas kerjanya yang bertajuk ‘Memahami struktur organisasi dan fungsi-fungsi lajnah’.Perbincangannya berkisar kepada pengemaskinian struktur organisasi dan penerangan lanjut tentang fungsi dan peranan setiap lajnah yang ada.

Saudara Mazlan Yassin Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin turut membentangkan satu kertas kerja yang cukup baik bertajuk ‘komunikasi dalam organisasi’.Beliau yang merupakan seorang pakar motivasi terkenal mengupas betapa perlunya kaedah komunikasi yang betul dan tepat dalam menggerakkan kerja-kerja parti.

Dewan Harian Pas Kawasan juga turut berkongsi pendapat dan menjawab berbagai persoalan yang diajukan peserta di akhir seminar ini.Sessi dialog yang di adakan amat baik bagi mengujudkan satu proses pengurusan yang mantap dan tersusun.Mengikut makluman yang diterima program seumpama ini akan diperluaskan lagi hingga ke peringkat cawangan-cawangan agar penambahbaikkan struktur organisasi dapat diteruskan.



pemudamuadzam...

Baca lagi......

Jumat, 11 Juli 2008

Nik Aziz beat modal insan Islam Hadhari…!

Cadangan kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz untuk menjadikan solat sebagai satu syarat kenaikan pangkat bagi kakitangan yang beragama Islam mendapat kritikan mendadak dari media-media yang anti kepada perjuangan Islam.Cetusan idea bijak Tok Guru ini terus dihentam dari pelbagai sudut oleh media seakan-akan inilah peluang mereka bagi menggambarkan buruknya idea dan pemerintahan negeri serambi Mekah di bawah pimpinan ulama ini.

Sebenarnya jika kita bertenang dan memperhalusi idea ini nyata ianya satu langkah langkah bijak dan dapat memberikan impak yang sangat baik kepada ummah seterusnya kepada pembangunan negara.Syarat ini sebenarnya sebagai syarat tambahan bagi kakitangan Islam sahaja dan tidak menjejaskan langsung hak kaum dan agama lain.

Selain daripada kecekapan menjalankan tugas,amanah,bertanggungjawab serta mempunyai komitmen yang tinggi(syarat-syarat asas) Kakitangan Islam ditambah pula dengan syarat tambahan iaitu taat dan takut pada Allah dalam pekerjaan mereka.Sementara orang bukan Islam hanya dinilai prestasi berdasarkan syarat-syarat asas serta moral tanpa dibebankan dengan syarat tambahan yang lain.Berdasarkan ini lojiknya kakitangan bukan Islam lebih mudah mendapat kenaikan pangkat berbanding kakitangan Islam yang perlu memenuhi lain-lain kriteria.

Tidak timbul sebenarnya seseorang kakitangan itu perlu berpura-pura dan berlakon alim bagi kenaikan pangkat seperti yang digambarkan media yang tidak bertanggungjawab sekarang.Kerja-kerja Solat dan lain-lain kebaikan ini memang sudah menjadi ketetapan dalam Islam sejak dulu lagi.Apakah sebelum ini mereka jarang bersolat sehingga kewajipan solat ini menjadi beban baru kepada mereka atau selama ini mereka solat berpura-pura?Kita rasa tidak.

Yang menjadi permasalahannya apabila ada dikalangan pengamal media yang cuba memandang negatif cadangan Tok Guru ini semata-mata kerana cadangan ini lahir dari seorang ulama bukan dari pemimpin yang mereka sanjung selama ini.

Idea Tok Guru ini sebenarnya untuk memperkasakan lagi ummah itu sendiri.Manusia yang taat dan takut pada Allah tidak kiralah mereka kakitangan kerajaan,swasta,kontraktor atau sebagainya tidak akan berani melakukan penyelewengan,rasuah,ponteng tugas,salahguna kuasa dan lain-lain kemungkaran.Inilah salah satu penyelesaian yang baik bagi gejala rasuah,penyelewengan atau salahguna kuasa yang hebat berlaku sekarang.

Apakah idea ini ada persamaan dengan modal insan Islam hadhari?Tidak! Islam hadhari tidak menjadikan pembangunan roh atau jiwa sebagai teras utama gagasan mereka.Apa yang kita tahu modal insan tajaan mereka menjadikan pembangunan material dan kemajuan sains sebagai teras utama.Kemajuan seseorang atau sesebuah negara itu di ukur dengan pencapaian kebendaan semata-mata.Berbeza dengan Tok Guru yang menjadikan jiwa dan roh yang taat pada KHALIQ sebagai pemangkin utama kepada pembangunan negara.Kakitangan atau individu yang terdidik jiwa mereka dengan akidah dan moral yang baik akan menjadikan tugas satu amanah yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin tanpa ada ruang yang boleh dimanipulasi dengan kejahatan.

Inilah indahnya jika hidup di bawah pimpinan yang berpandangan jauh dan terdidik jiwanya dengan agama.Pimpinan bukan sahaja perlu bertanggungjawab di dunia malah akan dipertanggungjaqwabkan juga di akhirat kelak.Sebarang cadangan atau dasar yang menganiaya kaum lain tidak akan dilakukannya.Langkah ini pasti akan melahirkan ummah yang berkualiti dan boleh memainkan peranan yang lebih besar dal;am pembangunan negara.Sementara bukan Islam melihat Islam sebagai agama yang memotivasikan umatnya kita sudah boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dalam mencapai kemajuan di dunia dan di akhirat.


Jinbukitridan..!

Baca lagi......

Selasa, 08 Juli 2008

Tarian terakhir…!

Tsunami politik yang berlaku terus saja melebarkan gelombangnya hingga menggegar tiang kuasa yang semakin mereput.Fenomena penghijrahan besar-besaran MP BN seperti yang diwar-warkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula menampakkan kebenarannya.Riak politik mula berkocak seperti gunung berapi yang mula memuntahkan laharnya sementelah letusannya akan berlaku bila-bila masa.

Persoalannya sejauh manakah persedian daripada pihak Pakatan Rakyat bagi menari mengikut rentak tari terakhir sang penguasa yang kukuh mempertahankan kuasanya.Proses besar ini adalah satu fenomena baru dalam politik kita.Masing-masing baik BN mahupun Pakatan Rakyat tidak berpengalaman, hanya yang cekap liuk-tarinya lah yang akan dinobatkan sebagai pemenang.Kita berhadapan dengan sepohon pokok yang telah reput tapi masih mempertahankan akar tunjangnya daripada rebah menyungkur bumi.

Keengganan satu pihak menerima realiti dan perubahan yang didesak rakyat bakal menjadikan peralihan ini sesuatu yang agak sukar.Sudah menjadi resmi pihak yang tamakkan kuasa akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengaburi mata rakyat semata-mata untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan.Di Zimbabwe Presidennya Robert Mugabe dapat mempertahankan kediktatorannya berasaskan cara yang sebegini.Suasana takut dikalangan rakyat diujudkan bersama-sama provokasi jahat bagi menggambarkan bahawa hanya beliau yang layak memerintah negaranya.

Kita di Malaysia ini tidak mahu negara menjadi seperti itu.Rakyat majoritinya sudah semakin bijak menilai dan berpolitik tidak akan mengizinkan keamanan dan keharmonian dicemari oleh provokasi pihak-pihak yang tertentu.`Keganasan’ sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak boleh dijadikan agenda perubahan.Tidak ada sebab mengapa perubahan yang bakal berlaku tidak boleh dilakukan secara aman demi kepentingan rakyat.Pihak berkuasa pula perlulah bijak memainkan peranan dan tidak terpengaruh kepada agenda mana-mana pihak.Suara rakyat mestilah didengar dan dihalusi agar tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya.

Kita amat berharap agar tsunami politik ini berjaya membentuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus dan adil terhadap rakyat.Hak yang telah lama dinafikan hendaklah dikembalikan kepada rakyat agar semua pihak merasa kebaikan daripadanya.



jemohid kecil..

Baca lagi......

Senin, 07 Juli 2008

Dugaan orang berjuang.!


Kebetulan berada di Kuala Lumpur 6 hb yang lalu kesempatan itu kami ambil untuk menziarahi anak seorang sahabat dan petugas parti di Hospital Kuala Lumpur.Anaknya terlantar di HKL setelah didiagnosis mengidap Leukimia baru-baru ini.
Saudara Zahari Mustafa seorang peneroka dari keratong 3 terpaksa `berumah’ di HKL bersama isteri dan seorang lagi anaknya bagi menunaikan tanggungjawab seorang ayah dan ibu terhadap anak yang mereka kasihi itu.Nur Izzah anak perempuannya yang berusia 5 tahun hanya mampu terbaring lesu dikatil hospitalnya.


Sayu hati kami melihat anak sekecil ini tabah menerima ketentuan Ilahi.Kekuatan semangatnya menjadikannya terus bertahan.Pihak hospital bakal menjalankan rawatan chimotherapy sehari dua lagi.Sebelum dipindahkan ke HKL anak kecil ini mendapat rawatan di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan di pindahkan ke sini untuk rawatan lanjut.

Melihat ketenangan saudara Zahari dan isteri barangkali tidak menceritakan kerisauan di hati mereka.`` …Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka hadapi”…Itulah kata-katanya apabila kami cuba berkongsi simpati dengannya.Jelas kekuatan akidah dan tingginya tawakkal memberikan kekuatan kepada mereka melalui detik-detik sukar ini.

Dengan kemampuan yang ala-kadar terpaksalah mereka bersusah payah sedikit untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang mereka di sini.Namun untuk beliau sendiri meminta-minta bantuan dan menyusahkan orang lain jauh sekali.Lantas kami dari exco DPP Rompin mengambil inisiatif untuk menyebarkan berita ini agar dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.Kepada yang berminat untuk bertanya khabar,berkongsi cerita atau ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi beliau dinombor 0199770235 atau datang sendiri ke wad k3 unit Pediatrik HKL.Terima kasih.

By pemudamuadzam

Baca lagi......

Rabu, 02 Juli 2008

Dasar PAS yang ditakutkan?


Masih kedengaran suara-suara sumbang daripada ahli-ahli gabungan Pakatan Rakyat yang fobia dengan Negara Islam yang dihajatkan PAS.Terbaru Parti Keadilan dan DAP seakan-akan bersatu hati hati mengingatkan PAS akan kelangsungan kerajaan Pakatan Rakyat tidak diheret dengan isu penubuhan Negara Islam.

Isu ini sebenarnya isu lama yang sengaja dijadikan senjata oleh musuh apabila berdepan dengan kebangkitan rakyat dan perubahan yang bakal berlaku.Tidak perlulah Keadilan dan DAP terbawa-bawa dengan provokasi jahat musih ini.PAS memang tegas dengan dasarnya tapi telah dimaklumkan di peringkat awal lagi Negara Islam tidak termasuk dalam pakej awal pembentukan kerajaan baru nanti. Dasar PAS yang ditakutkan?

Masih kedengaran suara-suara sumbang daripada ahli-ahli gabungan Pakatan Rakyat yang fobia dengan Negara Islam yang dihajatkan PAS.Terbaru Parti Keadilan dan DAP seakan-akan bersatu hati hati mengingatkan PAS akan kelangsungan kerajaan Pakatan Rakyat tidak diheret dengan isu penubuhan Negara Islam.

Isu ini sebenarnya isu lama yang sengaja dijadikan senjata oleh musuh apabila berdepan dengan kebangkitan rakyat dan perubahan yang bakal berlaku.Tidak perlulah Keadilan dan DAP terbawa-bawa dengan provokasi jahat musih ini.PAS memang tegas dengan dasarnya tapi telah di maklumkan di peringkat awal lagi Negara Islam tidak termasuk dalam pakej awal pembentukan kerajaan baru nanti.

Kita sedar bahawa keperluan untuk bersama-sama menerajui pemerintahan negara perlu diberi keutamaan.Negara perlu diselamatkan dahulu dari tangan yang tidak bertanggungjawab dan kebajikan rakyat haruslah dipelihara terlebih dahulu.Kita juga bersetuju bersekutu dalam gabungan atas dasar sahabat serta menyedari perit getir dalam berjuang bersendirian.Pun begitu ini bukanlah tiket untuk ahli gabungan yang lain mempertikaikan halatuju dan komitmen PAS.

Sekian lama kita lihat pimpinan PAS bersabar dan berlapang dada dalam menangani idea-idea dan pandangan yang agak sinis dari Keadilan dan DAP.Walaupun disaat gabungan bersedia mengambil alih pemerintahan suara-suara yang kurang manis ini masih kedengaran.Bagi kita ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat.Seakan-akan gabungan ini masih mentah dari segi persepakatan dan dasar yang satu apabila kedapatan di antara ahli-ahli gabungan yang gagal menerapkan prinsip ukhuwwah dan bersangka baik.Jika PAS sedia bertolak ansur dengan prinsipnya mengapa ahli lain tidak?Sedangkan kita tahu PAS ialah parti terbesar dan paling berpengaruh dalam gabungan ini.Rasanya sahabat kita dari Keadilan dan DAP perlu juga bermuhasabah diri.Jangan disebabkan keculaparan sebahagian mereka mengancam keharmonian pakatan Rakyat.

Memang kedengaran khabar angin yang Pas dipelawa untuk membentuk kerajaan bersama BN namun tidak disetujui oleh pimpinan dan ahli PAS.Pengalaman lepas mengajar kita bahawa pakatan yang tidak berasaskan prinsip yang selari tidak akan berpanjangan.Walaupun PAS sentiasa berazam tinggi intuk menjaga kemaslahatan negara dan kebajikan rakyat tapi tidak terburu-buru dengan janji manis yang ditabur oleh pihak yang jelas tidak boleh berkompromi dengan agenda PAS.

Kami ahli PAS diperingkat bawah ini sentiasa berlapang dada dengan apa jua perhitungan dan langkah-langkah yang diambil oleh pimpinan teringgi.Bagi kami pimpinan yang telah dibajai dengan akidah dan iltizam perjuangan yang mantap sukar untuk mengkhianati perjuangan mulia ini.Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan petunjuk kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk negara dan agama.Wajarlah hendaknya selepas ini tidak kedengaran lagi suara-suara sinis sari rakan gabungan yang mempertikaikan prinsip dan perjuangan PAS.




* ini adalah pandangan penulis semata-mata.

By jemohid kecil.



Baca lagi......

Selasa, 01 Juli 2008

Mukhriz keluar UMNO?

1 julai 2008- Dari pagi saya menatap TV dan suratkhabar kalau-kalau ada berita tentang Dato’ Mukriz Mahathir keluar dari UMNO.Apa yang pasti tidak ada satu slot pun yang mengaitkan janji anak bekas PM ini yang mengatakan akan keluar UMNO jika Pak Lah tidak meletakkan jawatan menjelang julai 2008.Apa dah jadi dengan Mukhriz agaknya?.

Melihat pada ayahandanya yang serius dalam berkata-kata terfikir pula kita adakah Mukhriz juga punya keberanian seperti bapanya.Pak Lah belum ada tanda-tanda akan berundur apatah lagi akan meletak jawatan dalam masa terdekat.Janji beliau tidak akan meninggalkan UMNO disaat UMNO lemah di tambah pula dengan desakan Najib yang mahu UMNO diserahkan padanya dalam keadaan sihat walafiat menjadikan Pak Lah tidak ada pilihan lain melainkan meneruskan rentak-tari politiknya.

Atau barangkali Mukhriz termasuk dalam empat orang yang digambarkan oleh Anwar akan meninggalkan UMNO ?Mungkin tidak!Mungkin Mukhriz punya cara yang tersendiri tanpa perlu mengadu nasib bersama MP UMNO yang berpindah ke bahtera Pakatan Rakyat.

Untuk bersama dalam Pakatan Rakyat yang diterajui DSAI barangkali agak mustahil baginya kerana sudah diketahui akan tidak ‘sebulunya’ ayahandanya dengan DSAI.Memisahkan dirinya dengan 'jemaah' UMNO pula mungkin akan membantutkan karier politiknya.Percaturan yang tepat dan bijak amat sukar dibuatnya pada masa ini.Mungkin beliau boleh belajar dari sahabatnya di Terengganu yang pernah berpolemik dalam perlantikan MB tidak lama dulu.

Sama-samalah kita nantikan apakah percaturan yang bakal dilakukan oleh Dato Mukhriz ini.Kita percaya mungkin dalam sehari dua lagi Malaysia akan menyaksikan beliau menegaskan pendiriannya.

pemudamuadzam.

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP