Rabu, 06 Agustus 2008

Bersediakah Najib menjadi PM?


Setelah sekian lama menunggu dalam debar,akhirnya Tok Jib boleh menarik nafas lega dengan pengumuman Pak Lah berkenaan peralihan kuasa.Walaupun 2010 masih terlalu panjang namun harapan untuk beliau menjadi PM mula kenampakan.Bisik-bisik berkenaan ada yang mahu mencabarnya dalam pemilihan menjelang disember nanti dinafikan dengan kenyataan Muhyiddin yang hanya mempertahankan kerusi Naib presidennya.Selain Muhyiddin massa tidak nampak ada tokoh lain yang berani mencabar Timbalan Presiden ini.Maknanya Dato’ Jib berada dalam kedudukan yang paling lega kalau tidak sepanjang karier politiknya mungkin barangkali sejak Pak Lah membisu selepas PRU yang ke 12 yang lalu.


Apakah setiap presiden UMNO itu automatik menjadi Perdana Menteri?Tidak! Jika berlaku pun sekadar kebetulan yang telah sekian lama berlaku seakan sudah menjadi tradisi.Dengan prestasi merudum UMNO dalam PRU yang lalu barangkali UMNO tidak akan sempat bertahan hingga ke PRU yang akan datang.


Persoalan adakah Najib orang yang paling layak untuk diamanahkan memerintah negara?Di bidang manakah beliau betul-betul hazam dan mahir sama ada ekonomi,agama,sukan,pendidikan atau sekadar tahu serba sedikit berkenaan pertahanan negara?Beliau dilihat tidak banyak menolong Pak Lah dalam berbagai krisis yang melanda negara.Kenaikan harga barang dan minyak contohnya,apakah penyelesaian yang dicadangkannya? Begitu juga dengan isu rasuah yang di’perjuangkan’ Pak Lah,Apakah saranan dan ideanya bagi membantu Pak Lah menyelesaikan isu besar itu?Beliau hanya menjadi `penambah perisa’ kepada cadangan orang lain tanpa ada idea bernas tersendiri.


Kita tidak tahu apakah yang menjadi kriteria yang dilihat oleh Tun dahulu yang beria-ia berkehendakkan Najib menerajui negara.(Padahal jika di intai lebih ramai dalam UMNO yang lebih layak berbanding Najib seperti Dato’ Syed Hamid Albar,Shahril Samad,Ku Li dan Rais Yatim yang nampak agak berkarisma).Apakah beliau lihat Najiblah yang boleh mewarisi dan penerus kepada apa yang telah di`bina’nya sekian lama setelah Pak Lah mengecewakannya?Setakat ini kepimpinan Najib langsung tidak terserlah seperti Anwar sewaktu menjadi TPM dahulu!


Kita tidak mahu menggadaikan kemajuan dan kemakmuran rakyat di tangan yang salah!.Jika pemimpin tidak punya visi dan ilmu untuk mentadbir maka negara akan ditadbir sebagai sebuah `syarikat swasta’ semata-mata.Bermotifkan keuntungan dan berniaga dengan rakyat!Sekarangpun kita seakan mula menjurus ke arah itu apabila kerajaan tidak mampu mengatasi isu kenaikan harga minyak dan rakyatlah penanggung bebannya.


Bagaimana pula dengan akuan bersumpah Raja Petra terhadap beliau dan isterinya? Apakah Najib tidak terlibat langsung dengannya? Jika benar tidak terlibat kita masih menuggu apakah tindakan yang bakal diambilnya ke atas pengadu yang membuat tuduhan palsu ini.Tuduhan sembarangan ini boleh mencemarkan imej negara.Selaku orang yang bakal diserahkan teraju pemerintahan negara maka sewajarnya beliau membuktikan kepada rakyat akan `kebersihan’nya dari sebarang tuduhan dan skandal.Jika Anwar yang dituduh liwat disuruh bersumpah mubahalah kenapa beliau tidak!?



jinbukitridan


0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP