Jumat, 29 Agustus 2008

Belanjawan `Korporat'!

PM dengan bangganya telah membentangkan perancangan belanjawan bagi tahun depan semalam.Ramai yang menganggap bajet ini lebih kepada cubaan untuk memulihkan reputasi BN yang di`pukul' teruk oleh rakyat dalam PRU yang lalu dan ada juga yang menganggap ini cubaan untuk memujuk hati rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah mula celik kepada keadaan politik negara.

Walaupun bajet ini lebih baik dapada tahun-tahun yang sudah namun masih ada golongan rakyat di bawah yang ketinggalan untuk dibela kerajaan.Pekerja swasta,petani,penoreh getah dan orang yang bekerja sendiri contohnya masih ketinggalan jauh dari perhatian kerajaan.

Jika golongan berpendapatan sederhana dan pekerja kerajaan boleh menarik nafas lega seketika tapi bagi penoreh getah dan pekerja buruh mereka hanya mampu melopong melihat angka `besar' yang dibajetkan.Tidak ada mekanisma dalam bajet ini boleh menaikkan taraf hidup mereka secara langsung.Padahal golongan inilah yang membanting tulang empat kerat dalam menjana ekonomi negara malah golongan inilah yang banyak memberi undi kepada BN dalam PRU yang lalu.

Buruh kontrak,tukang rumah,pencari rotan dan orang asli yang hidup dengan pendapatan yang tidak menentu hanya dapat pengecualian bayaran bil elektrik jika penggunaan dibawah RM20 sebulan?Itu saja?Manakah ruang yang disediakan untuk membawa keluar golongan ini daripada paras kemiskinan padahal jutaan ringgit boleh dibelanjakan untuk golongan korporat yang berpendapatan tinggi dan sederhana?

Jika kerajaan boleh memperuntukkan 35 billion untuk menambah baik pengangkutan awam yang kebetulannya PM sendiri merasai susahnya menggunakan perkhidmatan awam di Malaysia barangkali PM juga perlu menoreh getah atau menjadi buruh kontrak untuk merasai sukarnya mereka ini mencari sesuap nasi.Alangkah sedihnya mereka apabila kewujudan mereka seolah-olah tidak dipeduli dan diambilkira dalam belanjawan negara.Begitu juga dengan nasib peneroka-peneroka di felda yang hanya bergantung hidup pada harga sawit dan getah semata-mata.Majoritinya melayu dan BN lah `kononnya' pejuang Melayu.


Kita tidak nampak baiknya belanjawan ini untuk rakyat di kampung-kampung dan yang berkerja sendiri.Walaupun ada diperuntukkan `sedikit' tempias untuk mereka namun apa benarkah peruntukkan ini sampai kepada mereka di bawah atau akan berlaku ketirisan dalam pembahagian kekayaan negara?Benarlah kata orang agaknya, yang di atas hanya nampak apa
yang ada di sekelilingnya saja dan rabun matanya untuk menunduk ke bawah kerana terlalu tinggi di puncak kuasa.

Baca lagi......

Kamis, 28 Agustus 2008

Ogos dan peristiwa

Merdeka!

Sedar tak sedar kita sudah ke penghujung ogos 2008.Ogos pada tradisinya kita rayakan sebagai bulan kemerdekaan tapi pada tahun ini kelihatan agak suram promosinya.Amat jarang sekali kita melihat premis dan kenderaan mengibarkan jalur gemilang seperti tahun-tahun yang sudah.Apakah ini tanda rakyat sudah hilang semangat patriotik dalam jiwa mereka?Tidak!Semangat cintakan kemerdekaan dan sayangkan negara sentiasa membuak-buak di sanubari setiap rakyat Malaysia.Melayu,Cina,India dan lain-lain bangsa pantas mengakui Malaysialah tanah tumpah darah dan ketaatan mereka.Lantas mengapa sambutan kali ini masih kelihatan suram?

Sebenarnya kita sendirilah yang terlalu sibuk sehingga melupakan kepada kerja-kerja promosi untuk kita menyambut kemerdekaan dengan gemilang.TV dan Radio juga amat kurang dalam membuat publisiti kerana ruang siaran yang ada banyak diperuntukkan kepada isu-isu yang bertimbun menanti jawaban dan paling tidakpun mereka lebih rela menyiarkan rancangan hiburan daripada mempromosikan sambutan kemerdekaan.

Permatang Pauh

Pilihanraya sudah,menang pun sudah.Kerja-kerja kini sudah tentulah menjurus kepada pengisian kemenangan yang sangat didahagakan rakyat.Anwar yang sinonim dengan agenda reformasinya baru saja mengangkat sumpah sebagai MP dan barangkali memerlukan sedikit masa untuk mengulangkaji dan memanaskan enjin perjuangannya akibat terlalu lama direhatkan di sungai buluh dan terpinggir daripada arus siasah negara.Rakyat perlulah memberi kepercayaan kepadanya dan berdoa kemenangan dan kuasa tidak menjadikan beliau seorang angkuh dan terlupa kepada kebesaran Allah.

BN

Panik! Itulah gambaran terbaik yang dapat menggambarkan keadaan mereka sekarang.Bukan batang tubuh Anwar yang ditakutkan tapi rakyat yang bangkit di belakangnya.Sesak,jelak dan bosan dengan keadaan ekonomi yang tidak mesra,politik yang asyik berpolitik dan pimpinan yang ketandusan idea untuk memerintah rakyat mula beralih arah ke Pakatan Rakyat sebagai alternatif.

MP dari sabah dan Sarawak terpaksa membuat aku janji ekoran `rumor’ yang mereka akan melompat parti dan bersama PR.BN yang semakin didesak ke birai tebing terpaksa menggunakan apa saja talian hayat asalkan tidak jatuh ke gaung sejarah tempat persemadian sisa politik yang sudah tidak releven!

Najib dan Ali

Tok Najib dalam kelu mengharapkan anwar akan menyumbang kepada amalan demokrasi seolah-olah beliaulah sifu politik yang tulen.Al-maklum Anwar sajalah rintangan terakhir yang menghalangnya ke Putrajaya!Ali Rustam pula mengatakan negara akan huru-hara jika Anwar menjadi PM!?Sayang,duduk di puncak kuasa tapi mengunakan momok murahan untuk memperdaya rakyat.Jadi-jadilah..!Patutlah Muhyiddin sarankan agar BN perlu dijenamakan semula.

PM dan Budget

Dengar cerita esok PM akan membentangkan budget baru yang menjurus kepada merangsangkan ekonomi.Eloklah tu.Yang pastinya kuasa beli rakyat kini semakin menurun.Rakyat berfikir dua kali untuk berbelanja kerana dengan pendapatan yang sedikit terpaksa menanggung keluarga dan menangani kos barangan yang kian meningkat.Yang penting bentanglah budget yang faedahnya sampai terus kepada rakyat tidak tersekat di tengah jalan.

PAS

Pas always relevent! Di mana ceruk lagi di negara ini yang belum mendengar khabar gembira yang dibawa PAS? Rakyat semakin faham.Pas kini semakin diyakini masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam.That’s a good sign.

Kelab Penyokong PAS

Sesuatu yang tidak pernah dijangkakan satu masa dulu yang golongan bukan Islam akan bersama-sama Pas untuk memperjuangkan kesyumulan Islam.Mereka percaya dalam Islam itu sendiri telah ada satu sistem yang `perfect’ cuma menunggu masa untuk dijelmakan dalam politik demokrasi di negara kita.Mereka tergoda kepada Pas kerana prinsip perjuangan yang jelas dan Islam sentiasa berlaku adil kepada semua kaum.PAS FOR ALL.!

Maya Karin

Dengar cerita nak kawin.Baguslah tu.Kami doakan kebahagian yang berpanjangan.Moga-moga tidak seperti sesetengan artis yang kawinnya `grand’ tapi tidak berpanjangan.Jadikanlah alam rumah-tangga sebagai platform untuk mencari bahagia hakiki dunia dan akhirat.Selamat pengantin Baru!

Ramadhan

Subhanallah! Ramadhan datang lagi.”kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat kulalui dengan sempurna..” lagu Man Bai,bagus lagu tu.

Bulan yang menjadi kerinduan Nabi dan para sahabat kerana berkahnya.Begitulah juga kita hendaknya.Jadikan ramadhan ini fasa untuk kita mentarbiyyah diri dan keluarga kepada satu anjakan yang lebih baik dalam ibadat dan kecintaan kepada Allah!Fahamkan diri kita yang nikmat Islam yang diturunkan Allah ini luas dan meliputi cara hidup.Islam tidak betah di surau dan masjid semata-mata tapi perlu diresapi hingga ke dalam keluarga,masyarakat,kedai kopi,parlimen,waima ke Putrajaya!


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan hayatilah kedatangannya.Allah Akbar!


jinbukitridan

Baca lagi......

PAS yang sentiasa releven!

Pilihanraya sudah,menangpun sudah.Tumpuan rakyat kini sudah tentu kepada Dato' Seri Anwar dengan agenda perubahannya.Dengan kepulangannya ke Parlimen yang direstui rakyat barangkali banyak isu reformasi yang diperjuangkan diperingkat awal kebangkitan rakyat dapat di ketengahkan kini.Pas dengan lebih 3000 ahlinya yang terlibat secara langsung sudah tentu berpuashati dengan kemenangan rakyat ini.

Cuma ramai yang bertanya dengan saya terutama ahli UMNO mengapa Pas begitu beria-ia berkempen dan berkampung bagi mengusahakan kemenangan kepada PKR ini.Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak untuk menjawab pertanyaan `sinis' sebegini cuma sebagai ahli menjawablah juga sedikit sebanyak persoalan sahabat-sahabat itu.

"Pas mengambil pendekatan mengeratkan lagi kerjasama dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat walaupun dalam muktamar baru-baru ini ada suara-suara `kecil' yang mengharap kerjasama ini dikaji semula kerana kurang menguntungkan Pas sendiri.Kerjasama dengan PKR dan DAP sebenarnya lebih baik daripada kita berbaik dengan pihak yang langsung tidak boleh berkompromi dengan dasar dan matlamat perjuangan kita.Sebaliknya dengan Pakatan Rakyat masih kelihatan ada ruang untuk kita `bertahaluf siasi' dan mencari titik pertemuan yang serasi. Pas sekali lagi membuktikan yang mereka bukanlah parti ekstrim atau jumud dengan pendekatan yang tidak fleksibel.Selagi mana rakan-rakan PR menghormati dasar dan perjuangan kita selagi itulah gabungan ini wajar dipereratkan dan semangat solidariti itulah yang
ditunjukkan dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu"..Sahabat saya itu mengangguk tanda faham dan bersetuju.

Ironisnya ramai orang di luar sana yang masih menganggap Pas itu sama seperti parti nasional yang lain.Akal mereka masih gagal menerima kenyataan yang ada parti yang benar-benar tulus dan ikhlas berjuang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam memperjuangkan negara dan membela nasib rakyat!.Pimpinan Pas sama ada daripada Majlis Syura,Mursyidul Am,Presiden, pimpinan pusat hinggalah ke cawangan semuanya lahir dari proses tarbiyyah yang panjang dan berkesan.

Itulah uniknya Pas.Apabila matlamat parti dan jemaah menjadi keutamaan,kepentingan peribadi diketepikan.Tidak ada ruang untuk mana-mana pimpinan atau individu berjuang untuk kepentingan peribadi jika halal,haram,dosa dan pahala menjadi pedoman.Rakyat perlu terus dihidangkan dengan menu perjuangan yang sebegini agar iklim politik negara yang kian berjerubu dapat digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil,amanah dan diberkati Allah.

jinbukitridan

Baca lagi......

Selasa, 26 Agustus 2008

Baca lagi......

Siaran dari Permatang Pauh!

Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah berakhir tepar jam 5 petang ini.Sekarang para penyokong PR bersesak-sesak di pintu pagar tempat pembuangan undid an berjaya mengawal keadaan.Pihak keselamatan amat bekerjasama.Di Yayasan Aman,Bilik Gerakan utama PR bagi PRK Permatang Pauh ini juga mula dibanjiri penyokong yang tidak sabar-sabar mengikuti perkembangan terkini.

Hari ini Permatang Pauh mencatat sejarah apabila jentera pilihanraya PR bekerjasama dengan baik sekali mengawal keadaan.Melayu,Cina dan India bersatu hati dengan sorakan takbir,reformasi dan makkal sakti.Ini perkembangan yang amat mengggalakkan bagi politik Negara.Perjuangan assabiyah bakal diambil alih oleh perjuangan rakyat yang ditunjangi PR.

Di peti undi Penanti cuaca cerah di awal pagi memberikan kesempatan kepada orang ramai membuang undi sejak pusat mengundi dibuka sejak 8 pagi lagi.Pondok panas PR dan BN berebut-rebut memenangi hati pengundi.Najib dan Ali rustam yang melawat peti undi ini disambut dengan nyanyian `merdu’ oleh penyokongnya sementara orang ramai yang lain hanya menyorak mereka dengan minyak naik dan sebagainya.Tanpa menunggu lebih lama akibat ke`panas’an agaknya cepat-cepat mereka beredar.

Hujan menjelang tengahari tidak menghalang perayu undi dari PR untuk bertahan sementara dipondok panas BN keadaan mula lengang apabila ramai yang lari berteduh.

Menjelang petang jam 3 petang pondok panas BN disini mula diambil-alih oleh petugas PR apabila petugas BN yang terdiri daripada puteri dan pemuda meninggalkan post mereka.Mungkin mereka sudah kepenatan setelah dijamu nasi bungkus ditengaharinya.

Pihak keselamatan sehingga jam 6 petang ini berjaya mengawal keadaan dengan baik sekali.Tidak ada sebarang provokasi sama ada dari BN mahupun PR di peti undi ini hari ini.

6.13 petang! Yayasan Aman semakin sesak dengan petugas PR.Bertukar-tukar cerita dan merehatkan badan seketika sambil menuggu keputusan.

Tahniah kepada petugas kita yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berjuang menuntut perubahan dalam politik Negara pada hari ini.(dengar depa dok nyanyi lagu hepi besday pulak tu)


* terkini jam 6.55 petang PR sudah memenangi beberapa saluran di tiap peti undi.

jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 24 Agustus 2008

Rakyat akan tunjukkan jalan keluar kepada UMNO di Permatang Pauh!

Kempen di Permatang Pauh terus rancak.Penulis yang kini berada di Permatang Pauh dimaklumkan kedudukan terkini Pakatan Rakyat tetap mendahului BN dari segi keberkesanan kempen dan menjadi pilihan utama rakyat.Jika momentum ini dapat diteruskan dalam sehari dua ini tidak mustahil kemenangan PR dapat dikekalkan.

Apa yang paling penting di sini ialah meyakinkan rakyat di Permatang Pauh agar keluar mengundi dan tidak alpa dalam menunaikan tanggungjawab ini.."marilah-mari pergi mengundi,janganlah lupa kewajipan pada negara".

Sebahagian media cuba memerangkap PR dengan membuat analisis yang Anwar akan menang dengan mudah.Ini satu perang saraf sebenarnya yang mana akan mengakibatkan pengundi PR yang mengundi kita selama ini akan menganggap undi mereka tidaklah seberapa diperlukan dengan menganggap kemenangan tetap kepada Anwar Ibrahim!.Ini satu tanggapan yang salah
sebenarnya,jika pengundi kita ramai tidak keluar mengundi kerana desas-desus yang sebegini mana mungkin kemenangan akan berpihak dengan mudah.

Kes yang sebegini pernah berlaku di Pangkalan Pasir yang mana Pas tewas tipis kerana pengundi yang bekerja diluar tidak balik mengundi dengan menyangka kita akan beroleh kemenangan mudah.Para petugas peti undi dan urusan pengundi luar perlu memainkan peranan sebaik mungkin.Pengundian yang dilakukan di hari bekerja sebenarnya boleh mendatangkan keburukan kepada kita jika kita lewa dalam hal ini.

Mengapa Pr perlu menang di Permatang Pauh?


Antara Dalil mengapa Pakatan Rakyat perlu menang di Permatang Pauh!

01. Islam perlu diangkat bukan untuk tempelan,
02. Pakatan bakal mengubah landskap politik negara daripada buruk kepada baik,
03. Pakatan berjuang untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat,
04. Rasuah? Say No to rasuah,
05. kroni? Nahi! Nahi! Kabinahi!
06. mengangkat kembali martabat negara dimata dunia,
07. Jenayah,maksiat,rasuah dan salahguna kuasa berleluasa sekarang dan ianya perlu diubah,
08. Dadah masalah utama belia bakal dibendung ke tahap minima,
09. Hapuskan ISA,
10. Rawatan kesihatan percuma untuk rakyat,
11. pendidikan percuma dan biasiswa dikembalikan,
12. Tol? akan dikaji semula,
13. Minyak? ofcourse turun!(bukan Naik 70sen turun 15sen!).
14. Hubungan antara kaum akan muhibbahkan,
15. Hak bumiputera dan pribumi dikembalikan,
16. Sabah dan Sarawak akan dimajukan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung,
17. Dan banyak lagi dan lagi...!

Fikirlah wahai pengundi Permatang Pauh!
Permatang Pauh bakal mengubah politik malaysia!!

jinbukitridan

Baca lagi......

Sabtu, 23 Agustus 2008

Seminar Infak Wajib.

24 OGOS 2008 ahad-Bertempat di Markaz Pas Desa Teratai satu gerakerja penting parti telah diadakan.Seminar Infak Wajib dilangsungkan hari ini seperti yang dijadualkan.Walaupun baru semalam 23 ogos kebanyakan petugas bergegas ke

Jerantut bagi menghadiri Ijtima' Pilihanraya Pas Pahang namun untuk `letih' dalam perjungan tidak sekali-kali.Setiausaha Pas Kawasan Rompin Ustaz Ramli Awang Ahmat menegaskan Pas perlu terus bergerak dan mengekalkan momentum dari PRU 12 yang lalu demi menjana kemenangan dalam PRU ke 13 yang akan datang.

Yang DiPertua Pas Kawasan,Ustaz Shukri Hj Ahmad sewaktu berucap merasmikan seminar ini menyatakan betapa perlunya ahli dan penyokong membantu menggerakkan jentera parti sama ada dengan harta,tenaga mahupun wang ringgit.Katanya "Lumrah perjuangan yang benar akan menghadapi pelbagai rintangan dan serba kekurangan..."Justeru sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak amatlah dialu-alukan.Seminar sebegini bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya hanya sekadar `tajdid' atau peringatan kepada para da'i agar menggembeleng seluruh tenaga dan sumber bagi mempercepatkan kemenangan Islam di negara kita.

Seminar ini juga turut menjemput Ustaz Kamaruddin Mahmud exco Dewan Ulama Pas Pahang bagi membentangkan sebahagian kertas kerja.Beliau menekankan agar nabi dan para sahabat dijadikan contoh terbaik bagi para amilin.Menurutnya Infak adalah satu kaedah yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan dalam dan luaran bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Kekuatan jiwa dan `maaliah' diperlukan dalam kerja-kerja membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah serentak membina sebuah daulah Islamiyyah yang teguh.

Seminar ini berakhir jam 2 petang setelah usai segala agenda dan pembentangan.Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Ustaz Mazlan Yassin diakhir program menyatakan optimisnya dengan keberkesanan program sebegini dan yakin kemenangan gerakan Islam di Rompin ini bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

jinbukitridan

Baca lagi......

Kamis, 21 Agustus 2008

Minyak dan Pilihanraya!

Kerajaan mewar-warkan penurunan harga minyak akan berlaku pada 1 September 2008 . Cakap-cakap kedai kopi pula, harga minyak turun sebelum 26 ogos ini,sebelum pengundi di Permatang Pauh membuang undi.Semuanya mustahil untuk melunakkan hati pengundi.

Sejauhmana benarnya cakap-cakap kedai kopi ini sama-samalah kita nantikan. Walaupun pilihanraya nun jauh di utara tanah air rakyat Malaysia yang lain tidak “seperti katak di bawah tempurung” yang membiarkan saja apa yang berlaku di Permatang Pauh.Rakyat yang celik menjejaki perkembangan politik tanah air kerana pilihanraya ini bukan antara pengundi Permatang Pauh dengan kerajaan BN sahaja sahaja tetapi antara pemerintahan PR dan BN , antara peneraju kerajaan pusat BN dengan bakal kerajaan pusat (PR), antara nasib rakyat dengan nasib pemimpin.

Umum berpendapat walaupun harga minyak bakal diturunkan tapi ianya amat terlambat,tidak seperti kenaikannya dulu yang sepantas kilat.Ironisnya berapa sen kah yang bakal diturunkan?Adakah akan kembali ke kadar asal atau hanya sekadar mengambil syarat turun sahaja!Minyak dunia sekarang berharga kira-kira USD115 setong terlampau jauh dari puncak kenaikannya dulu USD140 lebih.

Kelewatan mengumumkan kadar harga baru menunjukkan kerajaan masih lagi mengharapkan bantuan wang rakyat untuk memberikan keuntungan kepada negara kerana rakyat masih membayar pada harga lama bagi komoditi yang semakin murah.

Kita bakal menyaksikan satu lagi percaturan bijak dalam ekonomi negara.Barangkali ole-ole pilihan raya Permatang Pauh bakal diumumkan sedikit masa lagi.Justeru, mari rakyat Malaysia mendoakan kemenangan bagi pihak yang benar dan kekalahan bagi pihak yang batil.

budak kampung

Baca lagi......

Rabu, 20 Agustus 2008

Kebenaran yang sukar..!

Kenyataan Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan Islam akan lebih baik dibawah pimpinan Pas memang tidak boleh dinafikan.Setelah lebih 50 tahun merdeka Islam dan melayu masih gagal didaulatkan oleh UMNO.Melayu kian tersepit dalam perlumbaan membangunkan negara apatah lagi Islam yang sekadar menjadi tempelan.Yang anehnya dalam berkeadaan begitu Pas masih tidak dihargai oleh kebanyakan melayu!?(Harakah ONline)

Bagaimanakah caranya untuk mengetuk pintu hati melayu agar membuat anjakan paradigma dalam proses penghidupan mereka berasaskan ajaran Islam?Tidak mahukah mereka melayu dan Islam diletakkan ditakuk terbaik di negara kita?Mengaku Islam itu benar,Muhammad itu benar dan Quran itu benar namun dalam realiti kehidupan masih ramai di kalangan kita yang gagal meresap semangat kebenar an itu dalam penghidupan.

Parti Islam SeMalaysia(PAS) satu-satunya pertubuhan politik yang membawa mesej dakwah dan cuba membawa kesejahteraan kepada sekalian umat manusia melalui siasah Islam.Namun masih dipandang dingin oleh segelintir umat Islam sendiri.50 tahun berdakwah adalah satu tempoh yang panjang bagi kita umat akhir zaman ini jika dibandingkan dengan umat yang terdahulu.Adakah tersilap strategi,organisasi atau kaedah pendekatan dakwah?Tidak!Jika dinilai dari sudut itu Pas seharusnya sudah layak mendapat anugerah(ISO?) hasil kemantapan pengurusan dan perjalanan organisasinya.
Barangkali faktor luar itu sendiri iaitu penerimaan masyarakat yang gagal menghayati apa yang dibawa Pas melambatkan tertegaknya sebuah Daulah Islam yang membawa kebaikan semua kaum dan agama.Memang diakui kesukaran membawa mesej kesejahteraan dalam masyarakat yang telah sekian lama dimomokkan dengan kebendaan semata-mata.Pakej lengkap yang meliputi dunia dan akhirat masih gagal disambut lantaran ramai yang terlena dengan kenikmatan dunia semata-mata.A pa yang mereka tidak sed ar ialah berapa lama kah me yang sementara itu.

Berdasarkan keputusan PRU 12 yang lalu, orang bukan Islam mula terbuka dan tertarik dengan keadilan yang dibawa Islam sebaliknya masih terdapat di kalangan um
at Islam sendiri masih mengharap alternatif lain yang nyata gagal dalam mendaulatkan melayu apatah lagi Islam.Sedangkan apa yang diperjuangkan Pas ini untuk kebaikan mereka juga tanpa mereka sedari.Melayu.Cina,India,pensyarah,doktor petani mahupun nelayan semuanya akan beroleh kebaikan jika berada di bawah peperintahan Islam.Islam for all!

Hakikatnya kita perlukan kesyumulan Islam untuk merubah landskap politik negara dari buruk kepada baik,dari jauh daripada rahmat dan pertolongan Allah kepada sebuah kerajaan yang adil,telus dan diuruskan mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.Yang pasti golongan bukan Islam tidak akan sekali-kali teraniaya dibawah pentadbiran Islam!

Kita yakin janji Allah kepada mereka yang berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran Islam pasti datang.Bila?Hanya Allah yang Maha
Mengetahui.Masa,komitmen,kesabaran dan usaha gigih menjadi pra-syarat.Sebagai pendokong kepada Pas kita jangan sekali-kali putus asa atau terpedaya dengan tipu helah musuh yang sentiasa ingin memecah-belahkan perpaduan Islam.Janganlah dibukakan ruang seinci pun untuk musuh menabur fitnah dan mengadu domba di kalangan kita.Wallahualam!




jinbukitridan.

Baca lagi......

Selasa, 19 Agustus 2008

“Kami bukan berzina..bercumbu sahaja”

Segelintir artis kita `maju' setapak lagi ke hadapan dengan perilaku yang semakin melampau akhir-akhir ini…! Yang terbaru seorang pelakon tanpa segan silu menjawab seperti tertera di atas apabila ditanya berkenaan dengan adegan bercumbuannya yang dipaparkan media!

Bercumbu tidak salah? Apatah lagi ditatap umum?Pada penanda aras manakah yang digunapakainya untuk menilai tingkah-lakunya sebagai seorang melayu dan Islam?Beginikah perilaku orang timur yang telah dididik dengan akhlak dan moral ketimuran sejak dari kecil?

Bukan beliau sahaja yang terlbat dengan kontroversi akhir-akhir ini malah ada lagi remaja termasuk artis yang melampau dalam pergaulan bebas yang ‘dihalalkan’.Masyarakat seakan dipaksa untuk menerima budaya baru ini sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.

Sedikit masa dulu kita digemparkan dengan lakonan video lucah artis terkenal,kisah gambar bogel,adegan cium-cium dan pakaian yang terlampau menjolok mata.Mereka inilah yang menjadi idola dan `trendsetter’ bagi muda-mudi sekarang.Adakah perangai yang buruk sebegini boleh menjadi contoh teladan untuk melahirkan modal insan yang baik?

Inilah salah-satu kebejatan sosial yang sedang cuba dibaiki oleh Pas dan rakan-rakan PR.Jika tidak ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membendung perkara ini barangkali budaya hedonisme ini akan menjadi lumrah dan kebiasaan dalam masyarakat timur kita.

Beranikah kita melepaskan anak-anak kita ke tengah masyarakat yang menuju kerosakan dalam nilai-nilai moral dan akhlak?Sejauh manakah kita boleh percaya yang mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan suasana yang tidak sihat ini?

Agamalah jalan penyelesaian yang paling baik.Jika agama sekadar dijadikan tempelan dan jauh dari penghayatan sebenar barangkali sedikit masa lagi muda-mudi kita teruk daripada belia di eropah dan barat.Dan apabila penyakit sosial ini sudah membarah dalam masyarakat sudah terlambat untuk kita menoleh ke belakang dan mengambil pengajaran.


`Pemuda tiang negara,Pemudi harapan bangsa?




jinbukitridan

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP