Jumat, 01 Agustus 2008

Apa cerita Dato' Mukhriz?

Hari ini 2 Ogos 2008.Masih terngiang-ngiang lagi di telinga semasa Tun Dr.Mahathir mengisytiharkan keluar dari Umno beberapa bulan dahulu,maka anaknya Mukhriz pun membuat kenyataan di media untuk menuruti jejak langkah bapanya itu.Beliau yang bersama dengan beberapa pengikutnya yang terdiri daripada beberapa orang pemuda Umno mengumumkan perkara tersebut.Beliau memberi syarat bahawa beliau akan keluar dari Umno pada Julai 2008 jika Pak Lah tidak berundur sehingga tarikh itu.Beliau mendapat tepukan dan sorakan semangat dari pengikutnya pada ketika itu yang dapat di saksikan oleh penonton yang mengikuti siaran berita di semua stesen tv Malaysia.

Nah! Sekarang dah Ogos pun!Adakah Ogos sebelum Julai?Inilah sikap pimpinan dari Umno,pembohongan menjadi lumrah mereka.Mungkin takut hilang jawatan atau beliau nak bertanding ketua pemuda Umno Malaysia Disember ini.Atau mungkin ada kes,apabila beliau keluar parti pastinya ada tindakan dari pemerintah? Seperti mengarahkan siasatan BPR di lakukan atau seumpamanya?

Sekarang ini musim ahli Umno keluar parti beramai-ramai.Masing-masing menyertai PKR atau PAS ataupun duduk diam-diam di rumah.Umno dah tidak releven lagi untuk memerintah negara.Ramai ahli Umno dan pengikutnya sudah malu untuk mengakui Umno di khalayak ramai.

Dr.Wan Azizah dah pun meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh.Anwar Ibrahim pun bila-bila masa saja akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.Mungkin September ini menjadi kenyataan bahawa peralihan kuasa akan berlaku di negara ini.MP Umno/BN semakin gelabah sekarang.Pentadbiran negara di lihat semakin lemah dan menjadi caca merba.

Tiba-tiba saja Pak Lah nak menurunkan harga minyak pada September ini.Mungkin Pak Lah cuba untuk mencari sokongan rakyat atau publisiti murahan sebagai untuk mengurangkan tekanan yang beliau hadapi daripada pelbagai pihak dan pelbagai sudut ini.Hal ini bukanlah disebabkan keperihatinan beliau terhadap rakyat atau negara,tetapi di lihat demi untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan beliau sahaja.Umno/BN akan tumbang tidak lama lagi,hanya bergantung kepada talian hayat yang semakin berkurangan sekarang.Keluarlah dari Umno wahai Datuk Mukhriz dan ahli-ahli Umno sekalian.Mari kita bina negara ini bersama Pakatan Rakyat!

Oleh: tajambatu

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP