Rabu, 11 Juni 2008

Masyarakat asli;Benarkah mereka dibela?


Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula di duduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.


Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.(sumber wikipedia/JHEOA)

“50 tahun merdeka, Orang Asli terus dibela,” kata pimpinan kerajaan BN.

“50 tahun merdeka, Orang Asli tetap ketinggalan” kata masyarakat Orang Asli.

Pilihanraya Umum ke-12, medan janji-janji untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin khususnya di Muadzam Shah .Janji lama belum tertunai, janji baru ditabur-tabur seperti memberi makan kepada ayam ternakan. Isu tanah, menghantui masyarakat Orang Asli . Sampai bila masyarakat ini menjalani hidup nomad yang berpindah randah dari satu tempat ke suatu tempat. Mana tapak rumah? Mana tanah untuk pertanian? Mana hutan tempat mencari rezeki? Mereka merempat di tanah nenek moyang sendiri.Menjelang pilihanraya mereka di jamu seperti raja.Apa yang dihajati akan datang mencurah-curah supaya undi masyarakat asli ini tidak lari kepada pembangkang. Diberi barang keperluan untuk 2/3 minggu. Dibiarkan mereka khayal buat sementara agar terasa hidup mereka dibela. Apakan daya, keseronokan hanya sementara.

Jika dibela,

  • Tanah pertanian diberi hak,
  • Tapak rumah disediakan,
  • Hutan tempat sumber pendapatan dipelihara


Bukanlah,

  • Di ambil berat hanya menjelang pilihanraya dan,
  • Diberi keseronokan sementara,
  • Diberi hiburan semata-mata.

Ayuh, bangkitlah masyarakat Asli untuk membela nasib di bawah Barisan Rakyat (PAS, Keadilan,DAP). Cukuplah beri peluang kepada BN. Masa untuk berubah. Jangan tunggu masa pilihanraya umum . Sekaranglah bertindak membentuk barisan membina kekuatan.

Pembaca sekalian, jangan hanya menjadi penonton. Masyarakat asli juga manusia mahukan kehidupan yang lebih baik. Sebagai mana rakyat bumiputera yang lain mereka juga wajar mendapat pembelaan yang sepatutnya.Timbulkan kesedaran kepada mereka untuk keluar daripada 'fakta-fakta yang mempersonakan' kepada hakikat yang sewajarnya.


oleh..bunga teratai.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP