Rabu, 13 Agustus 2008

Pakatan Rakyat Rompin menghantar memorandum berkaitan Rompin Fest 2008.


12 ogos-Dengan gandingan mantap pimpinan Pakatan Rakyat Rompin satu memorandum peringatan telah di hantar kepada pihak Majlis Daerah Rompin berkaitan penganjuran Rompin Fest yang menjadi acara tetap dalam kalendar pelancongan negeri Pahang.

Antara pimpinann yang terlibat termasuklah encik Mazlan Yasin(Timbalan YDP Pas Kawasan),Ustaz Hj Hanapiah(Naib YDP ),Encik Fadzli Ramli(seorang peguam dan bekas calon Pas DUN Tioman) dan Encik Wak Rabidin(Ketua Bahagian PKR Rompin).

Menurut saudara Mazlan memorandum ini bukanlah bantahan kepada penganjuran program yang boleh menjana ekonomi dan boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat tempatan namun ianya perlu dilihat sebagai teguran yang boleh menambahbaikkan llagi pengisian dan kaedah penganjurannya.

Antara isi kandungannya:

Pakatan Rakyat bersetujudan menyokong penganjuran rompin fest 2008 DENGAN SYARAT ianya tidak lari dari objektif dan orbit asalnya untuk melahirkan generasi berbudaya dan bermaklumat.PR berkomitmen untuk memantau apa jua pengisian dan sebagai penegur sekiranya ada unsur-unsur yang boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat rompin khususnya.

Pakatan Rakyat menyokong penuh untuk pengisian program-program yang berbentuk:

- ekspo

- tapak jualan

- gerai pameran

- gerai makanan

- persembahan yang mengikut budaya timur

- kegiatan sukan.

Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya sebarang pengisian berbentuk perjudian,hiberan keterlaluan,pergaulan bebas dan budaya hedonisme yang membawa risiko keruntuhan akhlak di kalangan muda-muda dan para pengunjung.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur ialah:

- keadaan ekonomi rakyat yang tidak stabil.Berikutan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan rakyat perlu berhemah dalam berbelanja dan tidak terburu-buru dalam berbelanja.

- Keruntuhan akhlak yang amat perlu dibendung agar sebarang aturcaranya tidak membuka jalan yang boleh menjuruskan kepada pencemaran budaya,moral dan agama.

- Menjaga kesucian dan sensitiviit umat islam kerana penganjurannya di saat umat slam hampir menyambut Ramadhan.

Cadangan Dan Harapan

Pakatan Rakyat berharap agar program Rompin Fest kali ini tidak menganjurkan sebarang aktiviti tidak sihat seperti yang telah diperkatakan di atas.Diharap program-program yang membina modal insan dan tidak menjadikan aspek hiburan sebagai pengisian semata-mata.

Rombongan ini telah hadir ke Pejabat Majlis Daerah jam 2.30 petang dan menyerahkan sendiri memo ini ke tangan Pegawai Daerah Rompin merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Dato’ Roslan Harun.Mendapat sambutan yang baik dan Pegawai Daerah telah memberi komitmen untuk mengkaji dan menilai setiap cadangan yang diberikan

Bagi Pas Kawasan menurut encik Mazlan akan terus memberikan komitmen dan ambil berat kepada apa jua permasalahan/program yang melibatkan kepentingan rkyat di kawasan Rompin.

Exclusive by jinbukitridan.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP