Sabtu, 21 Juni 2008

Politik ‘pekung’ : versi Malaysia ala Mugabe!

Melihat perkembangan terkini politik tanah air seakan-akan menonton sebuah drama yang panjang.Pengerusi Parti SAPP ,Dato’ Yong Teck Lee yang mengumumkan hilang kepercayaan kepada pimpinan Perdana Menteri mencetuskan suasana hangat dalam Barisan Nasional.Tsunami politik sejak PRU yang lalu hangat kembali dengan perkembangan terbaru ini.


Panik!.Itulah perkataan yang tepat bagi menggambarkan apa yang berlaku dalam BN sekarang.BN umpama orang yang hampir kelemasan yang akan mancapai apa saja pelampung yang ada demi untuk terus bertahan.’pelampung’ dalam kes ini ialah tuduhan rasuah terhadap Yong Teck Lee.Tuduhan yang kian lama digelapkan media kini disuluh semula.Barangkali ini mesej kepada Yong dan SAPP agar jangan memandai-mandai cuba melawan arus.

Mungkinkah ramai lagi pemimpin sekarang yang mempunyai ‘pekung’ yang tersendiri?Pekung ini selagi mereka tidak menentang arus ianya akan ditutup rapat.Biar berkudis atau bernanah ianya akan tetap digelapkan biarpun rakyat dapat mencium busuknya.

Masihkah ingat lagi kita tentang kisah 18 kes berprofil tinggi yang kini tidak kedengaran?Sebenarnya banyak lagi kes-kes salahlaku pimpinan yang melibatkan kepentingan serta kebajikan rakyat yang disenyapkan begitu sahaja.Antaranya kes rogol gadis bawah umur yang sehingga kini kita tidak tahu akhirannya,kes membawa wang tunai jutaan ringgit ke luar negara yang jumlahnya itu terlampau banyak jika dibandingkan dengan gaji seorang ADUN,kes hutang judi yang mencecah puluhan juta ringgit,kes penyelewengan balak di pahang yang dilapurkan sendiri oleh seorang ahli parlimen kerajaan sedikit masa dulu,kes rasuah yang aduannya bertimbun di Selangor,kes raba seorang wanita baru-baru ini dan banyak lagi yang jika disenaraikan amat panjang.

Kemanakah kes-kes ini menghilang? Jika dibicarakan setakat manakah perkembangannya?Kes-kes yang sebegini sebenarnya menjadi liabiliti kepada pelakunya.Liabiliti yang boleh menghadkan percaturannya dalam politik.Di Zimbabwe Robert Mugabe juga menggunakan pekung-pekung yang sebegini demi mempertahankan kekuasaannya.Sebarang cubaan yang menggugat kekuasaannya akan berakhir dengan pendakwaan dan pemenjaraan.

Inilah sebenarnya politik yang memperbodohkan rakyat.Keadilan dinafikan hanya untuk menjaga ‘orang-orang tertentu’.Dan sehingga kini mereka inilah yang terus menguruskan wang negara dan amanah rakyat.Bolehkah rakyat terus selamat jika mereka dipimpin oleh orang yang cekap mengambil kesempatan?Terserahlah pada rakyat untuk menilainya kembali.

Apa yang pasti SAPP sudah mula merasa bahananya akibat cuba melawan arus.Apakah 30 ahli parlimen yang lain juga ada keberanian yang untuk melakukannya?Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan episod tsunami politik yang sedang melanda ini.Wallahualam


jemohid kecil blog pemudamuadzam.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP