Kamis, 04 September 2008

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut.Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik.Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi.Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya.2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP