Selasa, 15 Juli 2008

Minyak naik rakyat cukup makan?

Itulah kata-kata Dato’ Shabery chik apabila membincangkan isu kenaikan minyak dalam perdebatan malam ini.Tidakkah beliau tahu baik di celah bangunan batu di bandar mahupun di ceruk desa di kampung ada rakyat yang menderita kini untuk mendapat sesuap nasi? Akibat kenaikan mendadak harga minyak ini ‘ekonomi meleret’ mula menjadi-jadi.. Harga barang dapur dan beras naik melampau-lampau hingga sukar di tampung dengan pendapatan rakyat yang tidak banyak berubah.

Debat ini biarpun dilihat agak seimbang tapi masih juga mendedahkan kedangkalan kerajaan dan langkah-langkah mereka menangani krisis besar ini.Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun sudah lama meninggalkan kerusi empuk kerajaan tapi masih tajam idea dan pemikirannya.Ternyata pandangannya masih releven dan mampu memberi input yang baik apabila menjadi PM nanti.Barangkali pengalaman luasnya dalam kerajaan dan pernah menjadi menteri kewangan memberikan kelebihan kepada beliau dalam menyelami permasalahan rakyat.

Dato’ Shabery Chik juga seorang pendebat yang agak baik.Beliau masih mampu berhujah dengan baik walaupun dalam perspektif yang tidak mesra rakyat.Isu-isu kesusahan rakyat masih tidak mampu dijawabnya dengan jelas.Mungkin benar yang beliau tidak berauthority untuk memberi penjelasan berkaitan langkah tidak popular kerajaan itu.

Mengapa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Najib tidak turun sendiri ke medan bahas ini dan menjawab berbagai persoalan rakyat dalam versi yang pro-kontra?Apakah mereka fikir tidak setaraf atau takut berdepan dan berhujah dengan Dato’ Seri Anwar?

Akhirnya berdasarkan dengan apa yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Anwar jelaslah kepada rakyat yang harga minyak memang boleh diturunkan tanpa membangkrapkan negara.Kita percaya masih banyak jalan penyelesaian yang boleh diambil demi kebajikan rakyat.Hanya kebijaksanaan dalam mengurus perbendaharaan negara yang diperlukan.




jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP