Selasa, 01 Juli 2008

Mukhriz keluar UMNO?

1 julai 2008- Dari pagi saya menatap TV dan suratkhabar kalau-kalau ada berita tentang Dato’ Mukriz Mahathir keluar dari UMNO.Apa yang pasti tidak ada satu slot pun yang mengaitkan janji anak bekas PM ini yang mengatakan akan keluar UMNO jika Pak Lah tidak meletakkan jawatan menjelang julai 2008.Apa dah jadi dengan Mukhriz agaknya?.

Melihat pada ayahandanya yang serius dalam berkata-kata terfikir pula kita adakah Mukhriz juga punya keberanian seperti bapanya.Pak Lah belum ada tanda-tanda akan berundur apatah lagi akan meletak jawatan dalam masa terdekat.Janji beliau tidak akan meninggalkan UMNO disaat UMNO lemah di tambah pula dengan desakan Najib yang mahu UMNO diserahkan padanya dalam keadaan sihat walafiat menjadikan Pak Lah tidak ada pilihan lain melainkan meneruskan rentak-tari politiknya.

Atau barangkali Mukhriz termasuk dalam empat orang yang digambarkan oleh Anwar akan meninggalkan UMNO ?Mungkin tidak!Mungkin Mukhriz punya cara yang tersendiri tanpa perlu mengadu nasib bersama MP UMNO yang berpindah ke bahtera Pakatan Rakyat.

Untuk bersama dalam Pakatan Rakyat yang diterajui DSAI barangkali agak mustahil baginya kerana sudah diketahui akan tidak ‘sebulunya’ ayahandanya dengan DSAI.Memisahkan dirinya dengan 'jemaah' UMNO pula mungkin akan membantutkan karier politiknya.Percaturan yang tepat dan bijak amat sukar dibuatnya pada masa ini.Mungkin beliau boleh belajar dari sahabatnya di Terengganu yang pernah berpolemik dalam perlantikan MB tidak lama dulu.

Sama-samalah kita nantikan apakah percaturan yang bakal dilakukan oleh Dato Mukhriz ini.Kita percaya mungkin dalam sehari dua lagi Malaysia akan menyaksikan beliau menegaskan pendiriannya.

pemudamuadzam.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP