Permatang Pauh dan Peristiwa…!
Banyak peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini sehingga para penulis blog tidak menang tangan melayan isu.Perletakan jawatan Dr Wan azizah,MRR2,UMNO dan Muqabalahnya,Dadah hilang,Olimpik dan RM1 jutanya hinggalah ke isu Majlis Peguam yang sedikit kontreversi.Semuanya memerlukan maklumat dan ulasan yang bijak agar tidak mencetuskan sebarang kontreversi.
Permatang Pauh bakal menjadi
Anehnya, dalam pada Pakatan Rakyat terbatas dalam sebaran maklumatnya rakyat masih memilih mereka sebagai penyelamat kepada masa depan negara yang kian kelam.Bayangkan jika kita diberi peluang yang sama-rata dalam menggunakan harta negara seperti di negara lain!.Barangkali BN akan terus lenyap menjadi sejarah.
Peranan Blogger
Blogger perlu bertanggungjawab dalam setiap maklumat dan data yang diberikannya.Maklumat mesti tepat dan huraian mesti bijak.Kita tidak mahu ada sebarang isu yang boleh diselewengkan menjelang pilihanraya kecil ini. Justeru itu amatlah elok jika Pihak Pakatan Rakyat menyediakan satu penempatan khas di Permatang Pauh (seperti wakil media) bagi para blogger untuk mengakses internet dan menyebarkan maklumat segera dalam tempoh pilihanraya ini nanti.Dengan cara ini segala langkah kita akan sentiasa pantas dan rakyat tidak mudah terpedaya dengan pembohongan musuh.
Jika di zaman penjajahan pahlawan melayu seperti Mat Kilau,Tok Gajah,Tok janggut berjuang menentang penjajahan di masa sekarang pula para blogger perlu berjuang untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat.Sekarang kita berperang maklumat dan tidak lagi mengangkat senjata.Namun nilai perjuangan itu tetap sama demi melahirkan sebuah negara yang adil,bersih,amanah dan diredhai Allah.
Pakatan Rakyat
Sejauh manakah kerjasama yang bakal dijalinkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini nanti masih samar-samar.PKR pasti tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian kali ini.Dalam pilihanraya kecil berbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku.Kemenangan dengan majoriti yang besar dalam PRU yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bergerak `selesa’ dalam kerja-kerja kempen.
Satu Jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi menggembleng seluruh petugas dari seluruh negara bagi bersama-sama mencari kemenangan bagi PR dalam pilhanraya ini.Masa depan negara barangkali bakal ditentukan di Permatang Pauh.
Jinbukitridan.
0 komentar:
Posting Komentar