Minggu, 17 Agustus 2008

Era baru kebangkitan pelajar?

Ekoran pendapat dan cadangan peribadi MB Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim, mengenai kemasukan 10% pelajar asing bukan bumiputra ke UiTM seolah-olah mencetuskan satu era baru kepada gerakan pelajar. Mahasiswa bangkit berhimpun dan berdemontrasi aman membantah cadangan tersebut. Mereka turun beramai-ramai untuk menunjukkan protes dan
menyatakan pendirian. Syabas diucapkan!Cuma janganlah hendaknya bangkit kepada isu-isu yang selari dengan sesetengah pihak sahaja.

Suka dilihat kebangkitan ini dari sudut positif. Mahasiswa dan mahasiswi perlu bangkit setelah tidur lena . Sebelum ini apa-apa isu mengenai agama, masyarakat dan sosial, mahasiswa seperti tidak ambil peduli. Satu demi satu isu yang timbul termasuklah penyalahgunaan kuasa, kenaikan harga barang, kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera di MRSM dan isu biasiswa yang dinafikan hanya jadi tontonan sahaja.

Sebagai golongan terpelajar mahasiswa perlu terus bergerak aktif dalam mendepani isu-isu semasa.Sama ada di IPTA atau IPTS mereka mestilah berani bertindak dan menyatakan sokongan atau bantahan mereka dalam sesuatu hal.Atau adakah mahasiswa kini perlu menghabiskan pembelajaran terlebih dahulu untuk memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan negara?Sedangkan pada masa yang sama negara amat perlukan golongan `cendekiawan' yang sentiasa bersama rakyat memperjuangkan kepentingan negara dan rakyat.

Tidak cantik dan nampak ‘bodoh’ jika isu ini sahaja yang diprotes.Sedangkan pada satu sisi lain banyak lagi kebejatan yang perlu diperbetulkan.Jika satu masa dahulu golongan mahasiswa sentiasa didepan dalam menuntut perubahan tapi akhir-akhir ini mereka agak lesu dan `hilang' dari dari pandangan.

Teruskan protes pada isu-isu lain. Mahasiswa mesti sedar tentang masa depan negara. Apa yang tidak kena, mesti dibantah dan diselamatkan tanpa mengira siapa yang mencetuskannya.Kali ini, isu dicetus oleh MB Selangor dibantah. Jika selepas ini isu dicetus oleh MB Melaka, MB Pahang, Menteri Pengajian Tinggi, hatta Perdana Menteri sendiri, mahasiswa semestinya bangkit menyatakan pendirian.


budak kampung

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP