Minggu, 07 September 2008

Seorang anggota Unit Amal meninggal

Keratong ( 5 september 2008)-Seorang angota Unit Amal Kawasan Rompin,Azizul b Zainal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di sini.Mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya, Hanafi b Kadir bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.Kemalangan yang berlaku jam 11.30 pagi ini menyebabkan mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Muadazam Shah dan disahkan meninggal kemudiannya.

Mangsa yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Tun Razak Keratong berasal dari felda keratong 4.Beliau telah menyertai Unit Amal beberapa tahun yang lalu.Menurut Penyelaras Amal Kawasan saudara Rosdi Yatim yang turut menguruskan jenazah,Azizul seorang yang periang dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakannya. Kehilangannya amat dirasai oleh keluarga dan seluruh rakan yang lain.

Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan ,Mazlan Yassin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin Ustaz Nazri Hj Ahmad turut hadir ke upacara pengebumian di Tanah Pekuburan Islam Keratong 4 pada hari yang sama.Saudara Mazlan mewakili Pas Kawasan merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan Unit Amal Rompin amat menghargai sumbangan yang telah diberikan mangsa semasa hayatnya.Sementara itu Hanafi yang mendapat rawatan di hospital dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Keratong 4.

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP