Sabtu, 16 Agustus 2008

Permatang Pauh:Rakyat bijak menilai!

Wisel perjuangan rakyat telah ditiup hari ini di Permatang Pauh.Calon Barisan Nasional (BN) Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya Datuk Ariff Shah Omar Shah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk merampas kerusi ini dari PR .Sementara Anwar akan terus mempertahankan kerusi ini untuk melangkah selesa ke Parlimen . Berjayakah DSAI atau kecundangkah dia menjadi penantian.
Pengundi di permatang pauh bertanya tentang kewajaran Arif Shah diletakkan menjadi calon. Tentu sekali UMNO Bahagian Permatang Pauh tertanya-tanya mengenai ketua bahagian mereka ,Jalil yang tidak terpilih. Suara mereka tidak didengar.
“Umno Permatang Pauh mencadangkan Ketua Umno bahagiannya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN)” (Berita Harian Online 07082008)

Anwar barangkali tidak menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi tradisinya itu.Ketokohan,bakat dan komitmen tingginya untuk menjaga kepentingan rakyat sudah tentu menjadi pilihan utama.
Tapi harus diingat dipihak Pakatan Rakyat,wira kita `YB' Mohamad Sabu tewas ditempat yang dijangkakan selamat dalam PRU yang lalu.Semuanya gara-gara pertandingan tiga penjuru yang berjaya memecahkan undi rakyat.Oleh itu kerja kuat dipihak Pak atan mestilah digembeleng ke tahap maksima.Jangan terperangkap dalam sebarang provokasi musuh yang cuba menghancurkan dan mengadu domba dikalangan pakatan.Begitu juga dengan calon kita,perlulah berhati-hati dalam setiap langkah agar tidak terjebak dengan `jerat' yang boleh dieksploitasi musuh untuk menagih undi.

Permatang Pauh menjadi gelanggang rakyat untuk menuntut pemerintahan yang adil,amanah dan telus.Pakatan Rakyat pada dasarnya tidak perlu bersusah-payah meyakinkan rakyat tentang ketulusan dan keadilan pemerintahan mereka kerana apa yang berlaku di lima buah negeri pimpinan PR sudah amat meyakinkan rakyat cuma yang diperlukan ialah penerusan kepada pengekalan imej yang baik ini dan rakyat Permatang Pauh akan bijak membuat pilihan!

Bunga teratai

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP