Senin, 28 Juli 2008

Sudikah UMNO?

Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dengan berlapang dada telah mempelawa UMNO untuk bersama-sama bergabung dengan Pas.Tidak kisah apa nama parti yang `bakal’ ditubuhkan asalkan dasarnya mestilah Islam!.Tahniah Tok Guru…dengan percaturan yang bijaksana.

Memang pada lojiknya UMNO tidak mungkin meninggalkan perjuangan sekular yang digemarinya namun tok guru tidak menjadikan perbezaan prinsip sebagai penghalang kepada dakwahnya.UMNO juga manusia yang punya roh dan jasad! Punya tanggungjawab kepada KHALIQ selagi bernyawa.Tidak dinafikan ramai dikalangan ahlinya yang istiqamah kerana ikut-ikutan tanpa memahami dasar dan perjuangannya.Maka sangat kenalah pelawaan ini pada masanya.

Pas bukan parti Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Hj Hadi tapi Pas milik sekumpulan manusia yang istiqamah dalam menyuruh manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran!Bukankah itu selari dengan perintah Allah agar setiap insan itu menjadi khalifah di atas mukabumi ini.?

Tok Guru juga membuka ruang pada UMNO untuk mengkritik Pas jika ada mana-mana tingkahlaku Pas yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam.Nah! tunggu apa lagi wahai sahabatku UMNO cubalah senaraikan dimana silapnya.Tapi jika puas diintai masih tidak nampak mengapa masih ragu-ragu untuk bersama-sama berjuang dengan Pas?

Memperjuangkan sebuah parti yang berasaskan Islam bukanlah bermakna kita mengenepikan rakyat pelbagai kaum yang lain.Islam sama-sekali tidak membenarkan perkara yang menjadi hak kepada bangsa dan agama lain dicabul.Islam membawa rahmat ke atas sekalian umat manusia!Tambahan pula majoriti bangsa lain sudah mula boleh menerima politik Islam sekarang.Kebanyakan mereka mengakui akan keadilan Islam dalam sistem pemerintahan.Tidak dinafikan dalam hal ini Negeri Kelantan berjaya menjadi `role model’ yang sentiasa mengadaptasikan Islam dalam pentadbiran kerajaan negerinya.

Jika bukan Islam tidak takut kepada sistem pemerintahan Islam mengapa kedapatan dikalangan orang Islam sendiri yang seakan ragu pada rahmat yang diturunkan Allah ini?Sedangkan lima kali sehari kita mengakui solat,ibadah,hidup dan mati hanya untuk Islam!Maka sangat wajarlah kita berganding bahu agar terhasil dalam negara ini sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.Wallahualam!


by Jinbukitridan

Jumat, 25 Juli 2008

Terima kasih ‘EMBI terengganu promosi Proton’.

Baca lagi......

Senin, 21 Juli 2008

Seminar Motivasi PMR/SPM.

Dalam usaha melahirkan modal insan yang bertakwa dan cemerlang di dunia dan akhirat Pas Kawasan Rompin melalui Lujnah Pendidikannya telah menganjurkan satu seminar motivasi dan kecemerlangan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Baca lagi......

Jumat, 18 Juli 2008

Umno jangan teruja,PAS jangan terleka!

Berikutan kenyataan presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi awang yang Pas bersedia untuk duduk semeja bermuzakarah dengan UMNO dilihat seperti orang mengantuk disorongkan bantal oleh UMNO.Bergelut dengan cubaannya memulihkan reputasi sebagai parti yang memperjuangkan melayu akibat tamparan hebat dalam PRU yang lalu mereka akan menggunakan apa saja talian hayat yang boleh memanjangkan usia UMNO agar popular kembali dikalangan orang melayu.

Baca lagi......

Selasa, 15 Juli 2008

Minyak naik rakyat cukup makan?

Itulah kata-kata Dato’ Shabery chik apabila membincangkan isu kenaikan minyak dalam perdebatan malam ini.Tidakkah beliau tahu baik di celah bangunan batu di bandar mahupun di ceruk desa di kampung ada rakyat yang menderita kini untuk mendapat sesuap nasi? Akibat kenaikan mendadak harga minyak ini ‘ekonomi meleret’ mula menjadi-jadi.. Harga barang dapur dan beras naik melampau-lampau hingga sukar di tampung dengan pendapatan rakyat yang tidak banyak berubah.


jinbukitridan

Baca lagi......

Minggu, 13 Juli 2008

Seminar Pengurusan Organisasi PAS Kawasan Rompin.

13 julai 2008 Ahad-Bertempat di Markas Pas Desa Teratai satu seminar pengurusan organisasi anjuran Pas Kawasan Rompin telah berjaya dianjurkan.. Program yang melibatkan penggiat Pas dari seluruh kawasan Rompin ini diadakan bagi memperkasakan kerja-kerja pengurusan dan pergerakan parti.Sambutan yang diterima daripeserta amat menggalakkan.

Majlis sehari ini dihadiri saudara Roslan Zainal Al Ahmadi setiausaha eksekutif BPPN Pahang.Beliau dijemput bagi membentang kertas kerjanya yang bertajuk ‘Memahami struktur organisasi dan fungsi-fungsi lajnah’.Perbincangannya berkisar kepada pengemaskinian struktur organisasi dan penerangan lanjut tentang fungsi dan peranan setiap lajnah yang ada.

Saudara Mazlan Yassin Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin turut membentangkan satu kertas kerja yang cukup baik bertajuk ‘komunikasi dalam organisasi’.Beliau yang merupakan seorang pakar motivasi terkenal mengupas betapa perlunya kaedah komunikasi yang betul dan tepat dalam menggerakkan kerja-kerja parti.

Dewan Harian Pas Kawasan juga turut berkongsi pendapat dan menjawab berbagai persoalan yang diajukan peserta di akhir seminar ini.Sessi dialog yang di adakan amat baik bagi mengujudkan satu proses pengurusan yang mantap dan tersusun.Mengikut makluman yang diterima program seumpama ini akan diperluaskan lagi hingga ke peringkat cawangan-cawangan agar penambahbaikkan struktur organisasi dapat diteruskan.



pemudamuadzam...

Baca lagi......

Jumat, 11 Juli 2008

Nik Aziz beat modal insan Islam Hadhari…!

Cadangan kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz untuk menjadikan solat sebagai satu syarat kenaikan pangkat bagi kakitangan yang beragama Islam mendapat kritikan mendadak dari media-media yang anti kepada perjuangan Islam.Cetusan idea bijak Tok Guru ini terus dihentam dari pelbagai sudut oleh media seakan-akan inilah peluang mereka bagi menggambarkan buruknya idea dan pemerintahan negeri serambi Mekah di bawah pimpinan ulama ini.

Baca lagi......

Selasa, 08 Juli 2008

Tarian terakhir…!

Tsunami politik yang berlaku terus saja melebarkan gelombangnya hingga menggegar tiang kuasa yang semakin mereput.Fenomena penghijrahan besar-besaran MP BN seperti yang diwar-warkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula menampakkan kebenarannya.Riak politik mula berkocak seperti gunung berapi yang mula memuntahkan laharnya sementelah letusannya akan berlaku bila-bila masa.


jemohid kecil..

Baca lagi......

Senin, 07 Juli 2008

Dugaan orang berjuang.!


Kebetulan berada di Kuala Lumpur 6 hb yang lalu kesempatan itu kami ambil untuk menziarahi anak seorang sahabat dan petugas parti di Hospital Kuala Lumpur.Anaknya terlantar di HKL setelah didiagnosis mengidap Leukimia baru-baru ini.


Sayu hati kami melihat anak sekecil ini tabah menerima ketentuan Ilahi.Kekuatan semangatnya menjadikannya terus bertahan.Pihak hospital bakal menjalankan rawatan chimotherapy sehari dua lagi.Sebelum dipindahkan ke HKL anak kecil ini mendapat rawatan di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan di pindahkan ke sini untuk rawatan lanjut.

Melihat ketenangan saudara Zahari dan isteri barangkali tidak menceritakan kerisauan di hati mereka.`` …Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka hadapi”…Itulah kata-katanya apabila kami cuba berkongsi simpati dengannya.Jelas kekuatan akidah dan tingginya tawakkal memberikan kekuatan kepada mereka melalui detik-detik sukar ini.

Dengan kemampuan yang ala-kadar terpaksalah mereka bersusah payah sedikit untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang mereka di sini.Namun untuk beliau sendiri meminta-minta bantuan dan menyusahkan orang lain jauh sekali.Lantas kami dari exco DPP Rompin mengambil inisiatif untuk menyebarkan berita ini agar dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.Kepada yang berminat untuk bertanya khabar,berkongsi cerita atau ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi beliau dinombor 0199770235 atau datang sendiri ke wad k3 unit Pediatrik HKL.Terima kasih.

By pemudamuadzam

Baca lagi......

Rabu, 02 Juli 2008

Dasar PAS yang ditakutkan?


Masih kedengaran suara-suara sumbang daripada ahli-ahli gabungan Pakatan Rakyat yang fobia dengan Negara Islam yang dihajatkan PAS.Terbaru Parti Keadilan dan DAP seakan-akan bersatu hati hati mengingatkan PAS akan kelangsungan kerajaan Pakatan Rakyat tidak diheret dengan isu penubuhan Negara Islam.

Baca lagi......

Selasa, 01 Juli 2008

Mukhriz keluar UMNO?

1 julai 2008- Dari pagi saya menatap TV dan suratkhabar kalau-kalau ada berita tentang Dato’ Mukriz Mahathir keluar dari UMNO.Apa yang pasti tidak ada satu slot pun yang mengaitkan janji anak bekas PM ini yang mengatakan akan keluar UMNO jika Pak Lah tidak meletakkan jawatan menjelang julai 2008.Apa dah jadi dengan Mukhriz agaknya?.

Melihat pada ayahandanya yang serius dalam berkata-kata terfikir pula kita adakah Mukhriz juga punya keberanian seperti bapanya.Pak Lah belum ada tanda-tanda akan berundur apatah lagi akan meletak jawatan dalam masa terdekat.Janji beliau tidak akan meninggalkan UMNO disaat UMNO lemah di tambah pula dengan desakan Najib yang mahu UMNO diserahkan padanya dalam keadaan sihat walafiat menjadikan Pak Lah tidak ada pilihan lain melainkan meneruskan rentak-tari politiknya.

Atau barangkali Mukhriz termasuk dalam empat orang yang digambarkan oleh Anwar akan meninggalkan UMNO ?Mungkin tidak!Mungkin Mukhriz punya cara yang tersendiri tanpa perlu mengadu nasib bersama MP UMNO yang berpindah ke bahtera Pakatan Rakyat.

Untuk bersama dalam Pakatan Rakyat yang diterajui DSAI barangkali agak mustahil baginya kerana sudah diketahui akan tidak ‘sebulunya’ ayahandanya dengan DSAI.Memisahkan dirinya dengan 'jemaah' UMNO pula mungkin akan membantutkan karier politiknya.Percaturan yang tepat dan bijak amat sukar dibuatnya pada masa ini.Mungkin beliau boleh belajar dari sahabatnya di Terengganu yang pernah berpolemik dalam perlantikan MB tidak lama dulu.

Sama-samalah kita nantikan apakah percaturan yang bakal dilakukan oleh Dato Mukhriz ini.Kita percaya mungkin dalam sehari dua lagi Malaysia akan menyaksikan beliau menegaskan pendiriannya.

pemudamuadzam.

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP