Senin, 01 September 2008

Ramadhan bukan pesta berbelanja!

Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia kedatangan ramadhan disambut meriah dengan pengisian di masjid-masjid dan surau.Bagi yang jarang nampak di surau pun akan muncul seolah Terawih di surau itu yang ditunggu-tunggu.Itu satu perkembangan yang amat baik dan wajar diteruskan dibulan-bulan yang lain.

Tapi bukan di masjid dan surau saja yang meriah,di bazaar ramadhan tidak kurang hebatnya.Bagi peniaga barangkali ini peluang untuk menambah wang saku untuk keluarga.Eloklah tu.Bagi pembeli pula mungkin ingin mempelbagaikan sedikit juadah untuk berbuka,tak apalah.Namun apa yang penting bagi kita janganlah berlebihan dalam berbelanja.Tidak perlulah sampai lima atau enam jenis juadah yang dibeli untuk berbuka.Yang kebiasaannya akan banyak tersisa dan berlaku pembaziran.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah
bukan untuk menurut kehendak nafsu dalam berbelanja semata-mata kerana kita mampu.Cubalah kita fikir golongan fakir dan miskin yang barangkali tidak mampu untuk mendapatkan juadah sehebat kita setiap kali berbuka atau dihari-hari yang lain.Perlulah kita menginsafi agar kita saling bantu-membantu pada yang kurang mampu dalam hidup ini.

Kadang-kadang dalam masyrakat kita ini ataupun jiran-jiran kita sendiri sukar untuk meneruskan hidup kerana pada zahirnya mereka tenang dan ceria tapi dihati hanya Allah yang tahu.Mereka hanya boleh memandang orang lain berbelanja sedang mereka hidup sekadar mampu.

Itulah pentingnya kita mengambil berat pada jiran tetangga atau orang lain dan menyelami kesukaran mereka di bulan yang mulia ini.Rapatkan ukhwah sesama kita,cari dan bantulah saudara kita yang memerlukan daripada kita berbelanja mewah di bazaar ramadhan!

Selamat berpuasa!

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP