Jumat, 15 Agustus 2008

Pemuda yang matang!

Muktamar Pemuda Pas Pusat telah berakhir.Syukur ke hadrat Ilahi dengan sedikit nikmat kemenangan yang diberikanNya dapatlah tahun ini kita bermuktamar di Perak,negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dalam keadaan aman dan selesa.Walaupun medan muhasabah ini bermula agak `sejuk' namun mula menampakkan aura ke`pemuda'annya di sebelah petang.

Seperti diduga tempias isu muqabalah@muzakarah tetap mendapat perhatian para perwakilan.Barangkali masih keliru akibat permainan media yang gelojoh untuk melariskan berita berbagai persoalan dilontarkan mereka.Isu ini sebenarnya sudah selesai dengan penjelasan panjang lebar Timbalan Presiden sewaktu perasmian dan kemudiannya YB Salahuddin Ayub turut menyentuhnya dalam ucaptama dan hujah penggulungannya.

"Menurutnya Pas tidak akan menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang boleh mendatangkan kebaikan pada jemaah dan Islam tapi tidak sama sekali berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan UMNO.UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam sebenarnya tidak pernah selari dengan tindakannya.Pas pernah mengajak UMNO duduk semeja berbincang tentang survival Islam dan perpaduan melayu pada tahun 80an dulu tapi ditolak mentah-mentah oleh UMNO kerana pada masa itu mereka kuat,kini apabila mereka hampir lemas maka beria-ia pula mereka ingin melabelkan diri mereka sebagai pejuang melayu Islam."

Tahniah buat pimpinan Pas kerana matang dan semakin bijak dalam mencatur langkah dalam politik yang kian mencabar ini.Sebagai ahli tidak perlulah lagi kita memanjangkan lagi isu yang tidak releven ini dan amat perlulah kita berhati-hati dengan apa yang dipaparkan media.

Setakat ini kita difahamkan Pas tetap dengan pendirian lunak untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam menuntut sebuah negara yang adil dan mengembalikan hak rakyat yang sekian lama dinafikan.Sebarang cubaan untuk memecahbelahkan pakatan yang mantap ini tidak akan berjaya dan ditentang habis-habisan.Hanya kedengaran suara positif dikalangan perwakilan yang mengharap Pas dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam gabungan ini berdasarkan pengalaman dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Pas.

Presiden Pas baru-baru ini ada membuat kenyataan berkenaan kesungguhan Pas untuk melihat Islam perlu diberi ruang yang lebih selesa dalam pakatan yang wajar diambil kira ahli pakatan sendiri.Dalam usaha untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sudah tidak relevan maka amat wajar kita menggantikannya dengan kerajaan yang adil dan amanah bersesuaian dengan prinsip Islam.Titik pertemuan dasar yang boleh dilunakkan dalam pakatan perlu disepakati agar gabungan ini sentiasa kukuh dan terus releven.

Melaui muktamar ini juga kedengaran cadangan agar Kelab Penyokong Pas diperkasakan agar lebih berperanan dalam menggerakkan gerakerja dan matlamat parti.Kesempatan baik sekarang apabila bukan Islam mula mendekati dan yakin dengan siasah Islam perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Mempelbagaikan uslub berdakwah dan memecahkan tembok perkauman yang berdaki sekian lama boleh memberikan manfaat besar kepada Pas.

Alhamdulillah dengan kelancaran muktamar kali ini membuktikan iltizam perwakilan dan pemuda dalam mendepani cabaran yang datang.Pemuda kini matang dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah luar yang cuba menghancurkan perpaduan Islam.`Pejuang yang baik sentiasa mengutamakan kebaikan jemaah daripada kepentingan peribadi.'

jinbukitridan

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP