Jumat, 29 Agustus 2008

Belanjawan `Korporat'!

PM dengan bangganya telah membentangkan perancangan belanjawan bagi tahun depan semalam.Ramai yang menganggap bajet ini lebih kepada cubaan untuk memulihkan reputasi BN yang di`pukul' teruk oleh rakyat dalam PRU yang lalu dan ada juga yang menganggap ini cubaan untuk memujuk hati rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah mula celik kepada keadaan politik negara.

Walaupun bajet ini lebih baik dapada tahun-tahun yang sudah namun masih ada golongan rakyat di bawah yang ketinggalan untuk dibela kerajaan.Pekerja swasta,petani,penoreh getah dan orang yang bekerja sendiri contohnya masih ketinggalan jauh dari perhatian kerajaan.

Jika golongan berpendapatan sederhana dan pekerja kerajaan boleh menarik nafas lega seketika tapi bagi penoreh getah dan pekerja buruh mereka hanya mampu melopong melihat angka `besar' yang dibajetkan.Tidak ada mekanisma dalam bajet ini boleh menaikkan taraf hidup mereka secara langsung.Padahal golongan inilah yang membanting tulang empat kerat dalam menjana ekonomi negara malah golongan inilah yang banyak memberi undi kepada BN dalam PRU yang lalu.

Buruh kontrak,tukang rumah,pencari rotan dan orang asli yang hidup dengan pendapatan yang tidak menentu hanya dapat pengecualian bayaran bil elektrik jika penggunaan dibawah RM20 sebulan?Itu saja?Manakah ruang yang disediakan untuk membawa keluar golongan ini daripada paras kemiskinan padahal jutaan ringgit boleh dibelanjakan untuk golongan korporat yang berpendapatan tinggi dan sederhana?

Jika kerajaan boleh memperuntukkan 35 billion untuk menambah baik pengangkutan awam yang kebetulannya PM sendiri merasai susahnya menggunakan perkhidmatan awam di Malaysia barangkali PM juga perlu menoreh getah atau menjadi buruh kontrak untuk merasai sukarnya mereka ini mencari sesuap nasi.Alangkah sedihnya mereka apabila kewujudan mereka seolah-olah tidak dipeduli dan diambilkira dalam belanjawan negara.Begitu juga dengan nasib peneroka-peneroka di felda yang hanya bergantung hidup pada harga sawit dan getah semata-mata.Majoritinya melayu dan BN lah `kononnya' pejuang Melayu.


Kita tidak nampak baiknya belanjawan ini untuk rakyat di kampung-kampung dan yang berkerja sendiri.Walaupun ada diperuntukkan `sedikit' tempias untuk mereka namun apa benarkah peruntukkan ini sampai kepada mereka di bawah atau akan berlaku ketirisan dalam pembahagian kekayaan negara?Benarlah kata orang agaknya, yang di atas hanya nampak apa
yang ada di sekelilingnya saja dan rabun matanya untuk menunduk ke bawah kerana terlalu tinggi di puncak kuasa.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP