Senin, 16 Juni 2008

Shahrir Samad dan perjuangannya…!

Kesan atau akibat dari kenaikan harga minyak dan perubahan cara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat mula dirasakan sekarang.Barang-barang dapur dan basah seperti ayam,ikan,daging serta sayur-sayuran melonjak naik harganya walaupun pada awalnya kerajaan berjanji bahawa harga barang-barang tidak akan naik harga.Jika sekilo ayam mencecah rm8 mampukah rakyat berpendapatan rendah memilih ayam sebagai menu ‘mingguan’ mereka?Golongan buruh dan petani hanya mampu mencium bau kari yang enak dari dapur golongan berada.

Pegawai pemantau harga barang yang dilantik KPDNHEP menjelang pilihanraya umum lalu kelihatan agak samar fungsinya malah gagal mengekang kenaikan harga barang yang melambung.Mungkin ianya sekadar untuk melegakan hati rakyat akibat bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi menjelang PRU yang lalu.

Permasalahan ini sepatutnya mendapat tindakan langsung menteri yang bertanggungjawab Dato’ Shahrir Abdul Samad,antara tokoh yang dianggap bijak pandai yang masih bertahan di dalam UMNO.Beliau kelihatan masih tercari-cari formula bagi menyelesaikan kemelut ini.Keadaan pasaran yang menuntut kenaikan harga akibat pertambahan kos pengurusan dan pada masa yang sama cuba membuktikan kebijaksanaaan perdana menteri menaikkan harga bahan api amat menghimpit beliau.

Sebenarnya jika diberi peluang beliau menyelesaikan krisis ini dengan pengalaman dan kebijakan beliau mungkin lambat atau cepat ianya akan selesai.Yang menjadi masalahnya apabila harga bahan api dinaikkan oleh PM tidak dalam jangkamasa yang dicadangkannya.Keadaan pasaran kita yang tidak bersedia dengan kenaikan yang mendadak ini membawa masalah kepada beliau.Tersepit antara kehendak ‘bos’ dan kepentingan rakyat menjadikan isu ini ujian getir baginya.

Jika di zaman Tun Dr Mahathir dulu beliau dilihat seakan-akan mempunyai prinsip dan arah tuju perjuangan yang jelas untuk rakyat,namun sebaik sahaja dibawa masuk ke kabinet lain pula jadinya.Suara Pak Lah yang keluar dari 'mulut'nya walaupun kedengaran lunak namun amat membebankan rakyat.Adakah ini bukti menjadi pengkritik lebih mudah daripada dipertanggungjawabkan?

Dato’ Shahrir jika ikhlas ingin berjuang untuk rakyat mengapa saja tidak bersama adindanya yang istiqamah dalam Pakatan Rakyat?Sekaranglah masanya untuk meninggalkan perjuangan feudelisme UMNO (seperti katanya bulan mei lalu) kepada perjuangan rakyat yang didokongi Pakatan Rakyat.Di sini Dato’ boleh membela nasib rakyat tanpa perlu menjaga kepentingan pihak-pihak yang tertentu berasaskan prinsip-prinsip keadilan,kebajikan serta kesejahteraan rakyat selari dengan prinsip yang Dato’ pertahankan sekian lama.

Sebenarnya tanggungjawab pemimpin amatlah besar.Islam meletakkan setiap pemimpin WAJIB bertanggungjawab atas kebajikan rakyatnya.Ingatlah bahawa Saidina Umar Ibnu Khattab pernah memikul sendiri guni gandum untuk rakyatnya yang kelaparan.Contoh teladan yang telah ditinggalkan Nabi dan para sahabat sepatutnya menjadi ikutan agar tidak ada rakyat di sebuah ‘negara islam’ yang teraniaya tanpa mengira bangsa dan agamanya.

p/s…ini adalah pendapat penulis semata-mata.Ingat-mengingati sesama muslim itu WAJIB.

Jemohid kecil MuadzamShah.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP