Senin, 07 Juli 2008

Dugaan orang berjuang.!


Kebetulan berada di Kuala Lumpur 6 hb yang lalu kesempatan itu kami ambil untuk menziarahi anak seorang sahabat dan petugas parti di Hospital Kuala Lumpur.Anaknya terlantar di HKL setelah didiagnosis mengidap Leukimia baru-baru ini.
Saudara Zahari Mustafa seorang peneroka dari keratong 3 terpaksa `berumah’ di HKL bersama isteri dan seorang lagi anaknya bagi menunaikan tanggungjawab seorang ayah dan ibu terhadap anak yang mereka kasihi itu.Nur Izzah anak perempuannya yang berusia 5 tahun hanya mampu terbaring lesu dikatil hospitalnya.


Sayu hati kami melihat anak sekecil ini tabah menerima ketentuan Ilahi.Kekuatan semangatnya menjadikannya terus bertahan.Pihak hospital bakal menjalankan rawatan chimotherapy sehari dua lagi.Sebelum dipindahkan ke HKL anak kecil ini mendapat rawatan di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan di pindahkan ke sini untuk rawatan lanjut.

Melihat ketenangan saudara Zahari dan isteri barangkali tidak menceritakan kerisauan di hati mereka.`` …Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka hadapi”…Itulah kata-katanya apabila kami cuba berkongsi simpati dengannya.Jelas kekuatan akidah dan tingginya tawakkal memberikan kekuatan kepada mereka melalui detik-detik sukar ini.

Dengan kemampuan yang ala-kadar terpaksalah mereka bersusah payah sedikit untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang mereka di sini.Namun untuk beliau sendiri meminta-minta bantuan dan menyusahkan orang lain jauh sekali.Lantas kami dari exco DPP Rompin mengambil inisiatif untuk menyebarkan berita ini agar dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.Kepada yang berminat untuk bertanya khabar,berkongsi cerita atau ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi beliau dinombor 0199770235 atau datang sendiri ke wad k3 unit Pediatrik HKL.Terima kasih.

By pemudamuadzam

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP