Senin, 16 Juni 2008

KONVENSYEN PAS KAWASAN ROMPIN.


15 JUN 2008-Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Rompin telah dengan jayanya mengadakan Konvensyen Pas Kawasan yang pertama bagi tahun ini.Konvensyen yang bertujuan merancang,menilai dan menyelaras segala gerakerja parti di semua peringkat bagi menghadapi PRU yang ke 13 nanti.Dalam PRU yang ke 12 yang lalu PAS dan sahabat nya PKR gagal meraih sebarang kerusi dalam Parlimen Rompin ini.Untuk itu satu gerakerja yang di garap rapi dan gabungan yang mantap amat perlu dalam mengharap kemenangan dalam PRU yang akan datang.


Progaram yang di adakan di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah ini bermula sejak jam 9 pagi lagi.Ucaptama disampaikan oleh Ustaz Shukri Haji Ahmad,Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin.Beliau dalam ucapannya menekankan perlu petugas-petugas parti mempunyai azam yang tinggi dalam melalui liku-liku perjuangan yang getir ini.Menurutnya Pas terus komited berjuang untuk Islam dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.Sedikit kemenangan yang diberi oleh Allah kepada Pakatan Rakyat baru-baru ini menurutnya satu ujian besar yang mesti dihadapi dengan bijak dan bersyukur

Setelah kian lama stigma yang mana hanya Barisan Nasional yang mampu memerintah kian ditolak rakyat.Walaupun kesedaran dikalangan masyarakat melayu masih kurang berbanding bukan melayu namun kita optimis dengan gerakerja yang baik serta penerangan yang menyeluruh dapat masalah ini akan dapat diatasi sedikit masa lagi.

Dalam ucapannya padat itu beliau sempat mengupas isu-isu semasa dan menghuraikan halatuju perjuangan parti.

Konvensyen ini juga membuka ruang kepada ahli dan petugas parti membahas dan melemparkan idea dalam usaha memperkasa dan melancarkan pergerakan jemaah .Segmen ini dipengerusikan oleh Encik Mazlan Yassin seorang pakar motivasi merangkap Timbalan Yang Dipertua Pas KawasanRompin.Respon yang diterima dari peserta amat menggalakkan.Idea and Input yang dilontarkan ini kemudiannya dibincangkan dalam segmen bengkel kemudiannya.

Tumpuan kepada jentera parti,tarbiyyah,penerangan dan kewangan dibincangkan dengan lebih halus.Satu demi satu kertas kerja meliputi aspek teknikal dan taktikal dibentangkan.

Konvensyen yang berakhir jam 2.30 petang ini akhirnya menghasilkan satu resolusi yang hebat dan amat berguna.Jika ianya dijelmakan dengan gerakerja yang tersusun dan berperancangan tidak mustahil menjelang PRU ke 13 Pas dan Pakatan Rakyat akan merampas Parlimen Rompin dan Dun nya daripada Barisan Nasional.




Laporan oleh..jemohidkecil.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP