Minggu, 07 September 2008

Entah iya entahkan tidak!


Teman pening memikirkan pasal 16 september ni.Pak Lah kata `tidak’ sementara Anwar kata mengikut jadual!.benar atau tidak `gertakan’ Anwar ini sebenarnya menggelabahkan juga pimpinan BN.Dengan aku-janjinya dan penegasan demi penegasan dari Pak Lah sendiri yang BN tidak akan terduduk dengan permainan ini menampakkan ketakutan mereka jika ia menjadi kenyataan.Teman katakan gertakan Anwar kerana hanya dia,orang disekelilingnya dan Allah yang tahu cerita sebenarnya .Pas dan DAP selaku rakan dalam Pakatan hanya dijadikan `sleeping partner’ setakat ini.

Mat sabu

`Yb’ Mat Sabu pada 6 september menegaskan yang beliau dan pimpinan Pas yang lain secara rasminya tidak dimaklumkan Anwar mengenai agenda besar itu.hanya khabar angin yang meniup berita sehingga ke pelusuk negara sedang pimpinan PR yang lain hanya tertanya-tanya.Sedikit komen dari tokoh `muda’ Pas ini menyifatkan ianya “tidak kuat dan berwibawa…sebab dulu kita juga tidak bersetuju dengan dua orang ahli Semangat 46 yang melompat ke UMNO di Kelantan…” Betul jugak pendapat YB nih! Sebab ini bukan seperti yang digambarkan dalam PRU yang lalu apabila rakyat masih memberi kepercayaan kepada BN walapun boleh diragui dan amat sedikit majoritinya…Tapi jika perubahan ini boleh menguntungkan Negara dan rakyat macam mana?Teman tinggalkan pada sahabat-sahabat untuk respon.

Anwar

Mengapa sampai tidak boleh diberitahu rakan-rakan PR yang lain agendanya?Jika Pas dalam isu muzakarah bersungguh membuat pendirian dan penjelasan demi solidariti PR mengapa kali ini kita di pandang sepi.Pimpinan Pas yang tidak cepat melatah tetap mengikut rentak anwar dari jauh dalam hal ini.Jika benar berlaku perubahan biarlah ini agenda PR dan bukan agenda Anwar semata-mata.!

Pas

Tahniah ke atas pimpinan pas yang tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang belum pasti.Berpijak dibumi nyata lebih baik daripada terheret dalam imajinasi yang belum tahu.Walaupun untuk kesekian kalinya Pas dinafikan peranannya dalam agenda besar sebegini tapi kita masih sabar dan tidak bertindak melulu.Syabas!

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP