Kamis, 21 Agustus 2008

Minyak dan Pilihanraya!

Kerajaan mewar-warkan penurunan harga minyak akan berlaku pada 1 September 2008 . Cakap-cakap kedai kopi pula, harga minyak turun sebelum 26 ogos ini,sebelum pengundi di Permatang Pauh membuang undi.Semuanya mustahil untuk melunakkan hati pengundi.

Sejauhmana benarnya cakap-cakap kedai kopi ini sama-samalah kita nantikan. Walaupun pilihanraya nun jauh di utara tanah air rakyat Malaysia yang lain tidak “seperti katak di bawah tempurung” yang membiarkan saja apa yang berlaku di Permatang Pauh.Rakyat yang celik menjejaki perkembangan politik tanah air kerana pilihanraya ini bukan antara pengundi Permatang Pauh dengan kerajaan BN sahaja sahaja tetapi antara pemerintahan PR dan BN , antara peneraju kerajaan pusat BN dengan bakal kerajaan pusat (PR), antara nasib rakyat dengan nasib pemimpin.

Umum berpendapat walaupun harga minyak bakal diturunkan tapi ianya amat terlambat,tidak seperti kenaikannya dulu yang sepantas kilat.Ironisnya berapa sen kah yang bakal diturunkan?Adakah akan kembali ke kadar asal atau hanya sekadar mengambil syarat turun sahaja!Minyak dunia sekarang berharga kira-kira USD115 setong terlampau jauh dari puncak kenaikannya dulu USD140 lebih.

Kelewatan mengumumkan kadar harga baru menunjukkan kerajaan masih lagi mengharapkan bantuan wang rakyat untuk memberikan keuntungan kepada negara kerana rakyat masih membayar pada harga lama bagi komoditi yang semakin murah.

Kita bakal menyaksikan satu lagi percaturan bijak dalam ekonomi negara.Barangkali ole-ole pilihan raya Permatang Pauh bakal diumumkan sedikit masa lagi.Justeru, mari rakyat Malaysia mendoakan kemenangan bagi pihak yang benar dan kekalahan bagi pihak yang batil.

budak kampung

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP