Minggu, 03 Agustus 2008

Hari keluarga Pas Rompin meriah!

3 ogos 2008 ahad-Pas Kawasan Rompin telah mengadakan sambutan Hari keluarga bagi seluruh pendokong dan ahli Pas di Kawasan Rompin.Program sehari suntuk ini diadakan di perkarangan chalet DRhu Ombak Village Rantau Panjang,Rompin.Setelah beberapa lama perancangan yang rapi dibuat akhirnya program tahunan diperingkat kawasan ini berjaya diadakan dengan lancar pada hari ini.


Lebih kurang 120 ahli telah hadir bersama pasangan serta anak masing-masing sejak awal pagi lagi.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan tazkirah oleh Yang Dipertua Pas Kawasan,Ustaz Shukri Hj Ahmad.Dalam ucapannya beliau
mengingatkan pentingnya penganjuran majlis sebegini bagi mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin sesama ahli serta menghimpunkan kembali para petugas dari seluruh kawasan selepas menghadapi PRU-12 yang lalu.

Hari keluaraga tahun ini diadakan dalam bentuk dalam berkelah dan santai yang tidak mengeluarkan tenaga yang banyak dan peserta disyaratkan agar membawa makanan dari rumah disamping juadah yang disediakan penganjur.

Sudah menjadi kebiasaan, kanak-kanaklah golongan yang paling seronok dan diraikan dalam program sebegini.Hampir 50 orang kanak-kanak dihiburkan dengan berbagai acara sukaneka.Antara acara yang dipertandingkan ialah isi bola dalam pinggan,baling tin,isi air dalam botol,pecah belon,pancing botol dan banyak lagi.Bagi golongan ibu-bapa acara sukan yang berkonsepkan kekeluargaan diadakan.Antaranya menganyam ketupat,membalut mumia,teka peribahasa dan search in 10 minute.



Pihak penganjur tidak lupa untuk menyediakan berbagai hadiah menarik bagi pemenang-pemenang sebagai tanda cenderahati.Hadiah disampaikan di akhir program jam 3 petang oleh pimpinan pas kawasan.


Untuk menjadikan perkelahan ini lebih menarik pihak penganjur juga menyediakan ikan,udang dan sotong fresh untuk dibakar oleh peserta.Aroma harum mula memenuhi ruang di pantai ini apabila para peserta mula menunjukkan bakat masing-masing dalam menyediakan ikan bakar.

Program ini berakhir jam 4 petang setelah acara penyampaian hadiah dan pembersihan kawasan dilakukan.Berdasarkan pada lokasinya strategik dan pantainya yang cantik tidak mustahil ianya akan menjadi pilihan dalam program-progran yang akan datang.Bagi yang berhajat untuk bersama keluarga dihujung minggu amat sesuailah pantai ini yang mempunyai kemudahan chalet dan tandas yang bersih menjadi pilihan.



Pemuda muadzam!.



















































































































































































0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP