Sabtu, 16 Agustus 2008

AYUH ‘TURUN PADANG’

Ekoran kenyataan Dato' Presiden Pas yang Pas bersedia mengerahkan jenteranya membantu kempen di Permatang Pauh maka elok benarlah kita di peringkat cawangan mahupun kawasan merangka strategi dan tindakan dalam mematuhi arahan Tok Guru ini.“Sebelum ini pun kita sentiasa memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang membantu bagi memastikan kerusi tersebut terus kekal milik Pakatan Rakyat,”kata Tuan Guru.

Jika dalam permainan bola sepak, ‘turun Padang’ diberikan kepada yang berkemahiran dan berkemampuan.Mana-mana yang kaki bangku atau kurang mahir sekadar jadi penonton sahaja tapi dalam berpolitik agak berbeza. Seruan Tuan Guru ini harus dilihat dengan lebih luas. Tidak boleh lagi ahli PAS yang ‘kaki bangku’ menjadi penonton. Berilah sumbangan setakat mana yang mampu.

Gunakan senjata orang mukmin dengan lebih berkesan. Yang jauh nun di Muadzam Shah,di Pantai Timur, di Selatan, Sabah dan Sarawak asahlah `senjata' dengan setajam-tajamnya. Kita mesti asah sekerap mungkin. Turun padang tanpa kasut bola dan taktikal, mudah dikalahi musuh. Senjata yang dimaksudkan ialah DOA dan SOLAT HAJAT.

Betapa bersungguhnya kita pada PR ke-12 Mac lalu. Tangisan Tuan Guru Nik Aziz di stadium dan cara kita berserah diri kepada Allah banyak membantu dalam perjuangan. Kali ini kita jangan sesekali lupa kepada pertolongan Allah.

Sungguh cantik doa dari ma’thurat,
“Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek daripada itu”.

Sekecil mana atau sebesar mana pun hajat kita, jangan sesekali lupa pertolongan Allah. Kemenangan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, bergantung kepada sejauh mana hubungan kita dengan Allah.



Budak kampung




0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP