Minggu, 25 Mei 2008

Relak jap..!


..tadi sambil pekena teh tarik ana terfikir pulak pasal cerita Hang Tuah yang masyhur kat melaka tu..sejak mula berjinak-jinak dengan blog ni setiap isu yang timbul difikiran mula dikaji dan dinilai daripada segi nilai ceritanya...

Ana teringat dengan kata-kata hikmatnya 'takkan melayu hilang di dunia'.Masihkan relevan kata-katanya itu pada zaman sekarang.Mungkin kalau Hang Tuah melihat keadaan hidup orang melayu dan ditambah dengan masalah sosial remaja sekarang barangkali kata-kata itu hanya tersekat di kerongkongnya saja.

Mungkin dia akan mengasingkan diri di gunung Ledang ataupun berhijrah ke 'Temasik' mencari saki baki melayu yang tinggal.Temasik pun sekarang ni sudah semakin luas jajahan takluknya dengan kemasukan Pulau Batu Putih ke dalam petanya.

Melayu sekarang ana fikir sudah semakin hilang jati diri dan hala tujunya.Baik dari segi sosial,ekonomi mahupun politiknya.

Secara ringkasnya jika dilihat di negara kita melayu bukanlah kuasa ekonomi yang utama.Kalau tiada penjawat awam yang majoritinya terdiri daripada bangsa melayu ana tidak tahu di mana letaknya kekuatan ekonomi orang melayu.Ekonomi yang nyatanya di monopoli oleh bangsa-bangsa lain dan melayu hanyalah sebahagian kecil daripadanya.Setelah lebih setengah abad merdeka kita masih jauh ketinggalan dan tidak mampu bersaing dalam sektor ini.

Dari segi sosial terutamanya di kalangan remaja melayu,amatlah membimbangkan.Seks bebas,bohsia,dadah dan mat rempit cuma sebahagian daripadanya.Mungkin datuk laksamana Hang Tuah akan bingung melihat anak-anak muda bermati-matian menghantar sms untuk mengundi artis kesayangan mereka dalam program realiti yang nyata tidak banyak faedahnya.Tentang video lucah sebahagian anak-anak kita ana tak payah ceritalah...menyedihkan.

...barangkali kalau hang tuah melihat keadaan ini mungkin kata-kata 'takkan melayu hilang di dunia' akan ditambah dengan slogan 'membangun bersama islam'.Diapun mengikut hikayat seorang yang tinggi ilmu agama dan baik moralnya sehingga dianggap legenda dalam kerajaan melayu di nusantara pada abad ke 15 dulu.

...cukuplah melamun maghrib dah dekat ni...wassalam.

by jemohid kecil

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP