Jumat, 06 Juni 2008

Pak Lah: kelemahan demi kelemahan.

Abdullah Hj Ahmad Badawi atau lebih kita kenali sebagai Pak Lah selaku ketua kerajaan Malaysia dilihat semakin lemah kepimpinannya .Isu demi isu yang timbul menjelaskan lagi keadaannya itu.Bermula dengan slogan menghapuskan rasuah kemudian dihambat dengan isu-isu penyelewengan,harga barang,Altantuya,Pulau Batu Putih dan yang terkini isu harga minyak,hampir kesemuanya tidak diselesaikan dengan baik.Sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pemerhati politik dan rakyat tentang kepimpinannya, yang pada peringkat awalnya mendapat sokongan majoriti rakyat tapi gagal dalam menyelesaikan sebarang konflik.

Jika ingin maju menjelang 2020 Malaysia perlukan seorang pemimpin yang berkarisma dan tidak terkepung dengan slogan-slogan yang lunak semata-mata.Mencari seorang pemimpin yang berpandangan jauh,kreatif dan bijak dalam membuat dasar atau keputusan memang sukar.

Setakat ini segala percaturan dan kepimpinan Pak Lah masih belum menepati standard itu apatah lagi sekurang-kurangnya menyaingi bekas bosnya,Tun Dr Mahathir.Walaupun kita tidak bersetuju dengan Tun dalam beberapa hal tapi kita masih boleh menerima visi dan ideanya dalam beberapa perkara.

Pak Lah dan para penasihatnya seolah-olah sudah kekeringan idea dan hilang punca dalam menyelesaikan permaslahatan rakyat.Contoh yang paling hampir ialah dalam isu kenaikkan bahan bakar yang nyata amat membebankan rakyat.Tidak kelihatan 'Hang Nadim' dengan pandangan yang bijak.Masih adakah seorang tokoh yang boleh dianggap ‘negarawan’ di kalangan pimpinan kerajaan kini.?Dato Seri Najib yang sepatutnya memberi sokongan dan input berguna dalam pentadbiran Pak Lah juga kelihatan lesu dan buntu idea, mencerminkan ketidaksediaannya dalam mengambil alih kepimpinan negara.

Tokoh pemimpin yang layak kelihatan berada di luar kerajaan.Walaupun dinafikan pendapat dan peranan mereka dalam pemerintahan tetapi masih kelihatan releven untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.Antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pada pandangan kita mempunyai visi dan karisma untuk memimpin negara.Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam sistem pemerintahan dan lebih ‘mesra rakyat’.Kita percaya dengan gandingan mereka negara akan ditadbir dengan lebih terurus dan kebajikan rakyat diutamakan.

Seperti kata Tun bahawa negara berada di tangan kepimpinan yang silap bahkan seirama dengan apa yang di dakwa pihak pembangkang maka sewajarnya perubahan dalam pucuk pimpinan negara dilakukan.Kita tidak mahu negara semakin mundur ke belakang dengan langkah-langkah yang tidak popular dan perdana menteri sekadar memenuhi kerusi empuknya sahaja.

Sudah sampai masanya kepentingan rakyat di ambil dengan cara yang lebih serius dan hak rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat.Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti negara Zimbabwe atau Myanmar 10 tahun akan datang.


by jemohid kecil



0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP