Minggu, 22 Juni 2008

Tiada Layanan Istimewa Untuk Pahang...

Laporan BERNAMA di laman web nya menyebut,

“Rebat Tunai Diperluas Untuk Pemilik Kenderaan 3,000 CC Di Sabah Dan Sarawak”

Sekali lagi, negeri Sabah dan Sarawak mendapat keistimewaan apabila pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel akan diperluas kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti sehingga 3,000cc di kawasan pedalaman .

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan pemilik-pemilik kenderaan jenis itu seperti pemilik kenderaan pacuan empat roda ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Penduduk di kawasan pedalaman di kedua-kedua negeri itu banyak menggunakan kenderaan jenis itu bagi memudahkan urusan pengangkutan memandangkan keadaan permukaan bumi yang bergunung-ganang.


"Telahpun diputuskan untuk memberikan rebat yang sama dengan menambahkan lagi cc bagi kereta-kereta di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga 3,000cc bagi kenderaan yang didaftarkan untuk digunakan di kawasan pedalaman untuk mengangkut barang-barang," katanya.

Alasan keadaan permukaan bumi yang kurang datar mesti juga dirujuk kepada negeri Pahang. Negeri yang terluas di semenanjung Malaysia ini memang banyak jalan-jalan yang tidak datar. Cuba lihat di hulu-hulu dan di kawasan pedalaman Rompin dan Jerantut,hulu Tembeling,Cameron Highland,Genting Highland dan banyak kawasan yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis ini.

Persoalannya, mengapakah negeri Pahang tidak termasuk dalam pemberian ini. Antara sebab yang tidak dapat dinafikan ialah kerana Sabah dan Sarawak adalah penyumbang kepada kemenangan BN. Selain itu, wakil rakyat BN Sabah dan Sarawak juga berani bersuara dan didengari oleh kerajaan pusat.

Siri malang bagi rakyat Pahang.Adakah ahli parlimen dari Pahang tidak mengutarakan masalah ini? Ayuh Ahli Parlimen BN ,marilah lakukan perubahan bersama PR untuk membela rakyat.


...Budak kampung...!

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP