Jumat, 13 Juni 2008

Rebat minyak:Tanda kerajaan prihatin?


14 jun 2008-Hari ini orang ramai mula keluar berpusu-pusu ke pejabat Pos untuk menuntut bayaran rebat bagi petrol.Ini langkah terbaru kerajaan kerajaan bagi mengurangkan tekanan yang rakyat deritai dalam krisis kenaikkan harga minyak baru-baru ini.

Di bandar Muadzam Shah kelihatan orang ramai mula memenuhi perkarangan pejabat pos di sini sejak jam 8 pagi lagi.Perkarangan pejabat pos yang sempit dilihat sesak dengan kehadiran yang begitu ramai sejak awal pagi lagi.

Mereka mengambil kesempatan diawal pagi ini untuk melunaskan janji-janji kerajaan itu.Bagi kebanyakan mereka walaupun rebat ini tidak sepadan dengan kos yang terpaksa ditanggung akibat kenaikkan harga minyak dan barangan namun kesempatan untuk mendapatkan semula sedikit ‘bonus’ diharap dapat meredakan seketika krisis harga yang terpaksa diharungi ini.

Sambil beratur bagi menuggu giliran itu mereka menjadikan isu harga minyak sebagai topik perbualan di awal pagi ini.Mereka berpendapat langkah terbaru ini hanya sekadar penyelesaian sementara yang tidak berpadanan dengan perbelanjaan tambahan yang terpaksa dikeluarkan dalam masa setahun.

Apakah rebat ini berjaya mengubat hati rakyat yang terluka akibat perbuatan yang tidak bijak oleh kerajaan?Dan apakah rakyat akan berhenti daripada mendesak kerajaan agar mengkaji semula kadar harga minyak yang baru ini?Sekali lagi rakyat mengingatkan agar ‘bonus’ ini bukanlah ole-ole yang boleh menutup mulut rakyat daripada mempertahankan hak mereka.Rakyat tetap akan menggunakan apa-apa jua saluran yang ada bagi memberi tekanan kepada kerajaan sehinggalah perubahan ke arah kebajikan hidup mereka dibuat.

Kerajaan walaupun seakan-akan cuba membetulkan kesilapan mereka tapi langkah yang diambil masih belum cukup berbanding kasusahan yang terpakasa ditanggung rakyat.








oleh pemudamuadzam

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP