Selasa, 02 September 2008

UMNO lemah kerana kita kuat?


Muktamar sudah berlalu.Seharusnya segala kemusykilan yang samar terjawab dengan proses muhasabah yang panjang dan memenatkan itu.Barangkali para perwakilan dan pemerhati kini sudah ada yang terlupa intipati penting yang dibincangkan tempohari.Apakah para perwakilan yang balik ke kawasan sekadar mencampakkan segala minit dan kertas kerja ke dinding menunggu buruk atau terus menjalankan gerakerja sejajar dengan kehendak parti hanya Allah yang tahu.Besar manfaatnya jika kita berjaya mengadaptasikan segala resolusi dan perancangan rentetan muktamar itu bagi memperkasakan jemaah.

Kita kena terus bekerja daripada sekarang jika ingin memenangi hati rakyat.Janganlah kita fikir UMNO itu berada dalam kondisi terburuk sepanjang kewujudan mereka maka kita lalai melaksanakan amanah parti.Jangan!walaupun mereka kita lihat lemah tapi mereka masih punya segala jentera kerajaan dan media yang boleh dimanipulasikan bila-bila masa untuk memulihkan imej mereka.Itulah `lampu ajaib' mereka yang tidak ada pada kita.

Saya secara peribadi saya tidak yakin kita boleh menang besar dalam PRU ke 13 akan datang jika kita berpegang semata-mata pada kekuatan yang kita ada.Kekuatan gerakerja kita masih dalam peratusan yang amat kecil jika dibandingkan dengan kelengkapan UMNO dan BN.Mereka boleh bergerak dari jauh tanpa perlu turun ke padang bertemu rakyat dengan kelebihan yang mereka ada.


Tapi tidak kita.Kita mesti turun padang dan bertemu dengan setiap rakyat.Melunakkan jiwa masyarakat yang barangkali asing(melayu terutamanya?) dengan Negara Islam memang sukar.Fahaman sekular yang sudah sebati itu barangkali boleh dikikis dengan akhlak dan pendekatan yang bijak para da'i yang tidak boleh berputus asa.Jika Nabi S.A.W tidak berputus asa dalam berdakwah pada seorang Yahudi apatah lagi kita yang hanya perlu memujuk hati orang Melayu yang sudah terkenal dengan lembut hatinya.

Kita kini berada dalam posisi terbaik untuk membuat lonjakan dalam memenangi hati rakyat.YB-YB kita juga perlu memainkan peranan yang besar.Tunjukkan contoh yang menarik bagaimana kepimpinan di bawah payung Islam yang adil,amanah dan tidak sekali-kali meminggirkan bangsa dan agama lain.Jika Umar Ibnu Khattab pernah memikul sendiri guni gandum di belakangnya demi rakyat biarlah pimpinan kita juga begitu.Pemimpin tidak perlu bermewah-mewah(sekadar ingat-mengingati) di saat rakyat kebanyakan perit untuk mendapatkan sesuap nasi.


Bimbang juga apabila kita asyik kepada kejatuhan orang lain dalam masa yang sama kita tidaklah sekuat mana.Jika gerakerja kita sekadar berada 35-40% dari yang sepatutnya bermakna masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Kemenangan `besar' kita dalam PRU yang lalu bukanlah tiket untuk kita selesa dalam ruang yang kian bingit dalam politik negara.Pengundi kita boleh berubah bila-bila masa jika dirasakan kita sudah berpuashati dan mengendurkan gerakerja.Pas sudah ada trademark dan kekuatan sendiri dan kekuatan yang ada itulah yang perlu digembeleng sehingga rakyat melihat Pas sebagai parti yang sentiasa bersedia mentadbir negara.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP