Kamis, 28 Agustus 2008

Ogos dan peristiwa

Merdeka!

Sedar tak sedar kita sudah ke penghujung ogos 2008.Ogos pada tradisinya kita rayakan sebagai bulan kemerdekaan tapi pada tahun ini kelihatan agak suram promosinya.Amat jarang sekali kita melihat premis dan kenderaan mengibarkan jalur gemilang seperti tahun-tahun yang sudah.Apakah ini tanda rakyat sudah hilang semangat patriotik dalam jiwa mereka?Tidak!Semangat cintakan kemerdekaan dan sayangkan negara sentiasa membuak-buak di sanubari setiap rakyat Malaysia.Melayu,Cina,India dan lain-lain bangsa pantas mengakui Malaysialah tanah tumpah darah dan ketaatan mereka.Lantas mengapa sambutan kali ini masih kelihatan suram?

Sebenarnya kita sendirilah yang terlalu sibuk sehingga melupakan kepada kerja-kerja promosi untuk kita menyambut kemerdekaan dengan gemilang.TV dan Radio juga amat kurang dalam membuat publisiti kerana ruang siaran yang ada banyak diperuntukkan kepada isu-isu yang bertimbun menanti jawaban dan paling tidakpun mereka lebih rela menyiarkan rancangan hiburan daripada mempromosikan sambutan kemerdekaan.

Permatang Pauh

Pilihanraya sudah,menang pun sudah.Kerja-kerja kini sudah tentulah menjurus kepada pengisian kemenangan yang sangat didahagakan rakyat.Anwar yang sinonim dengan agenda reformasinya baru saja mengangkat sumpah sebagai MP dan barangkali memerlukan sedikit masa untuk mengulangkaji dan memanaskan enjin perjuangannya akibat terlalu lama direhatkan di sungai buluh dan terpinggir daripada arus siasah negara.Rakyat perlulah memberi kepercayaan kepadanya dan berdoa kemenangan dan kuasa tidak menjadikan beliau seorang angkuh dan terlupa kepada kebesaran Allah.

BN

Panik! Itulah gambaran terbaik yang dapat menggambarkan keadaan mereka sekarang.Bukan batang tubuh Anwar yang ditakutkan tapi rakyat yang bangkit di belakangnya.Sesak,jelak dan bosan dengan keadaan ekonomi yang tidak mesra,politik yang asyik berpolitik dan pimpinan yang ketandusan idea untuk memerintah rakyat mula beralih arah ke Pakatan Rakyat sebagai alternatif.

MP dari sabah dan Sarawak terpaksa membuat aku janji ekoran `rumor’ yang mereka akan melompat parti dan bersama PR.BN yang semakin didesak ke birai tebing terpaksa menggunakan apa saja talian hayat asalkan tidak jatuh ke gaung sejarah tempat persemadian sisa politik yang sudah tidak releven!

Najib dan Ali

Tok Najib dalam kelu mengharapkan anwar akan menyumbang kepada amalan demokrasi seolah-olah beliaulah sifu politik yang tulen.Al-maklum Anwar sajalah rintangan terakhir yang menghalangnya ke Putrajaya!Ali Rustam pula mengatakan negara akan huru-hara jika Anwar menjadi PM!?Sayang,duduk di puncak kuasa tapi mengunakan momok murahan untuk memperdaya rakyat.Jadi-jadilah..!Patutlah Muhyiddin sarankan agar BN perlu dijenamakan semula.

PM dan Budget

Dengar cerita esok PM akan membentangkan budget baru yang menjurus kepada merangsangkan ekonomi.Eloklah tu.Yang pastinya kuasa beli rakyat kini semakin menurun.Rakyat berfikir dua kali untuk berbelanja kerana dengan pendapatan yang sedikit terpaksa menanggung keluarga dan menangani kos barangan yang kian meningkat.Yang penting bentanglah budget yang faedahnya sampai terus kepada rakyat tidak tersekat di tengah jalan.

PAS

Pas always relevent! Di mana ceruk lagi di negara ini yang belum mendengar khabar gembira yang dibawa PAS? Rakyat semakin faham.Pas kini semakin diyakini masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam.That’s a good sign.

Kelab Penyokong PAS

Sesuatu yang tidak pernah dijangkakan satu masa dulu yang golongan bukan Islam akan bersama-sama Pas untuk memperjuangkan kesyumulan Islam.Mereka percaya dalam Islam itu sendiri telah ada satu sistem yang `perfect’ cuma menunggu masa untuk dijelmakan dalam politik demokrasi di negara kita.Mereka tergoda kepada Pas kerana prinsip perjuangan yang jelas dan Islam sentiasa berlaku adil kepada semua kaum.PAS FOR ALL.!

Maya Karin

Dengar cerita nak kawin.Baguslah tu.Kami doakan kebahagian yang berpanjangan.Moga-moga tidak seperti sesetengan artis yang kawinnya `grand’ tapi tidak berpanjangan.Jadikanlah alam rumah-tangga sebagai platform untuk mencari bahagia hakiki dunia dan akhirat.Selamat pengantin Baru!

Ramadhan

Subhanallah! Ramadhan datang lagi.”kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat kulalui dengan sempurna..” lagu Man Bai,bagus lagu tu.

Bulan yang menjadi kerinduan Nabi dan para sahabat kerana berkahnya.Begitulah juga kita hendaknya.Jadikan ramadhan ini fasa untuk kita mentarbiyyah diri dan keluarga kepada satu anjakan yang lebih baik dalam ibadat dan kecintaan kepada Allah!Fahamkan diri kita yang nikmat Islam yang diturunkan Allah ini luas dan meliputi cara hidup.Islam tidak betah di surau dan masjid semata-mata tapi perlu diresapi hingga ke dalam keluarga,masyarakat,kedai kopi,parlimen,waima ke Putrajaya!


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan hayatilah kedatangannya.Allah Akbar!


jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP