Senin, 28 Juli 2008

Sudikah UMNO?

Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dengan berlapang dada telah mempelawa UMNO untuk bersama-sama bergabung dengan Pas.Tidak kisah apa nama parti yang `bakal’ ditubuhkan asalkan dasarnya mestilah Islam!.Tahniah Tok Guru…dengan percaturan yang bijaksana.

Memang pada lojiknya UMNO tidak mungkin meninggalkan perjuangan sekular yang digemarinya namun tok guru tidak menjadikan perbezaan prinsip sebagai penghalang kepada dakwahnya.UMNO juga manusia yang punya roh dan jasad! Punya tanggungjawab kepada KHALIQ selagi bernyawa.Tidak dinafikan ramai dikalangan ahlinya yang istiqamah kerana ikut-ikutan tanpa memahami dasar dan perjuangannya.Maka sangat kenalah pelawaan ini pada masanya.

Pas bukan parti Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Hj Hadi tapi Pas milik sekumpulan manusia yang istiqamah dalam menyuruh manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran!Bukankah itu selari dengan perintah Allah agar setiap insan itu menjadi khalifah di atas mukabumi ini.?

Tok Guru juga membuka ruang pada UMNO untuk mengkritik Pas jika ada mana-mana tingkahlaku Pas yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam.Nah! tunggu apa lagi wahai sahabatku UMNO cubalah senaraikan dimana silapnya.Tapi jika puas diintai masih tidak nampak mengapa masih ragu-ragu untuk bersama-sama berjuang dengan Pas?

Memperjuangkan sebuah parti yang berasaskan Islam bukanlah bermakna kita mengenepikan rakyat pelbagai kaum yang lain.Islam sama-sekali tidak membenarkan perkara yang menjadi hak kepada bangsa dan agama lain dicabul.Islam membawa rahmat ke atas sekalian umat manusia!Tambahan pula majoriti bangsa lain sudah mula boleh menerima politik Islam sekarang.Kebanyakan mereka mengakui akan keadilan Islam dalam sistem pemerintahan.Tidak dinafikan dalam hal ini Negeri Kelantan berjaya menjadi `role model’ yang sentiasa mengadaptasikan Islam dalam pentadbiran kerajaan negerinya.

Jika bukan Islam tidak takut kepada sistem pemerintahan Islam mengapa kedapatan dikalangan orang Islam sendiri yang seakan ragu pada rahmat yang diturunkan Allah ini?Sedangkan lima kali sehari kita mengakui solat,ibadah,hidup dan mati hanya untuk Islam!Maka sangat wajarlah kita berganding bahu agar terhasil dalam negara ini sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.Wallahualam!


by Jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP