Selasa, 24 Juni 2008

PAS perlu ke hadapan…!

Menilai report card Pakatan Rakyat sekarang yang masih belum mencapai prestasi yang memuaskan sebagaimana yang diharap-harapkan.Baik dari segi kerja-kerja kebajikan rakyat,peranan di parlimen mahupun kerjasama dalam pakatan sendiri yang dilihat masih longgar.Melihat keadaan ini saya fikir pakatan ini memerlukan satu ketua yang boleh menggerakkan sebarang tujuan,dasar atau membajai persefahaman supaya boleh bergerak dalam satu pakatan yang mantap.Keadaan sekarang di mana tidak ada mana-mana parti yang mendominasi pakatan ini menunjukkan tidak ada kepercayaan ahli gabungan antara satu sama lain.Mustahil dalam satu muafakat yang besar ini tidak berketua.Pakatan ini memerlukan ‘suara’ yang mewakili mereka.

Parti Islam Semalaysia (PAS) yang di lihat mempunyai pengaruh yang paling besar dalam Pakatan Rakyat boleh diberi ruang yang lebih bagi menggerakkan kesatuan ini.Memang jika dilihat berdasarkan jumlah kerusi Parlimen, PAS agak kurang bernasib baik kali ini kerana mereka banyak meletakkan calun di kawasan majoriti melayu yang masih kurang kesedaran politiknya berbanding bangsa-bangsa lain.Tapi jika dilihat pada dasar PAS ia
nya boleh diterima oleh kedua-dua parti Keadilan dan DAP sebenarnya.

Parti Keadilan Rakyat yang memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat dan cuba menghapuskan sebarang bentuk penyelewengan nyata bertepatan dengan dasar Islam yang dibawa PAS.Begitu juga DAP yang berjuang untuk hak sama rata di kalangan rakyat tanpa mengira kaum selari dengan Islam yang mengambilkira kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau agama adalah tanggungjawab pemerintah.Apa yang jelas sebarang bentuk kebaikan yang cuba dibawa oleh mana-mana parti di Malaysia ini adalah berbetulan dengan PAS yang menjadikan agama sebagai dasarnya.Islam itu sempurna dan patutlah ianya dijadikan cara hidup.Apa yang penting ahli gabungan mestilah memberi kepercayaan kepada pas untuk menggerakkan pakatan yang baik ini.Belum pernah tercatat sejarah PAS mengkhianati sekutunya.

Berdasarkan kepada pengalaman dan struktur organisasi yang baik maka wajarlah PAS mengambil inisiatif untuk membentuk satu pakatan mantap tanpa perlu menuggu lebih lama.Pakatan rakyat tidak boleh membisu dalam suasana negara memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada gabungan ini.Pakatan kini masih dilihat lemah walaupun disaat rakyat sangat-sangat mengharapkan pembelaan.

Besarlah harapan kita dan rakyat agar ulama dan profesional yang ada dalam PAS lebih ke hadapan dan memainkan peranan yang lebih besar tanpa mengharap sesuatu perubahan berlaku tanpa perancangan yang baik.Bertindaklah dengan realistik dan gunakanlah kelebihan tarbiyyah serta struktur organisasi yang baik hingga ke peringkat optimum.Terlalu merendah diri dalam pakatan ini bukanlah satu kebaikan sebaliknya ianya satu peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.


Jemohid kecil…

1 komentar:

NAZA 26 Juni 2008 pukul 07.24  

cepatlah buat PAKATAN RAKYAT.
Rakyat dah tertekan dengan macam kenaikan terutama minyak.

http://onlinepromosi2u.blogspot.com

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP