Politik ‘pekung’ : versi Malaysia ala Mugabe!
Panik!.Itulah perkataan yang tepat bagi menggambarkan apa yang berlaku dalam BN sekarang.BN umpama orang yang hampir kelemasan yang akan mancapai apa saja pelampung yang ada demi untuk terus bertahan.’pelampung’ dalam kes ini ialah tuduhan rasuah terhadap Yong Teck Lee.Tuduhan yang kian lama digelapkan media kini disuluh semula.Barangkali ini mesej kepada Yong dan SAPP agar jangan memandai-mandai cuba melawan arus.
Mungkinkah ramai lagi pemimpin sekarang yang mempunyai ‘pekung’ yang tersendiri?Pekung ini selagi mereka tidak menentang arus ianya akan ditutup rapat.Biar berkudis atau bernanah ianya akan tetap digelapkan biarpun rakyat dapat mencium busuknya.
Masihkah ingat lagi kita tentang kisah 18 kes berprofil tinggi yang kini tidak kedengaran?Sebenarnya banyak lagi kes-kes salahlaku pimpinan yang melibatkan kepentingan serta kebajikan rakyat yang disenyapkan begitu sahaja.Antaranya kes rogol gadis bawah umur yang sehingga kini kita tidak tahu akhirannya,kes membawa wang tunai jutaan ringgit ke luar negara yang jumlahnya itu terlampau banyak jika dibandingkan dengan gaji seorang ADUN,kes hutang judi yang mencecah puluhan juta ringgit,kes penyelewengan balak di pahang yang dilapurkan sendiri oleh seorang ahli parlimen kerajaan sedikit masa dulu,kes rasuah yang aduannya bertimbun di Selangor,kes raba seorang wanita baru-baru ini dan banyak lagi yang jika disenaraikan amat panjang.
Kemanakah kes-kes ini menghilang? Jika dibicarakan setakat manakah perkembangannya?Kes-kes yang sebegini sebenarnya menjadi liabiliti kepada pelakunya.Liabiliti yang boleh menghadkan percaturannya dalam politik.Di
Inilah sebenarnya politik yang memperbodohkan rakyat.Keadilan dinafikan hanya untuk menjaga ‘orang-orang tertentu’.Dan sehingga kini mereka inilah yang terus menguruskan wang negara dan amanah rakyat.Bolehkah rakyat terus selamat jika mereka dipimpin oleh orang yang cekap mengambil kesempatan?Terserahlah pada rakyat untuk menilainya kembali.
jemohid kecil blog pemudamuadzam.
0 komentar:
Posting Komentar