Rabu, 28 Mei 2008



Warkah buat kekandaku ustaz akil hayy...

merujuk kepada program bersama akil hayy di saluran astro.

Pertamanya tahniah ana ucapkan kerana ustaz berjaya menempatkan diri di persada seni tanah air.Memang tidak dinafikan ustaz memang seorang yang berbakat besar dan mempunyai peminat tersendiri dalam industri seni di negara kita.

Ana sering juga mengikuti siri Bersama Akil hayy di kaca tv dan nyata sambutan dari kalangan muda-mudi amat menggalakan.

Ana cuma ingin memberi pandangan yang tidak seberapa mogo-moga dapat memeriahkan lagi pengisian progaram ustaz ini.

Pertamanya ana lihat akhir-akhir ini ustaz agak kurang mengalunkan lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu komedi dalam rancangan tersebut.Bagi ana lagu-lagu sebegitu seakan sudah menjadi 'trade mark' ustaz.Dengan cara itulah golongan muda dapat melihat kaedah yang pelbagai dalam berdakwah.Mereka tertarik dengan 'aura' akil hayy sehinggakan ana pernah melihat koleksi lawak dan lagu ustaz dalam telefon bimbit anak-anak muda yang berjiwa rock tapi agak payah untuk ditarbiyah dengan kaedah biasa.

Dalam keadaan masalah sosial yang agak berat dikalangan remaja melayu islam,memang wajar kita mempelbagaikan uslub dakwah agar tidak ada golongan muda yang ketinggalan.As-syahid Hassan Al banna dan wali-wali Songo juga menggunakan kaedah hiburan dalam uslub dakwah mereka.

Semoga dengan platform yang ada ini dapat dimanfaatkan sebijak mungkin dan doa ana bersama sahabat-sahabat disini agar ustaz dimurahkan rezeki,dijauhkan segala fitnah dan diberkati Allah hendaknya.

sekian.\\

ana yang jauh...jemohid kecil.

Baca lagi......

Minggu, 25 Mei 2008

Relak jap..!


..tadi sambil pekena teh tarik ana terfikir pulak pasal cerita Hang Tuah yang masyhur kat melaka tu..sejak mula berjinak-jinak dengan blog ni setiap isu yang timbul difikiran mula dikaji dan dinilai daripada segi nilai ceritanya...

Ana teringat dengan kata-kata hikmatnya 'takkan melayu hilang di dunia'.Masihkan relevan kata-katanya itu pada zaman sekarang.Mungkin kalau Hang Tuah melihat keadaan hidup orang melayu dan ditambah dengan masalah sosial remaja sekarang barangkali kata-kata itu hanya tersekat di kerongkongnya saja.

Mungkin dia akan mengasingkan diri di gunung Ledang ataupun berhijrah ke 'Temasik' mencari saki baki melayu yang tinggal.Temasik pun sekarang ni sudah semakin luas jajahan takluknya dengan kemasukan Pulau Batu Putih ke dalam petanya.

Melayu sekarang ana fikir sudah semakin hilang jati diri dan hala tujunya.Baik dari segi sosial,ekonomi mahupun politiknya.

Secara ringkasnya jika dilihat di negara kita melayu bukanlah kuasa ekonomi yang utama.Kalau tiada penjawat awam yang majoritinya terdiri daripada bangsa melayu ana tidak tahu di mana letaknya kekuatan ekonomi orang melayu.Ekonomi yang nyatanya di monopoli oleh bangsa-bangsa lain dan melayu hanyalah sebahagian kecil daripadanya.Setelah lebih setengah abad merdeka kita masih jauh ketinggalan dan tidak mampu bersaing dalam sektor ini.

Dari segi sosial terutamanya di kalangan remaja melayu,amatlah membimbangkan.Seks bebas,bohsia,dadah dan mat rempit cuma sebahagian daripadanya.Mungkin datuk laksamana Hang Tuah akan bingung melihat anak-anak muda bermati-matian menghantar sms untuk mengundi artis kesayangan mereka dalam program realiti yang nyata tidak banyak faedahnya.Tentang video lucah sebahagian anak-anak kita ana tak payah ceritalah...menyedihkan.

...barangkali kalau hang tuah melihat keadaan ini mungkin kata-kata 'takkan melayu hilang di dunia' akan ditambah dengan slogan 'membangun bersama islam'.Diapun mengikut hikayat seorang yang tinggi ilmu agama dan baik moralnya sehingga dianggap legenda dalam kerajaan melayu di nusantara pada abad ke 15 dulu.

...cukuplah melamun maghrib dah dekat ni...wassalam.

by jemohid kecil

Baca lagi......

Sabtu, 24 Mei 2008

BIARKU MENJADI HUD-HUD..!

Layakkah aku...
tika kembali dalam fana,
mengharap MARDHATILLAH...
tapi hidupku sering hanyut hilang pedoman
lena dalam nikmat sementara.



Selamatkah aku...?
dari selidik hamba yang taat di alam kubur,
sedang amalku entah menjadi...
entahkan tidak?


redupkah aku...?
di bawah payung mentari di alam mahsyar?
tika sesal tiada kesudahan,
hanya amal peneman diri,


Malulah aku...
jika dihina di mahkamah RABBUL-jALIL,
yang maha memberi peluang,
tapi disia-siakan seolah belum mengerti.

Selamatkah aku...?
dari azab yang menanti,
dari siksa yang tidak tertanggung,
dengan amal sedikit cuma...namun,
mengharap balasan yang bahagia.


Ya ALLAH...!

berilah aku kekuatan,
untuk tegak di atas jalanmu,
berjuang demi syariatmu.
aku rela menjadi Hud-Hud,
dari menjadi Rhu yang membakar.


...Ibnu A.M

Baca lagi......

Kamis, 08 Mei 2008

Al-Kisah

Cheritera Luncai Dengan Labu-Labunya…!

Baru-baru ini kecoh kampung Alam Buana bila Pak Malau,bekas ketua kampung merangkap bekas pengerusi Parti Luncai mengumumkan keluar dari Parti Luncai kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Kaduk,ketua kampung yang baru yang dipilihnya sendiri.Pergilah Pak Malau bersama Mak Malau ke ceruk hutan di pinggir kampung membawa diri.Beliau mengatakan Pak Kaduk seorang pemimpin yang lemah dan penidur orangnya.Pak Kaduk juga dikatakan tidak mengenang budinya yang melantik Pak Kaduk sebagai ketua kampung Alam Buana.Pak Kaduk sudah tidak mahu mendengar nasihat dan cadangan beliau dalam menguruskan Parti Luncai yang sangat disayanginya.Baru-baru ini apabila tanah sekangkang kera di hujung kampungnya dirampas Kampung Temasik, Pak Kaduk hanya terkebil-kebil melihatnya dan tidak mampu berbuat apa-apanya.Pak Kaduk pengecut katanya.

Sebenarnya bukan Pak Kaduk tidak tahu hasrat bekas bosnya itu tapi sengaja memekakkan telinga kerana dia ada strateginya sendiri.Dia ingin menaikkan kroninya ke dalam Ahli Majlis Parti Luncai.Diapun takut kalau-kalau Lebai Malang cuba melawannya dalam Pemilihan Agung nanti.Mat Jenin,anak kesayangannya yang baru habis mengaji di negeri Job Bus juga bercita-cita tinggi.Masih terngiang-ngiang ditelinganya Mat Jenin merayu-rayu padanya untuk menjadi Ketua Belia Alam Buana dan dia telahpun bersetuju cuma menunggu masa yang sesuai.Baginya Mat Jenin Penting kerana helahnya bernas dan berwawasan.

Pak Malau lebih suka Lebai Malang yang menjadi ketua kampung kerana sudah kenal benar dengannya.Lagipun dia dengan ayah Lebai Malang kedua-duanya bekas ketua kampung dan Lebai Malang sudah menjadi pengikut setianya puluhan tahun.Dia kenal benar hati budi Lebai Malang yang mudah diperkudakannya.Diapun tahu dalam diam Lebai Malang sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi ketua kampung merangkap Pengerusi Parti Luncai.Maka dalam diam-diam dia dan Lebai Malang mengatur strategi.Juak-juak mereka disuruh bersiap sedia kerana fikirnya Pak Kaduk dan Mat Jenin akan jatuh tersungkur bila-bila masa dan Lebai Malanglah penggantinya.
Apa yang memeningkan kepala Pak Malau ialah bila Pak Pandir, seoarang anak muda dan bekas ahli Parti Mata mula kacau daun.Pak Pandir mungumumkan menyertai Parti Luncai sebaik sahaja dia keluar dari parti itu.Pak Malau tahu Pak Pandir ada strategi sulit untuk mendapatkan kuasa.Baginya Pak Pandir bukanlah se'pandir' namanya dan dia sendiri pernah hampir kehilangan kuasa angkara Pak Pandir dan juak-juaknya dulu.Lagipun dia takut kalau-kalau Pak Kaduk menggunakan isu kemasukan Pak Pandir ini sebagai peristawa besar-besaran hingga menenggelamkan kisah dia keluar daripada Parti Luncai.Kalau itu berlaku rosaklah strategi yang diaturnya bersama Lebai Malang.

Lebai Malang yang memburu kuasa makin tercabar dengan kehadiran Pak Pandir.
Jenuhlah dia memikir sempatkah dia manjadi ketua kampung yang diidam-idamkannya.Jauh di sudut hatinya ingin saja dia menyuruh Pak kaduk meletakkan jawatan dengan alasan Parti Luncai sudah mula kehilangan kuasa semenjak dipimpinnya,tapi Lebai Malang takut menyuarakan secara terang -terangan kerana segala rahsia silamnyanya di dalam tangan Pak Kaduk.Kalau rahsia ini dipecahkan oleh Pak Kaduk jangankan hendak berkuasa silap-silap gaya dia akan dihalau dari kampung.Mahu tidak mahu terpaksalah dia berpura-pura menyokong bosnya itu sambil Pak Malau dan saki-baki juak-juaknya dalam Parti Luncai mengatur strategi…..


Tidak sampai tiga purnama selepas Pak Malau keluar parti maka berlakulah satu peristiwa yang sangat menjerut hati Pak Malau dan Lebai Malang.Bukan mereka berdua saja yang terkejut malah Pak Kaduk dan Mat jenin juga hampir pengsan mendengar khabar beritanya.

'41 orang AJK Parti Luncai keluar parti beramai-ramai' kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan parti kata mereka.Gamat seluruh Alam Buana jadinya.Penduduk kampung bersorak gembira kerana Parti Luncai sudah hilang kuasanya.Penduduk kampung yang memang sudah tidak tahan dengan penindasan Parti Luncai berkenduri 40 hari 40 malam apabila Parti Tok Janggut yang mereka tahu lebih adil dan amanah mengambil alih kuasa.Memang itulah yang mereka harap-harapkan selama ini tapi oleh kerana kebijakan Parti Luncai menipu semasa pilihanraya kampung kemenangan Parti Tok Janggut di nafikan dengan berbagai cara.

Pak Kaduk dan Pak Malau sesal tak terkira.Harapan mereka untuk terus berkuasa dan mungumpul harta tergendala.

Mungkin inilah balasan ke atas mereka kerana menipu penduduk kampung selama ini.

Akhirnya berkuburlah Parti Luncai dengan labu-labunya...biarkan!



cerita ini hanya imaginasi penulis....by Jemohid kecil.

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP