Kamis, 26 Juni 2008

Pakatan Rakyat:; Mehnah dan Tribulasi…!

Di Selangor sudah mula kedengaran sekarang suara-suara sumbang yang mula menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan PKR yang memimpin Pakatan Rakyat di sana.Jika kritikan ini datang daripada ahli di luar gabungan tidaklah menghairankan namun disebabkan ianya datang dari kalangan PKR sendiri nampak macam ada sesuatu yang belum beres atau terlepas pandang.Saya difahamkan berlaku sedikit pergolakan di Selangor berhubung pengagihan jawatan yang tidak melibatkan ahli-ahli keadilan yang setia dan lama dengan parti.Penulis tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak tapi ingin melontarkan sedikit pandangan jika diterima.

Setakat hari ini belum ada apa-apa masalah besar yang berhubung kait dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid yang setanding dengan kemelut dalaman yang berlaku ini.Bermula dengan penggantungan tugas petugas khas kepada MB,Yahya Sahri kemudian perletakan jawatannya sehinggalah komen beliau kepada pihak akhbar menjadikan kemelut ini diikuti seluruh rakyat dan nampak sukar untuk diselesaikan.

Kita sendiri tidak pasti pihak mana yang benar dan salah apa yang pasti bahananya terpalit juga kepada ahli gabungan yang lain.Berebut dan meminta-minta untuk menjadi pemimpin adalah satu yang agak janggal bagi PAS dan mungkin sebab itulah pimpinan tertingi PAS tidak banyak campurtangan dalam hal ini.Namun sebagai ahli PAS saya terpanggil untuk memberi respon.Seperti yang kita maklum kebanyakan ahli-ahli Keadilan adalah serpihan dari parti Umno yang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Sedikit sebanyak trend lama itu akan terbawa-bawa ke dalam gabungan ini.Mungkin melihat pada peluang yang ada mereka rasa mereka layak dihargai dengan diberikan jawatan-jawatan tertentu dalam pentadbiran,tambahan pula apabila ahli-ahli gabungan yang lain juga berpeluang berkongsi mentadbir negeri.

Sebenarnya budaya meminta-minta sesuatu kedudukan atau jawatan amatlah tidak digalakkan oleh Islam.Pemimpin yang baik ialah apabila beliau memegang sesuatu jawatan berdasarkan kebolehannya bukan dengan kemahuan peribadi.Pemimpin mestilah seorang yang benar-benar layak,jujur,ikhlas dan munasabah.Sebab itulah kami dalam PAS diasuh dan dididik dengan kefahaman akidah dan tarbiyyah Islam yang menyeluruh.Usrah misalnya,adalah medan di mana para ahlinya menjalani satu proses pembentukan jiwa dan moral berasaskan semangat ukhuwwah Islamiyah.Keutamaan peribadi dibuang jauh demi menjayakan matlamat jemaah.Saya fikir program sebegini amatlah elok jika dihighlightkan pada ahli gabungan yang lain.

Di sini kita menyeru agar Dato’Seri Anwar menyelesaikan kemelut ini dengan bijak tanpa menjejaskan nama baik pemerintahan Pakatan Rakyat.Fungsi dan pendapat rakan-rakan lain tidak boleh diketepikan. Sebagai ‘kerajaan menunggu’ sepatutnya dari awal lagi tidak perlu timbul perkara sebegini. Kemelut yang sebegini boleh menghakis kepercayaan rakyat jika dibiarkan berpanjangan.Sayugiyalah hendaknya masalah dalaman ini diselesaikan tanpa ada perpecahan dikalangan kita.Wallahualam.




jemohid kecil...



0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP