Selasa, 17 Juni 2008

Lawatan kerja, MB Pahang ke mana?


Merujuk kepada laman web kerajaan negeri Perak, MB Perak sudah mengadakan lawatan kerja ke seluruh daerah di Perak pada 9 Jun 2008. Bersungguhnya MB perak ini berkhidmat kepada rakyat. Hanya baru menerima amanah selama 83 hari sebagai MB sudah berjaya menyelami masalah rakyat seluruh daerah.

Penduduk Rompin perlu bertanya, kemanakah MB Pahang?Dah berapa lama MB tak singgah di Rompin dan mendengar sendiri permasalahan rakyat?

Bilakah mahu melawat ke Rompin? Mendengar masalah tanah orang Rompin? Tunaikan janji MB dan ADUN-ADUN kepada masyarakat Rompin? Menyelesaikan masalah orang Asli Rompin? Mendengar rungutan kelewatan projek politeknik Muadzam Shah?

Dengar cerita YB Muadzam ada turun baru-baru ini ke Bandar Muadzam tapi sambutan rakyat amat dingin.Mengapa terjadi begitu?


Ke mana perginya MP Rompin? Mengapa tidak memberi penjelasan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak?


Rakyat di Muadzam contohnya masih tertunggu-tunggu penyelesaian isu tanah Sungai Peha yang berlarutan sehingga beberapa kali pilihanraya...!Berdasarkan kepada apa yang berlaku di peringkat nasional mahupun tempatan penolakan rakyat ke atas BN makin ketara.Tahniah masyarakat Rompin yang semakin celik berpolitik!








bunga teratai


1 komentar:

choyot 21 Juni 2008 pukul 20.53  

Cadangan agar gerakan dakwah diadakan dikampung-kampung.Banyak kampung2 tradisinal di kawasan Muadzam Shah yang tidak mendapat perhatian, selain 5 tahun sekali semasa pilihanraya.

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP