Rabu, 04 Juni 2008

Yahooo! Minyak naik lagi.









Seperti yang diwar-warkan pembangkang dan dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan BN sebelum Pilihanraya umum yang lalu pada hari ini khamis 05-06-2008 maka terbuktilah siapa yangberbohong.Harga minyak petrol dan diesel dinaikkan lagi,kali ini dengan jumlah yang lebih besar dari sebelumnya.PM kita dengan bangganya mengumumkan kenaikkan ini yang dikatakan ‘terpaksa’ ekoran kenaikkan harga minyak dunia.

Keputusan ini hasil mesyuarat kabinet sejak memenangi pru yang lalu.`PELIK’ kerajaan ini yang `berhempas-pulas’ memikirkan cara untuk menyenangkan rakyat dan hanya inilah yang termampu difikir oleh `kebijaksanaan’ mereka.

Kita masih ingat kerajaan BN berjanji bahawa minyak tidak akan naik selepas pru seperti yang didakwa pembangkang.Rakyat yang terpedaya dengan janji manis ini tanpa segan-silu mengundi BN dan hari ini tanpa segan-silu pula kerajaan BN memulangkan `bonus’ pelaburan mereka.

Alasan ekoran kenaikkan harga minyak dunia tidak relevan kerana kita merupakan antara negara pengeluar minyak utama dunia dan kita menjual minyak kita pada harga yang tinggi berdasarkan harga pasaran semasa.Yang anehnya keuntungan hasil jualan minyak ini` tidak mampu’ untuk menampung penjualan minyak pada harga yang rendah untuk rakyat sendiri?Apakah kerajaan akan bangkrap kalau berbuat begitu?

Mahu tidak mahu keputusan sudah dibuat dan memang sudah dijangkapun ekoran `lawak jenaka’ yang dipaparkan dalam cara mengatasi pembelian minyak oleh warga asing yang masuk ke negara kita baru-baru ini. Rakyat terpaksa menerimanya untuk kali yang entah keberapa dan terpaksa juga berhadapan dengan kenaikkan harga barang-barang selepas ini.

Jadikan kali ini pengajaran yang pahit dan jangan pula `melayu mudah lupa’ berulang kembali.Kita mesti menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada kerajaan BN dalam pilihanraya selepas ini.

Gambar-gambar menunjukkan orang ramai berpusu-pusu ke stesyen minyak untuk membeli minyak pada harga yang `rendah’ sebelum harga baru berkuatkuasa di muadzam shah.


oleh ibnu A.M

0 komentar:

kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP