Sabtu, 23 Agustus 2008

Seminar Infak Wajib.

24 OGOS 2008 ahad-Bertempat di Markaz Pas Desa Teratai satu gerakerja penting parti telah diadakan.Seminar Infak Wajib dilangsungkan hari ini seperti yang dijadualkan.Walaupun baru semalam 23 ogos kebanyakan petugas bergegas ke

Jerantut bagi menghadiri Ijtima' Pilihanraya Pas Pahang namun untuk `letih' dalam perjungan tidak sekali-kali.Setiausaha Pas Kawasan Rompin Ustaz Ramli Awang Ahmat menegaskan Pas perlu terus bergerak dan mengekalkan momentum dari PRU 12 yang lalu demi menjana kemenangan dalam PRU ke 13 yang akan datang.

Yang DiPertua Pas Kawasan,Ustaz Shukri Hj Ahmad sewaktu berucap merasmikan seminar ini menyatakan betapa perlunya ahli dan penyokong membantu menggerakkan jentera parti sama ada dengan harta,tenaga mahupun wang ringgit.Katanya "Lumrah perjuangan yang benar akan menghadapi pelbagai rintangan dan serba kekurangan..."Justeru sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak amatlah dialu-alukan.Seminar sebegini bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya hanya sekadar `tajdid' atau peringatan kepada para da'i agar menggembeleng seluruh tenaga dan sumber bagi mempercepatkan kemenangan Islam di negara kita.

Seminar ini juga turut menjemput Ustaz Kamaruddin Mahmud exco Dewan Ulama Pas Pahang bagi membentangkan sebahagian kertas kerja.Beliau menekankan agar nabi dan para sahabat dijadikan contoh terbaik bagi para amilin.Menurutnya Infak adalah satu kaedah yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan dalam dan luaran bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Kekuatan jiwa dan `maaliah' diperlukan dalam kerja-kerja membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah serentak membina sebuah daulah Islamiyyah yang teguh.

Seminar ini berakhir jam 2 petang setelah usai segala agenda dan pembentangan.Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Ustaz Mazlan Yassin diakhir program menyatakan optimisnya dengan keberkesanan program sebegini dan yakin kemenangan gerakan Islam di Rompin ini bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP