Kamis, 19 Juni 2008

Pakatan Rakyat: menunggu wisel ditiup?

Seperti yang diwar-warkan Malaysia yang kita cintai ini bakal beralih teraju pemerintahan insyaAllah pertengahan september ini.Rakyat dalam debar meunggu tarikh tersebut dengan pelbagai persoalan dan spekulasi.Apakah benar satu peralihan akan terjadi?Di kalangan mereka ada yang percaya dan ada yang mempertikaikannya.Bagi saya berdasarkan perkembangan terkini tidak mustahil ianya boleh berlaku.Apa yang saya mahu sentuh ialah kesediaan Pakatan Rakyat bagi mengambil-alih kuasa seandainya ia benar-benar berlaku.Biarlah kita berpandangan realistik dan mengambil langkah yang perlu daripada sekadar bercakap tanpa melakukan gerakerja yang mantap ke arah itu.

Setakat manakah persediaan yang telah dilakukan?Sejauh manakah kesepakatan Pakatan Rakyat dalam berkongsi kuasa ini?Perlu ada formula bijak yang boleh di terima pakai agar kerajaan yang ditubuhkan kukuh dan bersatu atas satu prinsip/dasar.

Peralihan kusa yang bakal berlaku mestilah lancar tanpa berlaku suasana ‘hang’ dalam sistem pentadbiran.Walaupun barangkali perbincangan mengenai ini sudah berada di tahap akhir namun perlu diingatkan agar pihak pakatan bersedia sementara rakyat menilai gerakerja kita sekarang.Jangan sampai mitos negara akan kucar-kacir jika tidak diurus BN menjadi kenyataan.

Berkenaan pengisian jawatan-jawatan di kabinet contohnya,siapakah yang sesuai memegang satu-satu jawatan amatlah penting.Kita tidak mahu kelemahan pentadbiran sesuatu kementerian seperti yang berlaku sekarang berterusan.Perkara ini sebenarnya sudah boleh dibayang kan kepada rakyat agar kesungguhan kita dilihat serius.Rakyat perlu diyakinkan dengan gerakerja yang bijak/’smart’ bagi mengelakkan sebarang kekalutan mahupun provokasi jahat musuh.


Begitu juga dengan dasar-dasar kerajaan yang akan dijalankan perlu di’highligt’kan kepada rakyat.Pakatan tidak boleh bermodalkan penurunan harga minyak semata-mata jika mahu rakyat menerima kerajaan baru ini.Perlu ada manifesto/visi yang yang jelas yang mana mestilah dinilai dan dibincang berdasarkan pandangan-pandangan rakyat.

Yang Di Pertuan Agong juga mestilah diterangkan dengan jelas mengenai peralihan ini.Baginda perlu difahamkan peralihan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.Begitu juga dengan pihak keselamatan yang menjaga ketenteraman negara.Alangkah baik jika proses peralihan ini dikawal dan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka.Sudah tentulah huru-hara atau provokasi lawan dapat dipatahkan dengan mudah demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Pada hemat saya semua perkara ini mestilah bergerak sekarang tanpa perlu menungu detik peralihan menjelang september ini.Jika benar berlaku peralihan kuasa biarlah ia berlaku dengan lancar dan licin disambut gembira oleh rakyat tanpa ada pihak yang dipinggirkan.


Sebaliknya jika ia tidak berlaku setidak-tidaknya pihak Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk barisan alternatif yang betul-betul mantap dan diyakini rakyat.Pencapaian dalam muafakat untuk membentuk kerajaan adalah satu kejayaan yang amat besar.Setidak-tidaknya rakyat sudah melihat ada kerajaan alternatif yang boleh memerintah dengan lebih adil dan berhemah.



ini sekadar pandangan penulis...



Jemhid kecil..blog pemudamuadzam.blogspot.com

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP