Jumat, 18 Juli 2008

Umno jangan teruja,PAS jangan terleka!

Berikutan kenyataan presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi awang yang Pas bersedia untuk duduk semeja bermuzakarah dengan UMNO dilihat seperti orang mengantuk disorongkan bantal oleh UMNO.Bergelut dengan cubaannya memulihkan reputasi sebagai parti yang memperjuangkan melayu akibat tamparan hebat dalam PRU yang lalu mereka akan menggunakan apa saja talian hayat yang boleh memanjangkan usia UMNO agar popular kembali dikalangan orang melayu.

Rasa teruja mereka dengan pelawaan tok guru ini boleh dilihat apabila saban hari media pro-BN menayangkan kenyataan ini.Hendaknya jangan satu masa nanti kenyataan ini digunakan pula untuk menghentam Pas seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Bagi Pas seperti yang telah dijelaskan tok guru Hj Hadi sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja asalkan ia melibatkan kebajikan rakyat dan survival Islam!Pas bukan jumud seperti yang dibesar-besarkan ooleh media yang tidak bertanggungjawab.Ruang untuk bermuzakarah,perbahasan dan bertukar-tukar pendapat sentiasa saja terbuka dalam ruang lingkup yang sihat dan positif.Fleksibelnya Pas ini bukanlah bermakna Pas sudah mula lari dari dasarnya Cuma membuka ruang yang lebih luas dalam bidang dakwah dan dalam keadaan politik negara yang mengizinkan.

Apa yang menjadi persoalannya…Apakah isu utama yang bakal menjadi teras perbincangan ini nanti?Isu melayu semata-mata sudah pasti tidak releven dalam keadaan komposisi kaum di negara kita yang bermasyarakat majmuk!Pas sebagai parti yang diminati oleh pelbagai kaum tidak boleh terperangkap dengan permainan ini.Islam tidak bergerak atas dasar Assabiyah! Jauh sekali meminggirkan kaum lain.!Sementara UMNO yang ‘kununnya’ memperjuangkan ketuanan melayu sudah pasti akan cuba mengheret Pas ke platform politik sempit itu.

Mengapa Islam tidak dijadikan menu utama atau teras dalam muzakarah ini?Jika UMNO benar-benar ikhlas inilah masanya mempromosikan Islam sebagai medium penyatuan ummah!Segala resepi sudah tersedia malah menunggu masa saja untuk di cedok dari Al-Quran dan Sunnah.Bersatu atas dasar bangsa sambil memandang sepi kepada kepentingan agama sebagai cara hidup tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak pun.Berbeza dengan peranan agama yang melibatkan jasmani dan rohani sebagai ramuan kepada ikatan yang baik.Lebih-lebih lagi majoriti rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sudah mula menerima dan melihat kecantikan dan keadilan Islam di negara kita ini.

Pas pernah bermuzakarah malah pernah bersama-sama dalam Perikatan satu masa dahulu.Akibat tidak ada persepakatan yang mantap Pas akhirnya ditendang begitu saja.Pas waktu itu hanya dijadikan alat oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan orang melayu terhadap mereka yang semakin terhakis.Walaupun pengalaman pahit ini tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sekarang namun ianya wajar dijadikan panduan.

UMNO terlampau cekap dalam memanipulasi sesuatu isu setakat ini.Sebarang pro dan kontra dalam muzakarah ini nanti barangkali akan diambil kesempatan oleh mereka sambil menyalahkan Pas sebagai parti yang jumud dan berfikiran sempit.Itulah satu perkara yang rasanya wajar untuk difikirkan oleh pimpinan Pas dalam percaturan ini.Pas yang kini meniti dibibir rakyat sebagai tunjang kepada kerajaan yang adil dan amanah tidak boleh di`risiko’kan kali ini.Kita tidak mahu ada ruang yang boleh diselewengkan oleh mana-mana pihak hingga menjatuhkan kredibiliti Pas itu sendiri.

Gandingan mantap Majlis Syura, Dato’ Presiden,Mursyidul Am dan pimpinan tertinggi dilihat perlu memainkan peranan yang amat bijak dalam hal ini.Bagi kami sebagai ahli Pas sentiasa menaruh kepercayaan penuh dalam percaturan pihak atasan bagi mengambil manfaat daripada muzakarah yang bakal berlaku.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan petunjuknya kepada kita semua.Wassalam!

jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP