Senin, 21 Juli 2008

Seminar Motivasi PMR/SPM.

Dalam usaha melahirkan modal insan yang bertakwa dan cemerlang di dunia dan akhirat Pas Kawasan Rompin melalui Lujnah Pendidikannya telah menganjurkan satu seminar motivasi dan kecemerlangan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Seminar ini diadakan di Maahad Tahfiz Darul-Quran di Keratong 5 dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin Ustaz Shukri Hj Ahmad.Dalam ucapannya
beliau mengalu-alukan penganjuran sebarang program yang sebegini bagi manfaat kepada masyarakat.Katanya Pas bertanggungjawab mendidik masyarakat dengan ilmu akademik dan agama agar kemajuan negara seiring dengan pembangunan jiwa rakyat.

Kursus ini mendapat sambutan hampir 40 orang peserta dari seluruh kawasan Rompin.Bemula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3 petang.Ruang yang singkat ini dimanfaatkan dengan pembentangan kertas kerja dari fasilitator yang diundang khas.Ustaz Yusof Embong,bekas guru yang berpengalaman dan kini diamanahkan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang membentangkan beberapa kertas kerja yang menarik.Antara
nya bertajuk ‘siapa saya’,`ubah minda’ dan `kemahiran belajar’.

Pakar motivasi saudara Mazlan Mohamed Yasin juga turut membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk `sayang
ayah-ibu’.Beliau cuba mengetuk hati para remaja agar sentiasa patuh dan taat kepada kedua orang tua dan berkomitmen tinggi dalam memenuhi harapan ibu-bapa.

Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Kawasan Rompin, Ustaz Mohd Sanusi Mohd Nor diakhir program melahirkan kegembiraannya apabila seminar ini mendapat sambutan yang meggalakkan dan memenuhi objektif penganjurannya.Program sehari ini menurutnya hanya sebahagian daripada acara-acara yang diatur oleh lujnahnya.Pas Kawasan Rompin akan terus menganjurkan program yang sebegini dari masa ke semasa.


Jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP