Jumat, 13 Juni 2008

Sejarah perjuangan rakyat tercatat di Muadzam Shah.



klip bantahan harga minyak di muadzam.

14 jun 2008 sabtu: Bertempat di tapak pasar minggu bandar Muadzam Shah himpunan aman yang mencatat sejarah bagi Parlimen Rompin di adakan.Program membantah kenaikan harga minyak ini dianjurkan oleh gabungan Pakatan Rakyat Kawasan Rompin serta penduduk tempatan. Himpunan yang julung kalinya diadakan di Bandar Muadzam ini mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk tempatan yang keluar membeli-belah di pasar minggu pada hari ini.

Dimulakan dengan ucapan ringkas ketua pemuda Pas Kawasan Rompin,ustaz Nazri Haji Ahmad yang menarik perhatian orang ramai mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan sekarang.

Encik Mazlan Mohd Yassin Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin yang mengambil tempat selepas itu juga menegaskan kenaikan harga minyak ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber yang boleh dieksplotasi untuk keuntungan negara.NGV katanya, satu sumber petroleum yang gagal dimanfaatkan dengan baik oleh kerajaan.Beliau mempersoalkan mengapa NGV ini tidak dibangunkan dengan lebih meluas sebagai alternatif kepada penggunaan petrol. Diakhir ucapannya yang bersemangat itu beliau sempat mencabar mana-mana pemimpin UMNO di kawasan Rompin ini berdebat dengannya mengenai isu minyak ini.

Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin Ustaz Haji Shukri Haji Ahmad mengajak masyarakat memikirkan implikasi dari kenaikan harga minyak ini.Katanya negara tidak aman lagi apabila rakyat hidup terdesak hinggakan jenayah rompak,curi dan dan sebagainya berleluasa akibat kenaikan harga minyak yang menyempitkan hidup rakyat.Menurut beliau kenaikan ini adalah satu bala dari Allah akibat kelemahan pemerintah serta ekoran kesilapan rakyat yang memilih kerajaan yang ada sekarang,dan rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkannya.

Protes yang berlaku di seluruh negara ini akan diteruskan lagi pada 5 julai ini di Kuala Lumpur.Dijangka sejuta rakyat akan turun ke jalanraya bersama-sama sebagai tanda bantahan dengan kenaikan harga minyak ini.




gambar-gambar lain klik pada gambar disebelah!

oleh pemudamuadzam

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP