Jumat, 29 Agustus 2008

Belanjawan `Korporat'!

PM dengan bangganya telah membentangkan perancangan belanjawan bagi tahun depan semalam.Ramai yang menganggap bajet ini lebih kepada cubaan untuk memulihkan reputasi BN yang di`pukul' teruk oleh rakyat dalam PRU yang lalu dan ada juga yang menganggap ini cubaan untuk memujuk hati rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah mula celik kepada keadaan politik negara.

Walaupun bajet ini lebih baik dapada tahun-tahun yang sudah namun masih ada golongan rakyat di bawah yang ketinggalan untuk dibela kerajaan.Pekerja swasta,petani,penoreh getah dan orang yang bekerja sendiri contohnya masih ketinggalan jauh dari perhatian kerajaan.

Jika golongan berpendapatan sederhana dan pekerja kerajaan boleh menarik nafas lega seketika tapi bagi penoreh getah dan pekerja buruh mereka hanya mampu melopong melihat angka `besar' yang dibajetkan.Tidak ada mekanisma dalam bajet ini boleh menaikkan taraf hidup mereka secara langsung.Padahal golongan inilah yang membanting tulang empat kerat dalam menjana ekonomi negara malah golongan inilah yang banyak memberi undi kepada BN dalam PRU yang lalu.

Buruh kontrak,tukang rumah,pencari rotan dan orang asli yang hidup dengan pendapatan yang tidak menentu hanya dapat pengecualian bayaran bil elektrik jika penggunaan dibawah RM20 sebulan?Itu saja?Manakah ruang yang disediakan untuk membawa keluar golongan ini daripada paras kemiskinan padahal jutaan ringgit boleh dibelanjakan untuk golongan korporat yang berpendapatan tinggi dan sederhana?

Jika kerajaan boleh memperuntukkan 35 billion untuk menambah baik pengangkutan awam yang kebetulannya PM sendiri merasai susahnya menggunakan perkhidmatan awam di Malaysia barangkali PM juga perlu menoreh getah atau menjadi buruh kontrak untuk merasai sukarnya mereka ini mencari sesuap nasi.Alangkah sedihnya mereka apabila kewujudan mereka seolah-olah tidak dipeduli dan diambilkira dalam belanjawan negara.Begitu juga dengan nasib peneroka-peneroka di felda yang hanya bergantung hidup pada harga sawit dan getah semata-mata.Majoritinya melayu dan BN lah `kononnya' pejuang Melayu.


Kita tidak nampak baiknya belanjawan ini untuk rakyat di kampung-kampung dan yang berkerja sendiri.Walaupun ada diperuntukkan `sedikit' tempias untuk mereka namun apa benarkah peruntukkan ini sampai kepada mereka di bawah atau akan berlaku ketirisan dalam pembahagian kekayaan negara?Benarlah kata orang agaknya, yang di atas hanya nampak apa
yang ada di sekelilingnya saja dan rabun matanya untuk menunduk ke bawah kerana terlalu tinggi di puncak kuasa.

Baca lagi......

Kamis, 28 Agustus 2008

Ogos dan peristiwa

Merdeka!

Sedar tak sedar kita sudah ke penghujung ogos 2008.Ogos pada tradisinya kita rayakan sebagai bulan kemerdekaan tapi pada tahun ini kelihatan agak suram promosinya.Amat jarang sekali kita melihat premis dan kenderaan mengibarkan jalur gemilang seperti tahun-tahun yang sudah.Apakah ini tanda rakyat sudah hilang semangat patriotik dalam jiwa mereka?Tidak!Semangat cintakan kemerdekaan dan sayangkan negara sentiasa membuak-buak di sanubari setiap rakyat Malaysia.Melayu,Cina,India dan lain-lain bangsa pantas mengakui Malaysialah tanah tumpah darah dan ketaatan mereka.Lantas mengapa sambutan kali ini masih kelihatan suram?

Sebenarnya kita sendirilah yang terlalu sibuk sehingga melupakan kepada kerja-kerja promosi untuk kita menyambut kemerdekaan dengan gemilang.TV dan Radio juga amat kurang dalam membuat publisiti kerana ruang siaran yang ada banyak diperuntukkan kepada isu-isu yang bertimbun menanti jawaban dan paling tidakpun mereka lebih rela menyiarkan rancangan hiburan daripada mempromosikan sambutan kemerdekaan.

Permatang Pauh

Pilihanraya sudah,menang pun sudah.Kerja-kerja kini sudah tentulah menjurus kepada pengisian kemenangan yang sangat didahagakan rakyat.Anwar yang sinonim dengan agenda reformasinya baru saja mengangkat sumpah sebagai MP dan barangkali memerlukan sedikit masa untuk mengulangkaji dan memanaskan enjin perjuangannya akibat terlalu lama direhatkan di sungai buluh dan terpinggir daripada arus siasah negara.Rakyat perlulah memberi kepercayaan kepadanya dan berdoa kemenangan dan kuasa tidak menjadikan beliau seorang angkuh dan terlupa kepada kebesaran Allah.

BN

Panik! Itulah gambaran terbaik yang dapat menggambarkan keadaan mereka sekarang.Bukan batang tubuh Anwar yang ditakutkan tapi rakyat yang bangkit di belakangnya.Sesak,jelak dan bosan dengan keadaan ekonomi yang tidak mesra,politik yang asyik berpolitik dan pimpinan yang ketandusan idea untuk memerintah rakyat mula beralih arah ke Pakatan Rakyat sebagai alternatif.

MP dari sabah dan Sarawak terpaksa membuat aku janji ekoran `rumor’ yang mereka akan melompat parti dan bersama PR.BN yang semakin didesak ke birai tebing terpaksa menggunakan apa saja talian hayat asalkan tidak jatuh ke gaung sejarah tempat persemadian sisa politik yang sudah tidak releven!

Najib dan Ali

Tok Najib dalam kelu mengharapkan anwar akan menyumbang kepada amalan demokrasi seolah-olah beliaulah sifu politik yang tulen.Al-maklum Anwar sajalah rintangan terakhir yang menghalangnya ke Putrajaya!Ali Rustam pula mengatakan negara akan huru-hara jika Anwar menjadi PM!?Sayang,duduk di puncak kuasa tapi mengunakan momok murahan untuk memperdaya rakyat.Jadi-jadilah..!Patutlah Muhyiddin sarankan agar BN perlu dijenamakan semula.

PM dan Budget

Dengar cerita esok PM akan membentangkan budget baru yang menjurus kepada merangsangkan ekonomi.Eloklah tu.Yang pastinya kuasa beli rakyat kini semakin menurun.Rakyat berfikir dua kali untuk berbelanja kerana dengan pendapatan yang sedikit terpaksa menanggung keluarga dan menangani kos barangan yang kian meningkat.Yang penting bentanglah budget yang faedahnya sampai terus kepada rakyat tidak tersekat di tengah jalan.

PAS

Pas always relevent! Di mana ceruk lagi di negara ini yang belum mendengar khabar gembira yang dibawa PAS? Rakyat semakin faham.Pas kini semakin diyakini masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam.That’s a good sign.

Kelab Penyokong PAS

Sesuatu yang tidak pernah dijangkakan satu masa dulu yang golongan bukan Islam akan bersama-sama Pas untuk memperjuangkan kesyumulan Islam.Mereka percaya dalam Islam itu sendiri telah ada satu sistem yang `perfect’ cuma menunggu masa untuk dijelmakan dalam politik demokrasi di negara kita.Mereka tergoda kepada Pas kerana prinsip perjuangan yang jelas dan Islam sentiasa berlaku adil kepada semua kaum.PAS FOR ALL.!

Maya Karin

Dengar cerita nak kawin.Baguslah tu.Kami doakan kebahagian yang berpanjangan.Moga-moga tidak seperti sesetengan artis yang kawinnya `grand’ tapi tidak berpanjangan.Jadikanlah alam rumah-tangga sebagai platform untuk mencari bahagia hakiki dunia dan akhirat.Selamat pengantin Baru!

Ramadhan

Subhanallah! Ramadhan datang lagi.”kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat kulalui dengan sempurna..” lagu Man Bai,bagus lagu tu.

Bulan yang menjadi kerinduan Nabi dan para sahabat kerana berkahnya.Begitulah juga kita hendaknya.Jadikan ramadhan ini fasa untuk kita mentarbiyyah diri dan keluarga kepada satu anjakan yang lebih baik dalam ibadat dan kecintaan kepada Allah!Fahamkan diri kita yang nikmat Islam yang diturunkan Allah ini luas dan meliputi cara hidup.Islam tidak betah di surau dan masjid semata-mata tapi perlu diresapi hingga ke dalam keluarga,masyarakat,kedai kopi,parlimen,waima ke Putrajaya!


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan hayatilah kedatangannya.Allah Akbar!


jinbukitridan

Baca lagi......

PAS yang sentiasa releven!

Pilihanraya sudah,menangpun sudah.Tumpuan rakyat kini sudah tentu kepada Dato' Seri Anwar dengan agenda perubahannya.Dengan kepulangannya ke Parlimen yang direstui rakyat barangkali banyak isu reformasi yang diperjuangkan diperingkat awal kebangkitan rakyat dapat di ketengahkan kini.Pas dengan lebih 3000 ahlinya yang terlibat secara langsung sudah tentu berpuashati dengan kemenangan rakyat ini.

Cuma ramai yang bertanya dengan saya terutama ahli UMNO mengapa Pas begitu beria-ia berkempen dan berkampung bagi mengusahakan kemenangan kepada PKR ini.Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak untuk menjawab pertanyaan `sinis' sebegini cuma sebagai ahli menjawablah juga sedikit sebanyak persoalan sahabat-sahabat itu.

"Pas mengambil pendekatan mengeratkan lagi kerjasama dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat walaupun dalam muktamar baru-baru ini ada suara-suara `kecil' yang mengharap kerjasama ini dikaji semula kerana kurang menguntungkan Pas sendiri.Kerjasama dengan PKR dan DAP sebenarnya lebih baik daripada kita berbaik dengan pihak yang langsung tidak boleh berkompromi dengan dasar dan matlamat perjuangan kita.Sebaliknya dengan Pakatan Rakyat masih kelihatan ada ruang untuk kita `bertahaluf siasi' dan mencari titik pertemuan yang serasi. Pas sekali lagi membuktikan yang mereka bukanlah parti ekstrim atau jumud dengan pendekatan yang tidak fleksibel.Selagi mana rakan-rakan PR menghormati dasar dan perjuangan kita selagi itulah gabungan ini wajar dipereratkan dan semangat solidariti itulah yang
ditunjukkan dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu"..Sahabat saya itu mengangguk tanda faham dan bersetuju.

Ironisnya ramai orang di luar sana yang masih menganggap Pas itu sama seperti parti nasional yang lain.Akal mereka masih gagal menerima kenyataan yang ada parti yang benar-benar tulus dan ikhlas berjuang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam memperjuangkan negara dan membela nasib rakyat!.Pimpinan Pas sama ada daripada Majlis Syura,Mursyidul Am,Presiden, pimpinan pusat hinggalah ke cawangan semuanya lahir dari proses tarbiyyah yang panjang dan berkesan.

Itulah uniknya Pas.Apabila matlamat parti dan jemaah menjadi keutamaan,kepentingan peribadi diketepikan.Tidak ada ruang untuk mana-mana pimpinan atau individu berjuang untuk kepentingan peribadi jika halal,haram,dosa dan pahala menjadi pedoman.Rakyat perlu terus dihidangkan dengan menu perjuangan yang sebegini agar iklim politik negara yang kian berjerubu dapat digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil,amanah dan diberkati Allah.

jinbukitridan

Baca lagi......

Selasa, 26 Agustus 2008

Baca lagi......

Siaran dari Permatang Pauh!

Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah berakhir tepar jam 5 petang ini.Sekarang para penyokong PR bersesak-sesak di pintu pagar tempat pembuangan undid an berjaya mengawal keadaan.Pihak keselamatan amat bekerjasama.Di Yayasan Aman,Bilik Gerakan utama PR bagi PRK Permatang Pauh ini juga mula dibanjiri penyokong yang tidak sabar-sabar mengikuti perkembangan terkini.

Hari ini Permatang Pauh mencatat sejarah apabila jentera pilihanraya PR bekerjasama dengan baik sekali mengawal keadaan.Melayu,Cina dan India bersatu hati dengan sorakan takbir,reformasi dan makkal sakti.Ini perkembangan yang amat mengggalakkan bagi politik Negara.Perjuangan assabiyah bakal diambil alih oleh perjuangan rakyat yang ditunjangi PR.

Di peti undi Penanti cuaca cerah di awal pagi memberikan kesempatan kepada orang ramai membuang undi sejak pusat mengundi dibuka sejak 8 pagi lagi.Pondok panas PR dan BN berebut-rebut memenangi hati pengundi.Najib dan Ali rustam yang melawat peti undi ini disambut dengan nyanyian `merdu’ oleh penyokongnya sementara orang ramai yang lain hanya menyorak mereka dengan minyak naik dan sebagainya.Tanpa menunggu lebih lama akibat ke`panas’an agaknya cepat-cepat mereka beredar.

Hujan menjelang tengahari tidak menghalang perayu undi dari PR untuk bertahan sementara dipondok panas BN keadaan mula lengang apabila ramai yang lari berteduh.

Menjelang petang jam 3 petang pondok panas BN disini mula diambil-alih oleh petugas PR apabila petugas BN yang terdiri daripada puteri dan pemuda meninggalkan post mereka.Mungkin mereka sudah kepenatan setelah dijamu nasi bungkus ditengaharinya.

Pihak keselamatan sehingga jam 6 petang ini berjaya mengawal keadaan dengan baik sekali.Tidak ada sebarang provokasi sama ada dari BN mahupun PR di peti undi ini hari ini.

6.13 petang! Yayasan Aman semakin sesak dengan petugas PR.Bertukar-tukar cerita dan merehatkan badan seketika sambil menuggu keputusan.

Tahniah kepada petugas kita yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berjuang menuntut perubahan dalam politik Negara pada hari ini.(dengar depa dok nyanyi lagu hepi besday pulak tu)


* terkini jam 6.55 petang PR sudah memenangi beberapa saluran di tiap peti undi.

jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 24 Agustus 2008

Rakyat akan tunjukkan jalan keluar kepada UMNO di Permatang Pauh!

Kempen di Permatang Pauh terus rancak.Penulis yang kini berada di Permatang Pauh dimaklumkan kedudukan terkini Pakatan Rakyat tetap mendahului BN dari segi keberkesanan kempen dan menjadi pilihan utama rakyat.Jika momentum ini dapat diteruskan dalam sehari dua ini tidak mustahil kemenangan PR dapat dikekalkan.

Apa yang paling penting di sini ialah meyakinkan rakyat di Permatang Pauh agar keluar mengundi dan tidak alpa dalam menunaikan tanggungjawab ini.."marilah-mari pergi mengundi,janganlah lupa kewajipan pada negara".

Sebahagian media cuba memerangkap PR dengan membuat analisis yang Anwar akan menang dengan mudah.Ini satu perang saraf sebenarnya yang mana akan mengakibatkan pengundi PR yang mengundi kita selama ini akan menganggap undi mereka tidaklah seberapa diperlukan dengan menganggap kemenangan tetap kepada Anwar Ibrahim!.Ini satu tanggapan yang salah
sebenarnya,jika pengundi kita ramai tidak keluar mengundi kerana desas-desus yang sebegini mana mungkin kemenangan akan berpihak dengan mudah.

Kes yang sebegini pernah berlaku di Pangkalan Pasir yang mana Pas tewas tipis kerana pengundi yang bekerja diluar tidak balik mengundi dengan menyangka kita akan beroleh kemenangan mudah.Para petugas peti undi dan urusan pengundi luar perlu memainkan peranan sebaik mungkin.Pengundian yang dilakukan di hari bekerja sebenarnya boleh mendatangkan keburukan kepada kita jika kita lewa dalam hal ini.

Mengapa Pr perlu menang di Permatang Pauh?


Antara Dalil mengapa Pakatan Rakyat perlu menang di Permatang Pauh!

01. Islam perlu diangkat bukan untuk tempelan,
02. Pakatan bakal mengubah landskap politik negara daripada buruk kepada baik,
03. Pakatan berjuang untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat,
04. Rasuah? Say No to rasuah,
05. kroni? Nahi! Nahi! Kabinahi!
06. mengangkat kembali martabat negara dimata dunia,
07. Jenayah,maksiat,rasuah dan salahguna kuasa berleluasa sekarang dan ianya perlu diubah,
08. Dadah masalah utama belia bakal dibendung ke tahap minima,
09. Hapuskan ISA,
10. Rawatan kesihatan percuma untuk rakyat,
11. pendidikan percuma dan biasiswa dikembalikan,
12. Tol? akan dikaji semula,
13. Minyak? ofcourse turun!(bukan Naik 70sen turun 15sen!).
14. Hubungan antara kaum akan muhibbahkan,
15. Hak bumiputera dan pribumi dikembalikan,
16. Sabah dan Sarawak akan dimajukan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung,
17. Dan banyak lagi dan lagi...!

Fikirlah wahai pengundi Permatang Pauh!
Permatang Pauh bakal mengubah politik malaysia!!

jinbukitridan

Baca lagi......

Sabtu, 23 Agustus 2008

Seminar Infak Wajib.

24 OGOS 2008 ahad-Bertempat di Markaz Pas Desa Teratai satu gerakerja penting parti telah diadakan.Seminar Infak Wajib dilangsungkan hari ini seperti yang dijadualkan.Walaupun baru semalam 23 ogos kebanyakan petugas bergegas ke

Jerantut bagi menghadiri Ijtima' Pilihanraya Pas Pahang namun untuk `letih' dalam perjungan tidak sekali-kali.Setiausaha Pas Kawasan Rompin Ustaz Ramli Awang Ahmat menegaskan Pas perlu terus bergerak dan mengekalkan momentum dari PRU 12 yang lalu demi menjana kemenangan dalam PRU ke 13 yang akan datang.

Yang DiPertua Pas Kawasan,Ustaz Shukri Hj Ahmad sewaktu berucap merasmikan seminar ini menyatakan betapa perlunya ahli dan penyokong membantu menggerakkan jentera parti sama ada dengan harta,tenaga mahupun wang ringgit.Katanya "Lumrah perjuangan yang benar akan menghadapi pelbagai rintangan dan serba kekurangan..."Justeru sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak amatlah dialu-alukan.Seminar sebegini bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya hanya sekadar `tajdid' atau peringatan kepada para da'i agar menggembeleng seluruh tenaga dan sumber bagi mempercepatkan kemenangan Islam di negara kita.

Seminar ini juga turut menjemput Ustaz Kamaruddin Mahmud exco Dewan Ulama Pas Pahang bagi membentangkan sebahagian kertas kerja.Beliau menekankan agar nabi dan para sahabat dijadikan contoh terbaik bagi para amilin.Menurutnya Infak adalah satu kaedah yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan dalam dan luaran bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Kekuatan jiwa dan `maaliah' diperlukan dalam kerja-kerja membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah serentak membina sebuah daulah Islamiyyah yang teguh.

Seminar ini berakhir jam 2 petang setelah usai segala agenda dan pembentangan.Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Ustaz Mazlan Yassin diakhir program menyatakan optimisnya dengan keberkesanan program sebegini dan yakin kemenangan gerakan Islam di Rompin ini bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

jinbukitridan

Baca lagi......

Kamis, 21 Agustus 2008

Minyak dan Pilihanraya!

Kerajaan mewar-warkan penurunan harga minyak akan berlaku pada 1 September 2008 . Cakap-cakap kedai kopi pula, harga minyak turun sebelum 26 ogos ini,sebelum pengundi di Permatang Pauh membuang undi.Semuanya mustahil untuk melunakkan hati pengundi.

Sejauhmana benarnya cakap-cakap kedai kopi ini sama-samalah kita nantikan. Walaupun pilihanraya nun jauh di utara tanah air rakyat Malaysia yang lain tidak “seperti katak di bawah tempurung” yang membiarkan saja apa yang berlaku di Permatang Pauh.Rakyat yang celik menjejaki perkembangan politik tanah air kerana pilihanraya ini bukan antara pengundi Permatang Pauh dengan kerajaan BN sahaja sahaja tetapi antara pemerintahan PR dan BN , antara peneraju kerajaan pusat BN dengan bakal kerajaan pusat (PR), antara nasib rakyat dengan nasib pemimpin.

Umum berpendapat walaupun harga minyak bakal diturunkan tapi ianya amat terlambat,tidak seperti kenaikannya dulu yang sepantas kilat.Ironisnya berapa sen kah yang bakal diturunkan?Adakah akan kembali ke kadar asal atau hanya sekadar mengambil syarat turun sahaja!Minyak dunia sekarang berharga kira-kira USD115 setong terlampau jauh dari puncak kenaikannya dulu USD140 lebih.

Kelewatan mengumumkan kadar harga baru menunjukkan kerajaan masih lagi mengharapkan bantuan wang rakyat untuk memberikan keuntungan kepada negara kerana rakyat masih membayar pada harga lama bagi komoditi yang semakin murah.

Kita bakal menyaksikan satu lagi percaturan bijak dalam ekonomi negara.Barangkali ole-ole pilihan raya Permatang Pauh bakal diumumkan sedikit masa lagi.Justeru, mari rakyat Malaysia mendoakan kemenangan bagi pihak yang benar dan kekalahan bagi pihak yang batil.

budak kampung

Baca lagi......

Rabu, 20 Agustus 2008

Kebenaran yang sukar..!

Kenyataan Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan Islam akan lebih baik dibawah pimpinan Pas memang tidak boleh dinafikan.Setelah lebih 50 tahun merdeka Islam dan melayu masih gagal didaulatkan oleh UMNO.Melayu kian tersepit dalam perlumbaan membangunkan negara apatah lagi Islam yang sekadar menjadi tempelan.Yang anehnya dalam berkeadaan begitu Pas masih tidak dihargai oleh kebanyakan melayu!?(Harakah ONline)

Bagaimanakah caranya untuk mengetuk pintu hati melayu agar membuat anjakan paradigma dalam proses penghidupan mereka berasaskan ajaran Islam?Tidak mahukah mereka melayu dan Islam diletakkan ditakuk terbaik di negara kita?Mengaku Islam itu benar,Muhammad itu benar dan Quran itu benar namun dalam realiti kehidupan masih ramai di kalangan kita yang gagal meresap semangat kebenar an itu dalam penghidupan.

Parti Islam SeMalaysia(PAS) satu-satunya pertubuhan politik yang membawa mesej dakwah dan cuba membawa kesejahteraan kepada sekalian umat manusia melalui siasah Islam.Namun masih dipandang dingin oleh segelintir umat Islam sendiri.50 tahun berdakwah adalah satu tempoh yang panjang bagi kita umat akhir zaman ini jika dibandingkan dengan umat yang terdahulu.Adakah tersilap strategi,organisasi atau kaedah pendekatan dakwah?Tidak!Jika dinilai dari sudut itu Pas seharusnya sudah layak mendapat anugerah(ISO?) hasil kemantapan pengurusan dan perjalanan organisasinya.
Barangkali faktor luar itu sendiri iaitu penerimaan masyarakat yang gagal menghayati apa yang dibawa Pas melambatkan tertegaknya sebuah Daulah Islam yang membawa kebaikan semua kaum dan agama.Memang diakui kesukaran membawa mesej kesejahteraan dalam masyarakat yang telah sekian lama dimomokkan dengan kebendaan semata-mata.Pakej lengkap yang meliputi dunia dan akhirat masih gagal disambut lantaran ramai yang terlena dengan kenikmatan dunia semata-mata.A pa yang mereka tidak sed ar ialah berapa lama kah me yang sementara itu.

Berdasarkan keputusan PRU 12 yang lalu, orang bukan Islam mula terbuka dan tertarik dengan keadilan yang dibawa Islam sebaliknya masih terdapat di kalangan um
at Islam sendiri masih mengharap alternatif lain yang nyata gagal dalam mendaulatkan melayu apatah lagi Islam.Sedangkan apa yang diperjuangkan Pas ini untuk kebaikan mereka juga tanpa mereka sedari.Melayu.Cina,India,pensyarah,doktor petani mahupun nelayan semuanya akan beroleh kebaikan jika berada di bawah peperintahan Islam.Islam for all!

Hakikatnya kita perlukan kesyumulan Islam untuk merubah landskap politik negara dari buruk kepada baik,dari jauh daripada rahmat dan pertolongan Allah kepada sebuah kerajaan yang adil,telus dan diuruskan mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.Yang pasti golongan bukan Islam tidak akan sekali-kali teraniaya dibawah pentadbiran Islam!

Kita yakin janji Allah kepada mereka yang berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran Islam pasti datang.Bila?Hanya Allah yang Maha
Mengetahui.Masa,komitmen,kesabaran dan usaha gigih menjadi pra-syarat.Sebagai pendokong kepada Pas kita jangan sekali-kali putus asa atau terpedaya dengan tipu helah musuh yang sentiasa ingin memecah-belahkan perpaduan Islam.Janganlah dibukakan ruang seinci pun untuk musuh menabur fitnah dan mengadu domba di kalangan kita.Wallahualam!




jinbukitridan.

Baca lagi......

Selasa, 19 Agustus 2008

“Kami bukan berzina..bercumbu sahaja”

Segelintir artis kita `maju' setapak lagi ke hadapan dengan perilaku yang semakin melampau akhir-akhir ini…! Yang terbaru seorang pelakon tanpa segan silu menjawab seperti tertera di atas apabila ditanya berkenaan dengan adegan bercumbuannya yang dipaparkan media!

Bercumbu tidak salah? Apatah lagi ditatap umum?Pada penanda aras manakah yang digunapakainya untuk menilai tingkah-lakunya sebagai seorang melayu dan Islam?Beginikah perilaku orang timur yang telah dididik dengan akhlak dan moral ketimuran sejak dari kecil?

Bukan beliau sahaja yang terlbat dengan kontroversi akhir-akhir ini malah ada lagi remaja termasuk artis yang melampau dalam pergaulan bebas yang ‘dihalalkan’.Masyarakat seakan dipaksa untuk menerima budaya baru ini sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.

Sedikit masa dulu kita digemparkan dengan lakonan video lucah artis terkenal,kisah gambar bogel,adegan cium-cium dan pakaian yang terlampau menjolok mata.Mereka inilah yang menjadi idola dan `trendsetter’ bagi muda-mudi sekarang.Adakah perangai yang buruk sebegini boleh menjadi contoh teladan untuk melahirkan modal insan yang baik?

Inilah salah-satu kebejatan sosial yang sedang cuba dibaiki oleh Pas dan rakan-rakan PR.Jika tidak ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membendung perkara ini barangkali budaya hedonisme ini akan menjadi lumrah dan kebiasaan dalam masyarakat timur kita.

Beranikah kita melepaskan anak-anak kita ke tengah masyarakat yang menuju kerosakan dalam nilai-nilai moral dan akhlak?Sejauh manakah kita boleh percaya yang mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan suasana yang tidak sihat ini?

Agamalah jalan penyelesaian yang paling baik.Jika agama sekadar dijadikan tempelan dan jauh dari penghayatan sebenar barangkali sedikit masa lagi muda-mudi kita teruk daripada belia di eropah dan barat.Dan apabila penyakit sosial ini sudah membarah dalam masyarakat sudah terlambat untuk kita menoleh ke belakang dan mengambil pengajaran.


`Pemuda tiang negara,Pemudi harapan bangsa?




jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 17 Agustus 2008

Era baru kebangkitan pelajar?

Ekoran pendapat dan cadangan peribadi MB Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim, mengenai kemasukan 10% pelajar asing bukan bumiputra ke UiTM seolah-olah mencetuskan satu era baru kepada gerakan pelajar. Mahasiswa bangkit berhimpun dan berdemontrasi aman membantah cadangan tersebut. Mereka turun beramai-ramai untuk menunjukkan protes dan
menyatakan pendirian. Syabas diucapkan!Cuma janganlah hendaknya bangkit kepada isu-isu yang selari dengan sesetengah pihak sahaja.

Suka dilihat kebangkitan ini dari sudut positif. Mahasiswa dan mahasiswi perlu bangkit setelah tidur lena . Sebelum ini apa-apa isu mengenai agama, masyarakat dan sosial, mahasiswa seperti tidak ambil peduli. Satu demi satu isu yang timbul termasuklah penyalahgunaan kuasa, kenaikan harga barang, kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera di MRSM dan isu biasiswa yang dinafikan hanya jadi tontonan sahaja.

Sebagai golongan terpelajar mahasiswa perlu terus bergerak aktif dalam mendepani isu-isu semasa.Sama ada di IPTA atau IPTS mereka mestilah berani bertindak dan menyatakan sokongan atau bantahan mereka dalam sesuatu hal.Atau adakah mahasiswa kini perlu menghabiskan pembelajaran terlebih dahulu untuk memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan negara?Sedangkan pada masa yang sama negara amat perlukan golongan `cendekiawan' yang sentiasa bersama rakyat memperjuangkan kepentingan negara dan rakyat.

Tidak cantik dan nampak ‘bodoh’ jika isu ini sahaja yang diprotes.Sedangkan pada satu sisi lain banyak lagi kebejatan yang perlu diperbetulkan.Jika satu masa dahulu golongan mahasiswa sentiasa didepan dalam menuntut perubahan tapi akhir-akhir ini mereka agak lesu dan `hilang' dari dari pandangan.

Teruskan protes pada isu-isu lain. Mahasiswa mesti sedar tentang masa depan negara. Apa yang tidak kena, mesti dibantah dan diselamatkan tanpa mengira siapa yang mencetuskannya.Kali ini, isu dicetus oleh MB Selangor dibantah. Jika selepas ini isu dicetus oleh MB Melaka, MB Pahang, Menteri Pengajian Tinggi, hatta Perdana Menteri sendiri, mahasiswa semestinya bangkit menyatakan pendirian.


budak kampung

Baca lagi......

Sabtu, 16 Agustus 2008

AYUH ‘TURUN PADANG’

Ekoran kenyataan Dato' Presiden Pas yang Pas bersedia mengerahkan jenteranya membantu kempen di Permatang Pauh maka elok benarlah kita di peringkat cawangan mahupun kawasan merangka strategi dan tindakan dalam mematuhi arahan Tok Guru ini.“Sebelum ini pun kita sentiasa memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang membantu bagi memastikan kerusi tersebut terus kekal milik Pakatan Rakyat,”kata Tuan Guru.

Jika dalam permainan bola sepak, ‘turun Padang’ diberikan kepada yang berkemahiran dan berkemampuan.Mana-mana yang kaki bangku atau kurang mahir sekadar jadi penonton sahaja tapi dalam berpolitik agak berbeza. Seruan Tuan Guru ini harus dilihat dengan lebih luas. Tidak boleh lagi ahli PAS yang ‘kaki bangku’ menjadi penonton. Berilah sumbangan setakat mana yang mampu.

Gunakan senjata orang mukmin dengan lebih berkesan. Yang jauh nun di Muadzam Shah,di Pantai Timur, di Selatan, Sabah dan Sarawak asahlah `senjata' dengan setajam-tajamnya. Kita mesti asah sekerap mungkin. Turun padang tanpa kasut bola dan taktikal, mudah dikalahi musuh. Senjata yang dimaksudkan ialah DOA dan SOLAT HAJAT.

Betapa bersungguhnya kita pada PR ke-12 Mac lalu. Tangisan Tuan Guru Nik Aziz di stadium dan cara kita berserah diri kepada Allah banyak membantu dalam perjuangan. Kali ini kita jangan sesekali lupa kepada pertolongan Allah.

Sungguh cantik doa dari ma’thurat,
“Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek daripada itu”.

Sekecil mana atau sebesar mana pun hajat kita, jangan sesekali lupa pertolongan Allah. Kemenangan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, bergantung kepada sejauh mana hubungan kita dengan Allah.



Budak kampung




Baca lagi......

Permatang Pauh:Rakyat bijak menilai!

Wisel perjuangan rakyat telah ditiup hari ini di Permatang Pauh.Calon Barisan Nasional (BN) Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya Datuk Ariff Shah Omar Shah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk merampas kerusi ini dari PR .Sementara Anwar akan terus mempertahankan kerusi ini untuk melangkah selesa ke Parlimen . Berjayakah DSAI atau kecundangkah dia menjadi penantian.
Pengundi di permatang pauh bertanya tentang kewajaran Arif Shah diletakkan menjadi calon. Tentu sekali UMNO Bahagian Permatang Pauh tertanya-tanya mengenai ketua bahagian mereka ,Jalil yang tidak terpilih. Suara mereka tidak didengar.
“Umno Permatang Pauh mencadangkan Ketua Umno bahagiannya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN)” (Berita Harian Online 07082008)

Anwar barangkali tidak menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi tradisinya itu.Ketokohan,bakat dan komitmen tingginya untuk menjaga kepentingan rakyat sudah tentu menjadi pilihan utama.
Tapi harus diingat dipihak Pakatan Rakyat,wira kita `YB' Mohamad Sabu tewas ditempat yang dijangkakan selamat dalam PRU yang lalu.Semuanya gara-gara pertandingan tiga penjuru yang berjaya memecahkan undi rakyat.Oleh itu kerja kuat dipihak Pak atan mestilah digembeleng ke tahap maksima.Jangan terperangkap dalam sebarang provokasi musuh yang cuba menghancurkan dan mengadu domba dikalangan pakatan.Begitu juga dengan calon kita,perlulah berhati-hati dalam setiap langkah agar tidak terjebak dengan `jerat' yang boleh dieksploitasi musuh untuk menagih undi.

Permatang Pauh menjadi gelanggang rakyat untuk menuntut pemerintahan yang adil,amanah dan telus.Pakatan Rakyat pada dasarnya tidak perlu bersusah-payah meyakinkan rakyat tentang ketulusan dan keadilan pemerintahan mereka kerana apa yang berlaku di lima buah negeri pimpinan PR sudah amat meyakinkan rakyat cuma yang diperlukan ialah penerusan kepada pengekalan imej yang baik ini dan rakyat Permatang Pauh akan bijak membuat pilihan!

Bunga teratai

Baca lagi......

Jumat, 15 Agustus 2008

Pemuda yang matang!

Muktamar Pemuda Pas Pusat telah berakhir.Syukur ke hadrat Ilahi dengan sedikit nikmat kemenangan yang diberikanNya dapatlah tahun ini kita bermuktamar di Perak,negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dalam keadaan aman dan selesa.Walaupun medan muhasabah ini bermula agak `sejuk' namun mula menampakkan aura ke`pemuda'annya di sebelah petang.

Seperti diduga tempias isu muqabalah@muzakarah tetap mendapat perhatian para perwakilan.Barangkali masih keliru akibat permainan media yang gelojoh untuk melariskan berita berbagai persoalan dilontarkan mereka.Isu ini sebenarnya sudah selesai dengan penjelasan panjang lebar Timbalan Presiden sewaktu perasmian dan kemudiannya YB Salahuddin Ayub turut menyentuhnya dalam ucaptama dan hujah penggulungannya.

"Menurutnya Pas tidak akan menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang boleh mendatangkan kebaikan pada jemaah dan Islam tapi tidak sama sekali berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan UMNO.UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam sebenarnya tidak pernah selari dengan tindakannya.Pas pernah mengajak UMNO duduk semeja berbincang tentang survival Islam dan perpaduan melayu pada tahun 80an dulu tapi ditolak mentah-mentah oleh UMNO kerana pada masa itu mereka kuat,kini apabila mereka hampir lemas maka beria-ia pula mereka ingin melabelkan diri mereka sebagai pejuang melayu Islam."

Tahniah buat pimpinan Pas kerana matang dan semakin bijak dalam mencatur langkah dalam politik yang kian mencabar ini.Sebagai ahli tidak perlulah lagi kita memanjangkan lagi isu yang tidak releven ini dan amat perlulah kita berhati-hati dengan apa yang dipaparkan media.

Setakat ini kita difahamkan Pas tetap dengan pendirian lunak untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam menuntut sebuah negara yang adil dan mengembalikan hak rakyat yang sekian lama dinafikan.Sebarang cubaan untuk memecahbelahkan pakatan yang mantap ini tidak akan berjaya dan ditentang habis-habisan.Hanya kedengaran suara positif dikalangan perwakilan yang mengharap Pas dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam gabungan ini berdasarkan pengalaman dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Pas.

Presiden Pas baru-baru ini ada membuat kenyataan berkenaan kesungguhan Pas untuk melihat Islam perlu diberi ruang yang lebih selesa dalam pakatan yang wajar diambil kira ahli pakatan sendiri.Dalam usaha untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sudah tidak relevan maka amat wajar kita menggantikannya dengan kerajaan yang adil dan amanah bersesuaian dengan prinsip Islam.Titik pertemuan dasar yang boleh dilunakkan dalam pakatan perlu disepakati agar gabungan ini sentiasa kukuh dan terus releven.

Melaui muktamar ini juga kedengaran cadangan agar Kelab Penyokong Pas diperkasakan agar lebih berperanan dalam menggerakkan gerakerja dan matlamat parti.Kesempatan baik sekarang apabila bukan Islam mula mendekati dan yakin dengan siasah Islam perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Mempelbagaikan uslub berdakwah dan memecahkan tembok perkauman yang berdaki sekian lama boleh memberikan manfaat besar kepada Pas.

Alhamdulillah dengan kelancaran muktamar kali ini membuktikan iltizam perwakilan dan pemuda dalam mendepani cabaran yang datang.Pemuda kini matang dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah luar yang cuba menghancurkan perpaduan Islam.`Pejuang yang baik sentiasa mengutamakan kebaikan jemaah daripada kepentingan peribadi.'

jinbukitridan

Baca lagi......

Rabu, 13 Agustus 2008

Pemuda ke Muktamar Agung.

Hari ini 13 ogos DPP Rompin dengan 7 orang exconya memulakan perjalanan ke Muktamar Agung Pemuda di Ipoh.Bertolak di awal pagi kerana tidak mahu terburu-bru memulakan perjalanan disaat akhir.Bertolak dari Bandar Keratong jam 9 pagi dan singgah di Kuala Pilah melepaskan hajat dan lelah.

12.30 tengahari.
Melalui jalan-jalan berliku di Ulu Bendul mengingatkan tentang liku-liku yang dilalui dalam berjuang.Keluarga ditinggalkan seketika demi kepentingan jemaah dan perjuangan.Setakat ini motokar(MPV) yang dinaiki masih berkeadaan baik dan mampu meneruskan perjalanan tanpa masalah.(insyaAllah).
-Us mi dah tertidur lena dalam belaian bayu aircond!
-KP Us Nazri (Jadi kelindan hari ni) Nampak merenung jauh ke depan(berangan ke atau memikirkan pasal anak buah ni?)
-Pengarah Amal kawasan Saudara Rosdi masih leka menonton VCD ceramah.
-Us Farid kejap-kejap sms je!(orang bujang)
-Timbalan KP,Roslin macam nak lena dah tu.
-Us Nizam, pandu cermat jiwa selamat!
1-2 petang

Singgah di senawang kejap.Urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan.Tadipun dah kena `sound’ dengan JPJ yang buat sekatan jalan”bang road-tax tu tinggal sehari je lagi..” Rakyat yang bertanggungjawabpun tergesa-gesa ke Pejabat Pos `renew’.

3 petang.

Berhenti lagi..kali ini untuk mengalas perut dan solat di R N R Seremban..Sempat jugak driver check keadaan kenderaan.so far so good.Minyak mahal tapi kena isi jugak!

430 petang
Memasuki sempadan negeri Perak Darulridzuan.kami mula teruja dengan kibaran bendera Pas yang menghiasi Lebuhraya menyambut kehadiran kami di bumi bertuah ini.Semangat untuk berjuang dan bermuktamar semakin melonjak moga-moga kehadiran kami mendatangkan sedikit-sebanyak kebaikan kepada jemaah.

545 petang
Berhenti rehat di hentian Tapah.Sambil pekena teh tarik sempat jugak ana posting artikel berkenaan penghantaran memorandum ke majlis daerah.Sudah menjadi rezeki kami agaknya terserempak pula dengan Dr Syed Azman AJK Pas Pusat bersama seorang tetamu Parti(barangkali kehadirannya untuk ke muktamar jugak).Selepas bertegur sapa sempat jugak kami bergambar kenang-kenangan dengan mereka.
645 petang
Mula memasuki bandar Ipoh.Us Khairul berleter kerana kekurangan tanda arah dan kalau adapun tanda arah yang sangat kecil.Pun begitu tahniah kepada pihak penganjur kerana cuba memudahkan peserta luar yang hadir.Bandar Ipoh nampak meriah dengan bendera Pas dan rasa megah apabila tiba di stadium yang tersergam indah.
Kelihatan anggota unit amal sedang membuat perbarisan di hadapan stadium..kemas,berdisiplin dan cantik!

Alhamdulillah kami sudah berada di sini.Dan bersykur pada Allah yang memberikan keselamatan kepada perjalanan kami.
Kami mengambil masa seketika untuk bersiar-siar dan bertemu sahabat handai yang tiba lebih awal.
9 malam
Muktamar bermula dengan rasminya.ucapan alu-aluan oleh pihak panitia seterusnya ucapan YB Salahuddin ayub selaku Ketua DPP Pusat...!

14 ogos

Perjalanan muktamar amat baik.Para perwakilan dan Exco Pemuda pusat berjaya bermuhasabah tanpa ada pihak yang cuba mencetuskan suasana yang tidak baik.Pemuda Pas semakin matang dalam mendepani cabaran.

Pengerusi Tetap- Good work..!

15 0gos

8 malam

Setelah 3 hari dua malam berkampung di sini kini tibalah masanya kami berangkat pulang dengan seribu kenangan dan maklumat yang amat berguna.

Apa kata kawan-kawan berkenaan muktamar kali ini?

Ustaz Roslin- Politik dan organisasi

"Baik Pas Pusat mahupun Tuan rumah Pas Perak, dianggap berjaya menganjurkan muktamar setakat ini..,namun masih banyak yang boleh diperbaiki dipihak tuan rumah perlu mengukuhkan jentera dan mobilasi parti hingga ke tahap optimum dan Pas Perak perlu mengambil kesempatan ini mengukuhkan pengaruh pas diperingkat tempatan serta mengujudkan satu tapak yang kukuh untuk masa depan.."


Saudara Rosdi-Pengarah amal kawasan

"Alhamdulillah,ianya mendapat sambutan yang amat baik daripada ahli dan juga penduduk tempatan,..Unit Amal dilihat mampu menjalankan tugas dengan baik"

Us Mi-Penerangan

Setakat ini "no komen" .

Us Khairul-ekonomi

"penganjuran berjalan dengan baik cuma ada beberapa perkara dari segi aturcara yang perlu diperbaiki seperti pelancaran buku Tok Guru yang kurang `Grand' seperti tidak dirancang rapi,pun begitu tahniah Pas Perak!"

Saudara Osali-Kebajikan

"Pas terus membuktikan kerelevenannya sebagai tunjang politik di negara kita dengan sokongan yang amat padu daripada ahli dan juga bukan ahli,Sebagai sebuah organisasi yang cekap dan bersih memang amat wajar Pas diberikan ruang yang lebih selesa dalam mengurus-tadbir negara dan rakyat"

US Nazri-KP

"perwakilan seharusnya memanfaatkan peluang dalam muktamat untuk mencambahkan idea untuk memperkasakan lagi jemaah.Bukannya menumpukan perbahasan kepada isu yang telah dijelaskan oleh pimpinan (muzakarah@muqabalah) Lebih-lebih lagidi saat parti dan PR menghadapi ujian getir dalam usaha mentadbir dan mengisi kemenangan di 5 buah negeri Pakatan Rakyat"
Komen yang baik dari KP makasih!


Catatan perjalanan jinbukitridan.




Baca lagi......

Pakatan Rakyat Rompin menghantar memorandum berkaitan Rompin Fest 2008.


12 ogos-Dengan gandingan mantap pimpinan Pakatan Rakyat Rompin satu memorandum peringatan telah di hantar kepada pihak Majlis Daerah Rompin berkaitan penganjuran Rompin Fest yang menjadi acara tetap dalam kalendar pelancongan negeri Pahang.

Antara pimpinann yang terlibat termasuklah encik Mazlan Yasin(Timbalan YDP Pas Kawasan),Ustaz Hj Hanapiah(Naib YDP ),Encik Fadzli Ramli(seorang peguam dan bekas calon Pas DUN Tioman) dan Encik Wak Rabidin(Ketua Bahagian PKR Rompin).

Menurut saudara Mazlan memorandum ini bukanlah bantahan kepada penganjuran program yang boleh menjana ekonomi dan boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat tempatan namun ianya perlu dilihat sebagai teguran yang boleh menambahbaikkan llagi pengisian dan kaedah penganjurannya.

Antara isi kandungannya:

Pakatan Rakyat bersetujudan menyokong penganjuran rompin fest 2008 DENGAN SYARAT ianya tidak lari dari objektif dan orbit asalnya untuk melahirkan generasi berbudaya dan bermaklumat.PR berkomitmen untuk memantau apa jua pengisian dan sebagai penegur sekiranya ada unsur-unsur yang boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat rompin khususnya.

Pakatan Rakyat menyokong penuh untuk pengisian program-program yang berbentuk:

- ekspo

- tapak jualan

- gerai pameran

- gerai makanan

- persembahan yang mengikut budaya timur

- kegiatan sukan.

Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya sebarang pengisian berbentuk perjudian,hiberan keterlaluan,pergaulan bebas dan budaya hedonisme yang membawa risiko keruntuhan akhlak di kalangan muda-muda dan para pengunjung.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur ialah:

- keadaan ekonomi rakyat yang tidak stabil.Berikutan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan rakyat perlu berhemah dalam berbelanja dan tidak terburu-buru dalam berbelanja.

- Keruntuhan akhlak yang amat perlu dibendung agar sebarang aturcaranya tidak membuka jalan yang boleh menjuruskan kepada pencemaran budaya,moral dan agama.

- Menjaga kesucian dan sensitiviit umat islam kerana penganjurannya di saat umat slam hampir menyambut Ramadhan.

Cadangan Dan Harapan

Pakatan Rakyat berharap agar program Rompin Fest kali ini tidak menganjurkan sebarang aktiviti tidak sihat seperti yang telah diperkatakan di atas.Diharap program-program yang membina modal insan dan tidak menjadikan aspek hiburan sebagai pengisian semata-mata.

Rombongan ini telah hadir ke Pejabat Majlis Daerah jam 2.30 petang dan menyerahkan sendiri memo ini ke tangan Pegawai Daerah Rompin merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Dato’ Roslan Harun.Mendapat sambutan yang baik dan Pegawai Daerah telah memberi komitmen untuk mengkaji dan menilai setiap cadangan yang diberikan

Bagi Pas Kawasan menurut encik Mazlan akan terus memberikan komitmen dan ambil berat kepada apa jua permasalahan/program yang melibatkan kepentingan rkyat di kawasan Rompin.

Exclusive by jinbukitridan.

Baca lagi......

Senin, 11 Agustus 2008

Permatang Pauh dan Peristiwa…!

Banyak peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini sehingga para penulis blog tidak menang tangan melayan isu.Perletakan jawatan Dr Wan azizah,MRR2,UMNO dan Muqabalahnya,Dadah hilang,Olimpik dan RM1 jutanya hinggalah ke isu Majlis Peguam yang sedikit kontreversi.Semuanya memerlukan maklumat dan ulasan yang bijak agar tidak mencetuskan sebarang kontreversi.


Permatang Pauh bakal menjadi medan fokus kepada isu-isu ini.BN akan berceramah dikaca TV sementara Pakatan Rakyat hanya berpeluang menjelaskan pendirian dan penjelasan isu di ceramah-ceramahnya sahaja.Nampak seakan-akan pertandingan yang bakal berlaku tidak seimbang dari segi kekuatan jenteranya.Begitulah senarionya pilihanraya di negara kita sekian lama.


Anehnya, dalam pada Pakatan Rakyat terbatas dalam sebaran maklumatnya rakyat masih memilih mereka sebagai penyelamat kepada masa depan negara yang kian kelam.Bayangkan jika kita diberi peluang yang sama-rata dalam menggunakan harta negara seperti di negara lain!.Barangkali BN akan terus lenyap menjadi sejarah.


Peranan Blogger


Blogger perlu bertanggungjawab dalam setiap maklumat dan data yang diberikannya.Maklumat mesti tepat dan huraian mesti bijak.Kita tidak mahu ada sebarang isu yang boleh diselewengkan menjelang pilihanraya kecil ini.

Justeru itu amatlah elok jika Pihak Pakatan Rakyat menyediakan satu penempatan khas di Permatang Pauh (seperti wakil media) bagi para blogger untuk mengakses internet dan menyebarkan maklumat segera dalam tempoh pilihanraya ini nanti.Dengan cara ini segala langkah kita akan sentiasa pantas dan rakyat tidak mudah terpedaya dengan pembohongan musuh.


Jika di zaman penjajahan pahlawan melayu seperti Mat Kilau,Tok Gajah,Tok janggut berjuang menentang penjajahan di masa sekarang pula para blogger perlu berjuang untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat.Sekarang kita berperang maklumat dan tidak lagi mengangkat senjata.Namun nilai perjuangan itu tetap sama demi melahirkan sebuah negara yang adil,bersih,amanah dan diredhai Allah.


Pakatan Rakyat


Sejauh manakah kerjasama yang bakal dijalinkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini nanti masih samar-samar.PKR pasti tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian kali ini.Dalam pilihanraya kecil berbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku.Kemenangan dengan majoriti yang besar dalam PRU yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bergerak `selesa’ dalam kerja-kerja kempen.


Satu Jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi menggembleng seluruh petugas dari seluruh negara bagi bersama-sama mencari kemenangan bagi PR dalam pilhanraya ini.Masa depan negara barangkali bakal ditentukan di Permatang Pauh.


Jinbukitridan.

Baca lagi......

Kamis, 07 Agustus 2008

Di mana Sharlini?

Setelah kian lama berlalu kisah anak kecil ini seakan hampir lenyap begitu sahaja dari paparan media.Berbagai usaha yang dilakukan masih menemui jalan buntu.Bagaimanakah nasib anak kecil ini masih menjadi tanda-tanya.Siapakah manusia yang terlalu zalim sehingga tergamak memisahkan anak kecil ini dari pangkuan keluaraganya?Tidakkah mereka ini punya hati dan perasaan yang boleh menyelami kesusahan dan kesedihan orang lain?

Kita berharap agar anak kecil ini selamat dan kembali ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.Kepada penculik yang tidak bertanggung jawab ini kita berpesan ingatlah!,Allah pasti akan membalas setiap perbuatan yang kita lakukan.Barangkali kali hati anda terlalu keras untuk dilembutkan dengan rayuan keluarga yang anda zalimi.Tapi anda perlu ingat hidup ini hanya sementara dan dunia yang `indah’ ini hanya tempat ujian Allah ke atas tiap hambanya.dunia akhiratlah tempat kembali yang kekal abadi.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung penderitaannya.Begitulah agaknya keadaan kaum keluarga Sharlini apabila kehilangan `permata’ mereka.Hanya doa dan harapan agar Sharlini dipulangkan ke pangkuan kalian yang dapat kami lakukan.Bersabarlah dan berdoalah!Allah sentiasa memperkenankan doa hambanya yang dizalimi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang simpati sama-samalah kita berikhtiar agar anak kecil ini dapat ditemui dan selamat pulang kepangkuan kelurganya.Semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ini membawa kembali sinar kebahagian kepada keluarga Sharlini.

jinbukitridan

Baca lagi......

Rabu, 06 Agustus 2008

Bersediakah Najib menjadi PM?


Setelah sekian lama menunggu dalam debar,akhirnya Tok Jib boleh menarik nafas lega dengan pengumuman Pak Lah berkenaan peralihan kuasa.Walaupun 2010 masih terlalu panjang namun harapan untuk beliau menjadi PM mula kenampakan.Bisik-bisik berkenaan ada yang mahu mencabarnya dalam pemilihan menjelang disember nanti dinafikan dengan kenyataan Muhyiddin yang hanya mempertahankan kerusi Naib presidennya.Selain Muhyiddin massa tidak nampak ada tokoh lain yang berani mencabar Timbalan Presiden ini.Maknanya Dato’ Jib berada dalam kedudukan yang paling lega kalau tidak sepanjang karier politiknya mungkin barangkali sejak Pak Lah membisu selepas PRU yang ke 12 yang lalu.


Apakah setiap presiden UMNO itu automatik menjadi Perdana Menteri?Tidak! Jika berlaku pun sekadar kebetulan yang telah sekian lama berlaku seakan sudah menjadi tradisi.Dengan prestasi merudum UMNO dalam PRU yang lalu barangkali UMNO tidak akan sempat bertahan hingga ke PRU yang akan datang.


Persoalan adakah Najib orang yang paling layak untuk diamanahkan memerintah negara?Di bidang manakah beliau betul-betul hazam dan mahir sama ada ekonomi,agama,sukan,pendidikan atau sekadar tahu serba sedikit berkenaan pertahanan negara?Beliau dilihat tidak banyak menolong Pak Lah dalam berbagai krisis yang melanda negara.Kenaikan harga barang dan minyak contohnya,apakah penyelesaian yang dicadangkannya? Begitu juga dengan isu rasuah yang di’perjuangkan’ Pak Lah,Apakah saranan dan ideanya bagi membantu Pak Lah menyelesaikan isu besar itu?Beliau hanya menjadi `penambah perisa’ kepada cadangan orang lain tanpa ada idea bernas tersendiri.


Kita tidak tahu apakah yang menjadi kriteria yang dilihat oleh Tun dahulu yang beria-ia berkehendakkan Najib menerajui negara.(Padahal jika di intai lebih ramai dalam UMNO yang lebih layak berbanding Najib seperti Dato’ Syed Hamid Albar,Shahril Samad,Ku Li dan Rais Yatim yang nampak agak berkarisma).Apakah beliau lihat Najiblah yang boleh mewarisi dan penerus kepada apa yang telah di`bina’nya sekian lama setelah Pak Lah mengecewakannya?Setakat ini kepimpinan Najib langsung tidak terserlah seperti Anwar sewaktu menjadi TPM dahulu!


Kita tidak mahu menggadaikan kemajuan dan kemakmuran rakyat di tangan yang salah!.Jika pemimpin tidak punya visi dan ilmu untuk mentadbir maka negara akan ditadbir sebagai sebuah `syarikat swasta’ semata-mata.Bermotifkan keuntungan dan berniaga dengan rakyat!Sekarangpun kita seakan mula menjurus ke arah itu apabila kerajaan tidak mampu mengatasi isu kenaikan harga minyak dan rakyatlah penanggung bebannya.


Bagaimana pula dengan akuan bersumpah Raja Petra terhadap beliau dan isterinya? Apakah Najib tidak terlibat langsung dengannya? Jika benar tidak terlibat kita masih menuggu apakah tindakan yang bakal diambilnya ke atas pengadu yang membuat tuduhan palsu ini.Tuduhan sembarangan ini boleh mencemarkan imej negara.Selaku orang yang bakal diserahkan teraju pemerintahan negara maka sewajarnya beliau membuktikan kepada rakyat akan `kebersihan’nya dari sebarang tuduhan dan skandal.Jika Anwar yang dituduh liwat disuruh bersumpah mubahalah kenapa beliau tidak!?



jinbukitridan


Baca lagi......

Senin, 04 Agustus 2008

Dari MRR2 ke Permatang Pauh.!

Malaysia gempar lagi…kali ini dengan isu MRR2 yang telah sekian lama diancam kemusnahan akibat perbuatan tangan manusia sendiri.Tiga kerosakan dalam empat tahun dari tempoh siap menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan binaan mega yang menelan RM238 juta wang rakyat ini.Jika Menteri Kerja Raya dahulu mengatakan struktur binaannya satu kesilapan tidak tahu pula apa yang akan diperkatakan menteri yang baru.Yang nyata jutaan ringgit bakal dicurahkan lagi untuk memperbaiki kecuaian sesetengah pihak ini.

Menurut PM,Pak Lah beliau mahu kali ini kerosakan ini diperbaiki ketahap terbaik! Apakah sebelum ini pembaikannya hanya sekadar melepas batuk ditangga sehingga menelan RM70 juta perbelanjaan tambahan untuk dibaiki dahulu? Menurut Pak Lah lagi, laporan media mengenai keretakan jejambat pada lebuhraya tersebut sudah pasti mengundang rasa tidak gembira, bahkan boleh membangkitkan kemarahan rakyat.(terutamanya menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh?)

Rakyat beharap satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengkaji punca-punca kerosakan yang berlaku dan diatasi dengan tindakan yang bijak.Pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan keresahan pegguna lebuhraya dilebuhraya ini wajar diambil tindakan!Pembayar cukai(rakyat) mengharapkan ketelusan dalam menyelesaikan isu ini.

Secara kebetulan pula jejambat ini retak menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal berlangsung sedikit masa nanti.Inilah masanya untuk didedahkan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku.Anwar Ibrahim wajar mendapatkan maklumat yang tepat tanpa ada keraguan fakta berkenaan keretakan ini.Kita bukan mahu mempolitikkan isu tapi ketelusan wajar diperlihatkan kepada rakyat yang menilai amanah atau tidak seseorang pemimpin.

Di atas kertas perjalanan Anwar ke Permatang Pauh agak selesa dengan majoriti besar yang diperolehi isteri kesayangannya Dr Wan Azizah dengan 13,000 lebih.Pun begitu dalam Pilihanraya kecil macam-macam boleh berlaku jika tersilap percaturan.Berdasarkan sejarah pembangkang hanya menang dalam jumlah kerusi yang sangat kecil disetiap pilihanraya kecil sejak merdeka walaupun di situ telah dikenali sebagai kubu kuat mereka sendiri.Maka di sinilah kerjasama erat di kalangan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan.Pilihanraya yang adil dan bebas perlu dipertahankan tanpa provokasi dan penipuan musuh yang sudah menjadi lumrah.

Barangkali retaknya jejambat MRR2 itu memberi petanda kejatuhan kerajaan yang cuai dan tidak bijak memerintah.Batu-batu yang berguguran di MRR2 itu agaknya sudah tidak tertahan dengan desakan rakyat yang inginkan sebuah negara yang diperintah dengan adil dan amanah.MRR2 itu sudah menjadi umpama BN yang semakin diperbetulkan semakin banyak yang terlondeh!

jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 03 Agustus 2008

Hari keluarga Pas Rompin meriah!

3 ogos 2008 ahad-Pas Kawasan Rompin telah mengadakan sambutan Hari keluarga bagi seluruh pendokong dan ahli Pas di Kawasan Rompin.Program sehari suntuk ini diadakan di perkarangan chalet DRhu Ombak Village Rantau Panjang,Rompin.Setelah beberapa lama perancangan yang rapi dibuat akhirnya program tahunan diperingkat kawasan ini berjaya diadakan dengan lancar pada hari ini.


Lebih kurang 120 ahli telah hadir bersama pasangan serta anak masing-masing sejak awal pagi lagi.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan tazkirah oleh Yang Dipertua Pas Kawasan,Ustaz Shukri Hj Ahmad.Dalam ucapannya beliau
mengingatkan pentingnya penganjuran majlis sebegini bagi mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin sesama ahli serta menghimpunkan kembali para petugas dari seluruh kawasan selepas menghadapi PRU-12 yang lalu.

Hari keluaraga tahun ini diadakan dalam bentuk dalam berkelah dan santai yang tidak mengeluarkan tenaga yang banyak dan peserta disyaratkan agar membawa makanan dari rumah disamping juadah yang disediakan penganjur.

Sudah menjadi kebiasaan, kanak-kanaklah golongan yang paling seronok dan diraikan dalam program sebegini.Hampir 50 orang kanak-kanak dihiburkan dengan berbagai acara sukaneka.Antara acara yang dipertandingkan ialah isi bola dalam pinggan,baling tin,isi air dalam botol,pecah belon,pancing botol dan banyak lagi.Bagi golongan ibu-bapa acara sukan yang berkonsepkan kekeluargaan diadakan.Antaranya menganyam ketupat,membalut mumia,teka peribahasa dan search in 10 minute.



Pihak penganjur tidak lupa untuk menyediakan berbagai hadiah menarik bagi pemenang-pemenang sebagai tanda cenderahati.Hadiah disampaikan di akhir program jam 3 petang oleh pimpinan pas kawasan.


Untuk menjadikan perkelahan ini lebih menarik pihak penganjur juga menyediakan ikan,udang dan sotong fresh untuk dibakar oleh peserta.Aroma harum mula memenuhi ruang di pantai ini apabila para peserta mula menunjukkan bakat masing-masing dalam menyediakan ikan bakar.

Program ini berakhir jam 4 petang setelah acara penyampaian hadiah dan pembersihan kawasan dilakukan.Berdasarkan pada lokasinya strategik dan pantainya yang cantik tidak mustahil ianya akan menjadi pilihan dalam program-progran yang akan datang.Bagi yang berhajat untuk bersama keluarga dihujung minggu amat sesuailah pantai ini yang mempunyai kemudahan chalet dan tandas yang bersih menjadi pilihan.



Pemuda muadzam!.



















































































































































































Baca lagi......

Jumat, 01 Agustus 2008

Apa cerita Dato' Mukhriz?

Hari ini 2 Ogos 2008.Masih terngiang-ngiang lagi di telinga semasa Tun Dr.Mahathir mengisytiharkan keluar dari Umno beberapa bulan dahulu,maka anaknya Mukhriz pun membuat kenyataan di media untuk menuruti jejak langkah bapanya itu.Beliau yang bersama dengan beberapa pengikutnya yang terdiri daripada beberapa orang pemuda Umno mengumumkan perkara tersebut.Beliau memberi syarat bahawa beliau akan keluar dari Umno pada Julai 2008 jika Pak Lah tidak berundur sehingga tarikh itu.Beliau mendapat tepukan dan sorakan semangat dari pengikutnya pada ketika itu yang dapat di saksikan oleh penonton yang mengikuti siaran berita di semua stesen tv Malaysia.

Nah! Sekarang dah Ogos pun!Adakah Ogos sebelum Julai?Inilah sikap pimpinan dari Umno,pembohongan menjadi lumrah mereka.Mungkin takut hilang jawatan atau beliau nak bertanding ketua pemuda Umno Malaysia Disember ini.Atau mungkin ada kes,apabila beliau keluar parti pastinya ada tindakan dari pemerintah? Seperti mengarahkan siasatan BPR di lakukan atau seumpamanya?

Sekarang ini musim ahli Umno keluar parti beramai-ramai.Masing-masing menyertai PKR atau PAS ataupun duduk diam-diam di rumah.Umno dah tidak releven lagi untuk memerintah negara.Ramai ahli Umno dan pengikutnya sudah malu untuk mengakui Umno di khalayak ramai.

Dr.Wan Azizah dah pun meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh.Anwar Ibrahim pun bila-bila masa saja akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.Mungkin September ini menjadi kenyataan bahawa peralihan kuasa akan berlaku di negara ini.MP Umno/BN semakin gelabah sekarang.Pentadbiran negara di lihat semakin lemah dan menjadi caca merba.

Tiba-tiba saja Pak Lah nak menurunkan harga minyak pada September ini.Mungkin Pak Lah cuba untuk mencari sokongan rakyat atau publisiti murahan sebagai untuk mengurangkan tekanan yang beliau hadapi daripada pelbagai pihak dan pelbagai sudut ini.Hal ini bukanlah disebabkan keperihatinan beliau terhadap rakyat atau negara,tetapi di lihat demi untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan beliau sahaja.Umno/BN akan tumbang tidak lama lagi,hanya bergantung kepada talian hayat yang semakin berkurangan sekarang.Keluarlah dari Umno wahai Datuk Mukhriz dan ahli-ahli Umno sekalian.Mari kita bina negara ini bersama Pakatan Rakyat!

Oleh: tajambatu

Baca lagi......

Anwar bakal dilondeh!

Langkah bergaya Dato’ Sri Anwar dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya jaya maju setapak lagi.Pakatan Rakyat terus mengasak dan BN semakin terhimpit kedinding kuasa yang kian goyah.Dominasi mereka dalam pemerintahan negara makin tercabar.Pengumuman Dr Wan Azizah yang meletakkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan kesanggupan Anwar untuk bertanding mempertahankan kerusi ini nanti bakal menyaksikan satu pertempuran sengit antara kebenaran(yang berjuang untuk kepentingan negara serta rakyat) dan kebatilan ( yang gigih mencari jalan untuk mengekalkan kuasa dan memperbodohkan rakyat).

Bersediakah lagi Dato’ Seri Anwar untuk dilondehkan untuk kesekian kalinya?Al-maklumlah media samasekali tidak akan memihak kepadanya kini.Gerak-gerinya akan dipertikai dan cakapnya pula hanya dianggap angan-angan mat jenin!Tidak mustahil lebih banyak buruk Anwar akan diheboh.Benar atau tidak itu perkara kedua, yang pentingnya Pakatan rakyat tidak akan sekali-kali diberi ruang mudah untuk berkuasa.

Projek!? Itu senjata paling ampuh dan agak berkesan dalam meneutralkan asakan penbangkang.Perancangan demi perancangan,pecah tanah dan bajet tambahan antara lagu yang pasti diperdengarkan kepada rakyat Permatang Pauh khususnya.Itu sudah menjadi umpan `WAJIB’ dan sinonim di mata kail BN.

Andai Anwar dan Pakatan Rakyat menang itu akan memberikan impak besar sekali lagi kepada politik tanah air.Rakyat barangkali akan lebih yakin dengan kemampuan pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya.Sementara kekalahan BN pula akan menunjukkan populariti mereka memang sudah menurun dan kebangkitan rakyat dalam PRU 12 yang lalu bukanlah secara kebetulan.

PM,Pak Lah menafikan ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui jalan demokrasi.(demokrasi?)Dalam keadaan pembangkang menghadapi pilihan raya dengan penuh tekanan dan sekatan serta rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pakatan Rakyat Pak Lah masih boleh berbangga dengan demokrasinya!Setakat ini pihak pembangkang terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan Malaysia dan bukan berhadapan dengan BN UMNO sahaja.Radio,TV,bangunan,padang,pengangkutan dan lain-lain kemudahan awam digunakan sewenang-wengang seolah-olah milik parti mereka!Itulah antara yang tidak kena dengan demokrasi tempang ala-BN.Rakyat sudah pasti berusaha untuk menukar sebuah kerajaan yang pincang sebegini dengan sebuah kerajaan yang adil,berhemah,amanah dan mengutamakan kebajikan rakyat!.Begitulah hendaknya.


Jinbukitridan

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP