Minggu, 07 September 2008

Seorang anggota Unit Amal meninggal

Keratong ( 5 september 2008)-Seorang angota Unit Amal Kawasan Rompin,Azizul b Zainal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di sini.Mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya, Hanafi b Kadir bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.Kemalangan yang berlaku jam 11.30 pagi ini menyebabkan mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Muadazam Shah dan disahkan meninggal kemudiannya.

Mangsa yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Tun Razak Keratong berasal dari felda keratong 4.Beliau telah menyertai Unit Amal beberapa tahun yang lalu.Menurut Penyelaras Amal Kawasan saudara Rosdi Yatim yang turut menguruskan jenazah,Azizul seorang yang periang dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakannya. Kehilangannya amat dirasai oleh keluarga dan seluruh rakan yang lain.

Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan ,Mazlan Yassin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin Ustaz Nazri Hj Ahmad turut hadir ke upacara pengebumian di Tanah Pekuburan Islam Keratong 4 pada hari yang sama.Saudara Mazlan mewakili Pas Kawasan merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan Unit Amal Rompin amat menghargai sumbangan yang telah diberikan mangsa semasa hayatnya.Sementara itu Hanafi yang mendapat rawatan di hospital dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Keratong 4.

Baca lagi......

Entah iya entahkan tidak!


Teman pening memikirkan pasal 16 september ni.Pak Lah kata `tidak’ sementara Anwar kata mengikut jadual!.benar atau tidak `gertakan’ Anwar ini sebenarnya menggelabahkan juga pimpinan BN.Dengan aku-janjinya dan penegasan demi penegasan dari Pak Lah sendiri yang BN tidak akan terduduk dengan permainan ini menampakkan ketakutan mereka jika ia menjadi kenyataan.Teman katakan gertakan Anwar kerana hanya dia,orang disekelilingnya dan Allah yang tahu cerita sebenarnya .Pas dan DAP selaku rakan dalam Pakatan hanya dijadikan `sleeping partner’ setakat ini.

Mat sabu

`Yb’ Mat Sabu pada 6 september menegaskan yang beliau dan pimpinan Pas yang lain secara rasminya tidak dimaklumkan Anwar mengenai agenda besar itu.hanya khabar angin yang meniup berita sehingga ke pelusuk negara sedang pimpinan PR yang lain hanya tertanya-tanya.Sedikit komen dari tokoh `muda’ Pas ini menyifatkan ianya “tidak kuat dan berwibawa…sebab dulu kita juga tidak bersetuju dengan dua orang ahli Semangat 46 yang melompat ke UMNO di Kelantan…” Betul jugak pendapat YB nih! Sebab ini bukan seperti yang digambarkan dalam PRU yang lalu apabila rakyat masih memberi kepercayaan kepada BN walapun boleh diragui dan amat sedikit majoritinya…Tapi jika perubahan ini boleh menguntungkan Negara dan rakyat macam mana?Teman tinggalkan pada sahabat-sahabat untuk respon.

Anwar

Mengapa sampai tidak boleh diberitahu rakan-rakan PR yang lain agendanya?Jika Pas dalam isu muzakarah bersungguh membuat pendirian dan penjelasan demi solidariti PR mengapa kali ini kita di pandang sepi.Pimpinan Pas yang tidak cepat melatah tetap mengikut rentak anwar dari jauh dalam hal ini.Jika benar berlaku perubahan biarlah ini agenda PR dan bukan agenda Anwar semata-mata.!

Pas

Tahniah ke atas pimpinan pas yang tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang belum pasti.Berpijak dibumi nyata lebih baik daripada terheret dalam imajinasi yang belum tahu.Walaupun untuk kesekian kalinya Pas dinafikan peranannya dalam agenda besar sebegini tapi kita masih sabar dan tidak bertindak melulu.Syabas!

Baca lagi......

Sabtu, 06 September 2008

Ramadhan Bulan Utama

Memang benar, bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap detik, minit, jam, dan hari-harinya penuh dengan keutamaan. Keutamaan-keutamaan tersebut antara lain :

Pertama: Ramadhan membentuk peribadi Mukmin yang taat secara total kepada Allah SWT dan Rasulullah saw. dalam seluruh perkara yang diperintahkan ataupun yang dilarang-Nya. Tidak ada keraguan di dalam hatinya untuk menjalankan Islam secara kâffah (menyeluruh), baik dalam hal akidah maupun hukum-hukum yang lain seperti: hukum ibadah, makanan, minuman, pakaian, sosial, politik, ekonomi, budaya, pemerintahan, dan sebagainya. Mereka siap untuk mengikuti wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dengan ikhlas dan tawakal.

Kedua: Di aspek lain, pada bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan wahyu berupa al-Quran untuk yang pertama kali. Wahyu inilah yang merupakan sumber hukum untuk dijadikan pemimpin dan panduan kehidupan. Dengan tegas, Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk (hudan) bagi manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda (furqân) (antara haq dan batil). [TMQ al-Baqarah (2): 185]

Ayat ini menjelaskan, bahwa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk bagi umat manusia yang mengimaninya; dalil yang jelas dan tegas bagi mereka yang memahaminya, yang terlepas dari kebatilan dan kesesatan; juga merupakan pembeza antara yang haq dan batil, halal dan haram (Lihat: Tafsîr al-Qur'ân al-'Azhîm, I/269).

Al-Quran bukan kumpulan pengetahuan semata, tetapi juga petunjuk bagi manusia. Al-Quran tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan saja, melainkan wajib difahami dan diamalkan isinya dalam kehidupan seharian. Nabi saw. dalam berbagai hadisnya menegaskan, bahwa sesiapapun yang berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tersesat selama-lamanya. Allah SWT berfirman:

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Apa saja yang diperintahkan oleh Rasul, ambillah; apa saja yang dilarang olehnya, tinggalkanlah! [TMQ al-Hasyr (59): 7]

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap perintah yang terdapat dalam al-Quran, adalah mutlak harus dilaksanakan, dan setiap larangannya harus ditinggalkan, baik terasa berat maupun terasa ringan. Yang tertanam dalam hati dan fikiran adalah, "Kami mendengar dan kami patuhi!" Alangkah ruginya orang yang memahami al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Demikian juga bagi orang yang sentiasa menyerukan Islam namun tidak menjalankannya. Apalagi bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai 'barang dagangan', suka memutarbelit pemahaman di dalamnya, bahkan mengatakan al-Quran penuh dengan mitos dan buatan Muhammad. Sungguh, orang tersebut bukan hanya orang yang rugi, namun juga dilaknat oleh Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan, Allah SWT bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa supaya kita bertakwa, tetapi juga menurunkan al-Quran sebagai sumber aturan untuk mencapai ketakwaan .

Ketiga: Allah sungguh Maha Adil, Maha Bijaksana, dan Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Dalam bulan Ramadhan pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya, syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menggoda manusia untuk berbuat mungkar, pintu-pintu syurga dibuka seluasr-luasnya, dan berbagai kenikmatan Allah dicurahkan. Dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar. Pada malam tersebut untuk pertama kalinya diturunkan al-Quran kepada Rasulullah saw. sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia; bukan hanya bagi kaum Muslim saja, tetapi juga berlaku bagi umat selain Islam. Itulah tanda rahmatan lil 'alamin-nya Islam.

Wahai kaum Muslimin! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sudahkah kita mentaati Allah SWT secara kaffah? Ataukah kita masih tetap membiarkan hidup kita diatur oleh hukum- hukum dari aqal dan hawa nafsu kita? Adakah Ramadhan hanya merupakan tempoh menahan lapar dan haus belaka? Wallâhu a'lam bi ash-shawâb.

lilyrizana siri 2...(siri 1)

Baca lagi......

Jumat, 05 September 2008

Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4) ]

Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal dari dalam diri manusia. Oleh karena itu, hawa nafsu tidak hanya terbatas pada aspek moral sahaja, melainkan meliputi seluruh dorongan ada dalam diri manusia yang terwujud dalam seluruh aktiviti. Sebaliknya, wahyu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw. berupa perintah dan larangan. Wahyu ini yang harus mengendalikan hawa nafsu manusia. Jika hawa nafsu manusia tidak dibimbing wahyu, ia akan cenderung pada keburukan.

Oleh itu, ketika bulan Ramadhan dikatakan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu, maka yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita mencampakkan dan membuang jauh-jauh seluruh aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Selain kita meninggalkan aktiviti menyakiti orang lain, kita juga harus meninggalkan amalan-amalan apatah lagi mempropagandakan sekularisma, pluralisma, feminisma, kapitalisma, pornografi, dan fahaman- fahaman sesat lainnya; kita juga harus menghentikan kezaliman terhadap rakyat seperti menaikkan harga minyak yang sepatutnya hak rakyat ini diurus menurut hukum syarak; kita juga harus meninggalkan aktiviti menghalang atau bahkan memfitnah agama dan tajassus (memata-matai) serta menghalang pendakwah Islam.

Kita juga mesti berusaha untuk tidak melakukan transaksi riba, bermuamalah secara kapitalis, berpolitik Maciaveli, bernegara tanpa undang-undang yang dilandasi al-Quran dan Hadis, mempertahankan sistem aturan manusia, berinteraksi dalam masyarakat tanpa disandarkan kepada sistem sosial kemasyarakatan yang Islamik, serta menjalani seluruh kehidupan tanpa syariat Islam. Semua itu mesti kita tinggalkan sebagaimana kita berusaha untuk meninggalkan sifat iri, dengki, sombong, takabur dan seluruh sifat buruk lainnya.

Seterusnya kita harus mengiatkan diri dan bersemangat untuk bersama-sama, tolong- menolong, dan terlibat aktif dalam menjalankan dakwah; menyeru penguasa yang zalim untuk bersegera menerapkan syariat Islam; menyeru masyarakat untuk bersegera terikat dengan syariah, tetapi bukan sebaliknya. Rakyat dinasihati supaya sabar menghadapi kesulitan hidup, sementara penguasa yang menyebabkan kesulitan hidup rakyatnya malah dibiarkan. Ramadhan mewajibkan kaum Muslim terikat dengan aturan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي اْلآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai dîn (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi. [TMQ Ali Imran (3): 85]
Allah SWT juga berfirman:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah? [QS al-Maidah (5): 50]

Dari dua ayat di atas tampak jelas bahwa kita diminta untuk berhukum pada apa saja yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis; bukan sebahagian sahaja, tetapi seluruhnya. Itulah hakikat sebenarnya dari usaha untuk menundukkan hawa nafsu. Apabila kita telah mampu menundukkan hawa nafsu sebagai hasil dari puasa kita, kita akan menjadi (insyaAllah) manusia yang benar-benar bertakwa, sebagaimana firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. [TMQ Al-Baqarah (2) 183]

siri 1 oleh lilyrizana ismail

Baca lagi......

Kamis, 04 September 2008

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut.Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik.Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi.Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya.2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

Baca lagi......

Selasa, 02 September 2008

UMNO lemah kerana kita kuat?


Muktamar sudah berlalu.Seharusnya segala kemusykilan yang samar terjawab dengan proses muhasabah yang panjang dan memenatkan itu.Barangkali para perwakilan dan pemerhati kini sudah ada yang terlupa intipati penting yang dibincangkan tempohari.Apakah para perwakilan yang balik ke kawasan sekadar mencampakkan segala minit dan kertas kerja ke dinding menunggu buruk atau terus menjalankan gerakerja sejajar dengan kehendak parti hanya Allah yang tahu.Besar manfaatnya jika kita berjaya mengadaptasikan segala resolusi dan perancangan rentetan muktamar itu bagi memperkasakan jemaah.

Kita kena terus bekerja daripada sekarang jika ingin memenangi hati rakyat.Janganlah kita fikir UMNO itu berada dalam kondisi terburuk sepanjang kewujudan mereka maka kita lalai melaksanakan amanah parti.Jangan!walaupun mereka kita lihat lemah tapi mereka masih punya segala jentera kerajaan dan media yang boleh dimanipulasikan bila-bila masa untuk memulihkan imej mereka.Itulah `lampu ajaib' mereka yang tidak ada pada kita.

Saya secara peribadi saya tidak yakin kita boleh menang besar dalam PRU ke 13 akan datang jika kita berpegang semata-mata pada kekuatan yang kita ada.Kekuatan gerakerja kita masih dalam peratusan yang amat kecil jika dibandingkan dengan kelengkapan UMNO dan BN.Mereka boleh bergerak dari jauh tanpa perlu turun ke padang bertemu rakyat dengan kelebihan yang mereka ada.


Tapi tidak kita.Kita mesti turun padang dan bertemu dengan setiap rakyat.Melunakkan jiwa masyarakat yang barangkali asing(melayu terutamanya?) dengan Negara Islam memang sukar.Fahaman sekular yang sudah sebati itu barangkali boleh dikikis dengan akhlak dan pendekatan yang bijak para da'i yang tidak boleh berputus asa.Jika Nabi S.A.W tidak berputus asa dalam berdakwah pada seorang Yahudi apatah lagi kita yang hanya perlu memujuk hati orang Melayu yang sudah terkenal dengan lembut hatinya.

Kita kini berada dalam posisi terbaik untuk membuat lonjakan dalam memenangi hati rakyat.YB-YB kita juga perlu memainkan peranan yang besar.Tunjukkan contoh yang menarik bagaimana kepimpinan di bawah payung Islam yang adil,amanah dan tidak sekali-kali meminggirkan bangsa dan agama lain.Jika Umar Ibnu Khattab pernah memikul sendiri guni gandum di belakangnya demi rakyat biarlah pimpinan kita juga begitu.Pemimpin tidak perlu bermewah-mewah(sekadar ingat-mengingati) di saat rakyat kebanyakan perit untuk mendapatkan sesuap nasi.


Bimbang juga apabila kita asyik kepada kejatuhan orang lain dalam masa yang sama kita tidaklah sekuat mana.Jika gerakerja kita sekadar berada 35-40% dari yang sepatutnya bermakna masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Kemenangan `besar' kita dalam PRU yang lalu bukanlah tiket untuk kita selesa dalam ruang yang kian bingit dalam politik negara.Pengundi kita boleh berubah bila-bila masa jika dirasakan kita sudah berpuashati dan mengendurkan gerakerja.Pas sudah ada trademark dan kekuatan sendiri dan kekuatan yang ada itulah yang perlu digembeleng sehingga rakyat melihat Pas sebagai parti yang sentiasa bersedia mentadbir negara.

Baca lagi......

Senin, 01 September 2008

Ramadhan bukan pesta berbelanja!

Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia kedatangan ramadhan disambut meriah dengan pengisian di masjid-masjid dan surau.Bagi yang jarang nampak di surau pun akan muncul seolah Terawih di surau itu yang ditunggu-tunggu.Itu satu perkembangan yang amat baik dan wajar diteruskan dibulan-bulan yang lain.

Tapi bukan di masjid dan surau saja yang meriah,di bazaar ramadhan tidak kurang hebatnya.Bagi peniaga barangkali ini peluang untuk menambah wang saku untuk keluarga.Eloklah tu.Bagi pembeli pula mungkin ingin mempelbagaikan sedikit juadah untuk berbuka,tak apalah.Namun apa yang penting bagi kita janganlah berlebihan dalam berbelanja.Tidak perlulah sampai lima atau enam jenis juadah yang dibeli untuk berbuka.Yang kebiasaannya akan banyak tersisa dan berlaku pembaziran.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah
bukan untuk menurut kehendak nafsu dalam berbelanja semata-mata kerana kita mampu.Cubalah kita fikir golongan fakir dan miskin yang barangkali tidak mampu untuk mendapatkan juadah sehebat kita setiap kali berbuka atau dihari-hari yang lain.Perlulah kita menginsafi agar kita saling bantu-membantu pada yang kurang mampu dalam hidup ini.

Kadang-kadang dalam masyrakat kita ini ataupun jiran-jiran kita sendiri sukar untuk meneruskan hidup kerana pada zahirnya mereka tenang dan ceria tapi dihati hanya Allah yang tahu.Mereka hanya boleh memandang orang lain berbelanja sedang mereka hidup sekadar mampu.

Itulah pentingnya kita mengambil berat pada jiran tetangga atau orang lain dan menyelami kesukaran mereka di bulan yang mulia ini.Rapatkan ukhwah sesama kita,cari dan bantulah saudara kita yang memerlukan daripada kita berbelanja mewah di bazaar ramadhan!

Selamat berpuasa!

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP