Senin, 04 Agustus 2008

Dari MRR2 ke Permatang Pauh.!

Malaysia gempar lagi…kali ini dengan isu MRR2 yang telah sekian lama diancam kemusnahan akibat perbuatan tangan manusia sendiri.Tiga kerosakan dalam empat tahun dari tempoh siap menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan binaan mega yang menelan RM238 juta wang rakyat ini.Jika Menteri Kerja Raya dahulu mengatakan struktur binaannya satu kesilapan tidak tahu pula apa yang akan diperkatakan menteri yang baru.Yang nyata jutaan ringgit bakal dicurahkan lagi untuk memperbaiki kecuaian sesetengah pihak ini.

Menurut PM,Pak Lah beliau mahu kali ini kerosakan ini diperbaiki ketahap terbaik! Apakah sebelum ini pembaikannya hanya sekadar melepas batuk ditangga sehingga menelan RM70 juta perbelanjaan tambahan untuk dibaiki dahulu? Menurut Pak Lah lagi, laporan media mengenai keretakan jejambat pada lebuhraya tersebut sudah pasti mengundang rasa tidak gembira, bahkan boleh membangkitkan kemarahan rakyat.(terutamanya menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh?)

Rakyat beharap satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengkaji punca-punca kerosakan yang berlaku dan diatasi dengan tindakan yang bijak.Pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan keresahan pegguna lebuhraya dilebuhraya ini wajar diambil tindakan!Pembayar cukai(rakyat) mengharapkan ketelusan dalam menyelesaikan isu ini.

Secara kebetulan pula jejambat ini retak menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal berlangsung sedikit masa nanti.Inilah masanya untuk didedahkan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku.Anwar Ibrahim wajar mendapatkan maklumat yang tepat tanpa ada keraguan fakta berkenaan keretakan ini.Kita bukan mahu mempolitikkan isu tapi ketelusan wajar diperlihatkan kepada rakyat yang menilai amanah atau tidak seseorang pemimpin.

Di atas kertas perjalanan Anwar ke Permatang Pauh agak selesa dengan majoriti besar yang diperolehi isteri kesayangannya Dr Wan Azizah dengan 13,000 lebih.Pun begitu dalam Pilihanraya kecil macam-macam boleh berlaku jika tersilap percaturan.Berdasarkan sejarah pembangkang hanya menang dalam jumlah kerusi yang sangat kecil disetiap pilihanraya kecil sejak merdeka walaupun di situ telah dikenali sebagai kubu kuat mereka sendiri.Maka di sinilah kerjasama erat di kalangan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan.Pilihanraya yang adil dan bebas perlu dipertahankan tanpa provokasi dan penipuan musuh yang sudah menjadi lumrah.

Barangkali retaknya jejambat MRR2 itu memberi petanda kejatuhan kerajaan yang cuai dan tidak bijak memerintah.Batu-batu yang berguguran di MRR2 itu agaknya sudah tidak tertahan dengan desakan rakyat yang inginkan sebuah negara yang diperintah dengan adil dan amanah.MRR2 itu sudah menjadi umpama BN yang semakin diperbetulkan semakin banyak yang terlondeh!

jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP