Sabtu, 28 Juni 2008

Jangan tinggalkan bukit Uhud…!


Terjaga ku dari lena yang panjang,
Akibat jerkah sang mujahid,
Yang mengajakku ke bukit uhud,
Puncak mulia jalan keredhaan,

Bukit ini pernah didaki para nabi,
Menjadi idaman para sahabat,
Dicari-cari sang pencari,
Mencari erti sebenar kehidupan,

Bukit ini…,
Gersang…
Berkerikil tajam…
Dan bertebing curam,

Tidak semua menemui bukit ini,
Jika tanpa suluhan hidayahnya,
Tidak semua yang betah mendakinya,
Akibat hidup diulit dunia,

Sudah ramai yang berjaya ke puncaknya,
Beroleh rahmat dan kurnianNya,
Namun ada yang tergelincir,
Jatuh ke lembah indah yang di sangka syurga,

Sekali aku menjumpai bukit ini,
Tak mahu lagi aku meninggalkannya,
Akan ku daki hingga ke akhirnya,
Dengan segala kekuatan yang ada,


Relaku tinggalkan nikmat yang berdusta,
Biar dihina atau dicerca,
Namun langkahku tetap cekal,
Selagi diberikan kekuatan dariNya,

Bagiku bukit ini,
Menjanjikan kebahagian hakiki,
Kemenangan bagi yang mencari,
Kenikmatan bagi yang terpilih.



Jangan tinggalkan bukit uhud/jangan tinggalkan perjuangan.

Baca lagi......

Kamis, 26 Juni 2008

Pakatan Rakyat:; Mehnah dan Tribulasi…!

Di Selangor sudah mula kedengaran sekarang suara-suara sumbang yang mula menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan PKR yang memimpin Pakatan Rakyat di sana.Jika kritikan ini datang daripada ahli di luar gabungan tidaklah menghairankan namun disebabkan ianya datang dari kalangan PKR sendiri nampak macam ada sesuatu yang belum beres atau terlepas pandang.Saya difahamkan berlaku sedikit pergolakan di Selangor berhubung pengagihan jawatan yang tidak melibatkan ahli-ahli keadilan yang setia dan lama dengan parti.Penulis tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak tapi ingin melontarkan sedikit pandangan jika diterima.

Setakat hari ini belum ada apa-apa masalah besar yang berhubung kait dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid yang setanding dengan kemelut dalaman yang berlaku ini.Bermula dengan penggantungan tugas petugas khas kepada MB,Yahya Sahri kemudian perletakan jawatannya sehinggalah komen beliau kepada pihak akhbar menjadikan kemelut ini diikuti seluruh rakyat dan nampak sukar untuk diselesaikan.

Kita sendiri tidak pasti pihak mana yang benar dan salah apa yang pasti bahananya terpalit juga kepada ahli gabungan yang lain.Berebut dan meminta-minta untuk menjadi pemimpin adalah satu yang agak janggal bagi PAS dan mungkin sebab itulah pimpinan tertingi PAS tidak banyak campurtangan dalam hal ini.Namun sebagai ahli PAS saya terpanggil untuk memberi respon.Seperti yang kita maklum kebanyakan ahli-ahli Keadilan adalah serpihan dari parti Umno yang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Sedikit sebanyak trend lama itu akan terbawa-bawa ke dalam gabungan ini.Mungkin melihat pada peluang yang ada mereka rasa mereka layak dihargai dengan diberikan jawatan-jawatan tertentu dalam pentadbiran,tambahan pula apabila ahli-ahli gabungan yang lain juga berpeluang berkongsi mentadbir negeri.

Sebenarnya budaya meminta-minta sesuatu kedudukan atau jawatan amatlah tidak digalakkan oleh Islam.Pemimpin yang baik ialah apabila beliau memegang sesuatu jawatan berdasarkan kebolehannya bukan dengan kemahuan peribadi.Pemimpin mestilah seorang yang benar-benar layak,jujur,ikhlas dan munasabah.Sebab itulah kami dalam PAS diasuh dan dididik dengan kefahaman akidah dan tarbiyyah Islam yang menyeluruh.Usrah misalnya,adalah medan di mana para ahlinya menjalani satu proses pembentukan jiwa dan moral berasaskan semangat ukhuwwah Islamiyah.Keutamaan peribadi dibuang jauh demi menjayakan matlamat jemaah.Saya fikir program sebegini amatlah elok jika dihighlightkan pada ahli gabungan yang lain.

Di sini kita menyeru agar Dato’Seri Anwar menyelesaikan kemelut ini dengan bijak tanpa menjejaskan nama baik pemerintahan Pakatan Rakyat.Fungsi dan pendapat rakan-rakan lain tidak boleh diketepikan. Sebagai ‘kerajaan menunggu’ sepatutnya dari awal lagi tidak perlu timbul perkara sebegini. Kemelut yang sebegini boleh menghakis kepercayaan rakyat jika dibiarkan berpanjangan.Sayugiyalah hendaknya masalah dalaman ini diselesaikan tanpa ada perpecahan dikalangan kita.Wallahualam.




jemohid kecil...



Baca lagi......

Selasa, 24 Juni 2008

PAS perlu ke hadapan…!

Menilai report card Pakatan Rakyat sekarang yang masih belum mencapai prestasi yang memuaskan sebagaimana yang diharap-harapkan.Baik dari segi kerja-kerja kebajikan rakyat,peranan di parlimen mahupun kerjasama dalam pakatan sendiri yang dilihat masih longgar.Melihat keadaan ini saya fikir pakatan ini memerlukan satu ketua yang boleh menggerakkan sebarang tujuan,dasar atau membajai persefahaman supaya boleh bergerak dalam satu pakatan yang mantap.Keadaan sekarang di mana tidak ada mana-mana parti yang mendominasi pakatan ini menunjukkan tidak ada kepercayaan ahli gabungan antara satu sama lain.Mustahil dalam satu muafakat yang besar ini tidak berketua.Pakatan ini memerlukan ‘suara’ yang mewakili mereka.

Parti Islam Semalaysia (PAS) yang di lihat mempunyai pengaruh yang paling besar dalam Pakatan Rakyat boleh diberi ruang yang lebih bagi menggerakkan kesatuan ini.Memang jika dilihat berdasarkan jumlah kerusi Parlimen, PAS agak kurang bernasib baik kali ini kerana mereka banyak meletakkan calun di kawasan majoriti melayu yang masih kurang kesedaran politiknya berbanding bangsa-bangsa lain.Tapi jika dilihat pada dasar PAS ia
nya boleh diterima oleh kedua-dua parti Keadilan dan DAP sebenarnya.

Parti Keadilan Rakyat yang memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat dan cuba menghapuskan sebarang bentuk penyelewengan nyata bertepatan dengan dasar Islam yang dibawa PAS.Begitu juga DAP yang berjuang untuk hak sama rata di kalangan rakyat tanpa mengira kaum selari dengan Islam yang mengambilkira kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau agama adalah tanggungjawab pemerintah.Apa yang jelas sebarang bentuk kebaikan yang cuba dibawa oleh mana-mana parti di Malaysia ini adalah berbetulan dengan PAS yang menjadikan agama sebagai dasarnya.Islam itu sempurna dan patutlah ianya dijadikan cara hidup.Apa yang penting ahli gabungan mestilah memberi kepercayaan kepada pas untuk menggerakkan pakatan yang baik ini.Belum pernah tercatat sejarah PAS mengkhianati sekutunya.

Berdasarkan kepada pengalaman dan struktur organisasi yang baik maka wajarlah PAS mengambil inisiatif untuk membentuk satu pakatan mantap tanpa perlu menuggu lebih lama.Pakatan rakyat tidak boleh membisu dalam suasana negara memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada gabungan ini.Pakatan kini masih dilihat lemah walaupun disaat rakyat sangat-sangat mengharapkan pembelaan.

Besarlah harapan kita dan rakyat agar ulama dan profesional yang ada dalam PAS lebih ke hadapan dan memainkan peranan yang lebih besar tanpa mengharap sesuatu perubahan berlaku tanpa perancangan yang baik.Bertindaklah dengan realistik dan gunakanlah kelebihan tarbiyyah serta struktur organisasi yang baik hingga ke peringkat optimum.Terlalu merendah diri dalam pakatan ini bukanlah satu kebaikan sebaliknya ianya satu peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.


Jemohid kecil…

Baca lagi......

Minggu, 22 Juni 2008

Tiada Layanan Istimewa Untuk Pahang...

Laporan BERNAMA di laman web nya menyebut,

“Rebat Tunai Diperluas Untuk Pemilik Kenderaan 3,000 CC Di Sabah Dan Sarawak”

Sekali lagi, negeri Sabah dan Sarawak mendapat keistimewaan apabila pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel akan diperluas kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti sehingga 3,000cc di kawasan pedalaman .

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan pemilik-pemilik kenderaan jenis itu seperti pemilik kenderaan pacuan empat roda ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Penduduk di kawasan pedalaman di kedua-kedua negeri itu banyak menggunakan kenderaan jenis itu bagi memudahkan urusan pengangkutan memandangkan keadaan permukaan bumi yang bergunung-ganang.


"Telahpun diputuskan untuk memberikan rebat yang sama dengan menambahkan lagi cc bagi kereta-kereta di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga 3,000cc bagi kenderaan yang didaftarkan untuk digunakan di kawasan pedalaman untuk mengangkut barang-barang," katanya.

Alasan keadaan permukaan bumi yang kurang datar mesti juga dirujuk kepada negeri Pahang. Negeri yang terluas di semenanjung Malaysia ini memang banyak jalan-jalan yang tidak datar. Cuba lihat di hulu-hulu dan di kawasan pedalaman Rompin dan Jerantut,hulu Tembeling,Cameron Highland,Genting Highland dan banyak kawasan yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis ini.

Persoalannya, mengapakah negeri Pahang tidak termasuk dalam pemberian ini. Antara sebab yang tidak dapat dinafikan ialah kerana Sabah dan Sarawak adalah penyumbang kepada kemenangan BN. Selain itu, wakil rakyat BN Sabah dan Sarawak juga berani bersuara dan didengari oleh kerajaan pusat.

Siri malang bagi rakyat Pahang.Adakah ahli parlimen dari Pahang tidak mengutarakan masalah ini? Ayuh Ahli Parlimen BN ,marilah lakukan perubahan bersama PR untuk membela rakyat.


...Budak kampung...!

Baca lagi......

Sabtu, 21 Juni 2008

Politik ‘pekung’ : versi Malaysia ala Mugabe!

Melihat perkembangan terkini politik tanah air seakan-akan menonton sebuah drama yang panjang.Pengerusi Parti SAPP ,Dato’ Yong Teck Lee yang mengumumkan hilang kepercayaan kepada pimpinan Perdana Menteri mencetuskan suasana hangat dalam Barisan Nasional.Tsunami politik sejak PRU yang lalu hangat kembali dengan perkembangan terbaru ini.


Panik!.Itulah perkataan yang tepat bagi menggambarkan apa yang berlaku dalam BN sekarang.BN umpama orang yang hampir kelemasan yang akan mancapai apa saja pelampung yang ada demi untuk terus bertahan.’pelampung’ dalam kes ini ialah tuduhan rasuah terhadap Yong Teck Lee.Tuduhan yang kian lama digelapkan media kini disuluh semula.Barangkali ini mesej kepada Yong dan SAPP agar jangan memandai-mandai cuba melawan arus.

Mungkinkah ramai lagi pemimpin sekarang yang mempunyai ‘pekung’ yang tersendiri?Pekung ini selagi mereka tidak menentang arus ianya akan ditutup rapat.Biar berkudis atau bernanah ianya akan tetap digelapkan biarpun rakyat dapat mencium busuknya.

Masihkah ingat lagi kita tentang kisah 18 kes berprofil tinggi yang kini tidak kedengaran?Sebenarnya banyak lagi kes-kes salahlaku pimpinan yang melibatkan kepentingan serta kebajikan rakyat yang disenyapkan begitu sahaja.Antaranya kes rogol gadis bawah umur yang sehingga kini kita tidak tahu akhirannya,kes membawa wang tunai jutaan ringgit ke luar negara yang jumlahnya itu terlampau banyak jika dibandingkan dengan gaji seorang ADUN,kes hutang judi yang mencecah puluhan juta ringgit,kes penyelewengan balak di pahang yang dilapurkan sendiri oleh seorang ahli parlimen kerajaan sedikit masa dulu,kes rasuah yang aduannya bertimbun di Selangor,kes raba seorang wanita baru-baru ini dan banyak lagi yang jika disenaraikan amat panjang.

Kemanakah kes-kes ini menghilang? Jika dibicarakan setakat manakah perkembangannya?Kes-kes yang sebegini sebenarnya menjadi liabiliti kepada pelakunya.Liabiliti yang boleh menghadkan percaturannya dalam politik.Di Zimbabwe Robert Mugabe juga menggunakan pekung-pekung yang sebegini demi mempertahankan kekuasaannya.Sebarang cubaan yang menggugat kekuasaannya akan berakhir dengan pendakwaan dan pemenjaraan.

Inilah sebenarnya politik yang memperbodohkan rakyat.Keadilan dinafikan hanya untuk menjaga ‘orang-orang tertentu’.Dan sehingga kini mereka inilah yang terus menguruskan wang negara dan amanah rakyat.Bolehkah rakyat terus selamat jika mereka dipimpin oleh orang yang cekap mengambil kesempatan?Terserahlah pada rakyat untuk menilainya kembali.

Apa yang pasti SAPP sudah mula merasa bahananya akibat cuba melawan arus.Apakah 30 ahli parlimen yang lain juga ada keberanian yang untuk melakukannya?Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan episod tsunami politik yang sedang melanda ini.Wallahualam


jemohid kecil blog pemudamuadzam.

Baca lagi......

Penguasaan Dajjal; Tanda Kelemahan Ummah!


Minggu lalu puluhan ribu rakyat Perancis turun ke jalanraya membantah lawatan presiden Amerika George W Bush.Bantahan besar-besaran ini ekoran pencerobohan Amerika ke atas Afghanistan,Iraq dan Palestin.Semangat solidariti ini menunjukkan kezaliman Bush dan Israel tetap mendapat perhatian dunia walaupun mereka memandang rendah kedaulatan negara lain.Bagi rakyat Perancis yang majoritinya bukan Islam tidak mahu negara mereka menjalinkan hubungan akrab dengan negara ‘paksi kejahatan’ itu.

Pelik tapi itulah yang berlaku.Negara Barat dan Eropah yang jauh dari nikmat Islam Berani bangkit menentang kezaliman Amerika dan Zionis ke atas umat Islam tapi bagi negara-negara Islam sendiri amatlah dingin tindakannya.Kebanyakannya masih menikus di bawah bayang-bayang Bush dan Zionis.

Setelah berdekad lamanya dunia dipertontonkan dengan kebiadapan dua negara ini namun keadaan masih jua tidak berubah.Umat Islam terus ditindas dan dizalimi sesuka hati tanpa ada pihak yang berani membela.Di Palestin contohnya,tempat suci dan benteng terakhir umat Islam ini sentiasa diperbudak-budakkan oleh negara haram Israel.Hampir setiap hari ada saja pembunuhan kejam yang dilakukan oleh ‘syaitan besar’ ini.

Anak-anak muda yang bangkit menentang pencerobohan negara mereka dianggap pengganas,label yang cuba disinonimkan dengan umat Islam.Adakah adil menentang kezaliman dianggap ganas?

Sangat menyayat hati apabila apbila kanak-kanak dan wanita Islam dibom,dibunuh malah dirogol tanpa pembelaan yang sewajarnya dari negara-negara Islam yang lain.Rakyat yang bersenjatakan lastik dan batu bertembung dengan zionis dan Amerika yang bersenjata canggih!Malah dijadikan tempat ujian bagi senjata-senjata mereka.

Memang kedengaran suara-suara yang mengutuk serangan ini dari negara-negara Iran dan Syria namun tidak ‘minat’ untuk diikuti oleh negara Islam yang lain.Pemerintah yang telah mabuk dengan kuasa dan kekayaan melihat isu ini sebagai masalah negara lain tanpa berani mengambil risiko kerana takut kehilangan kuasa dan kemewahan yang ada.Pendekatan ‘membisu’ dianggap bijak demi menjaga hati ‘polis dunia’ walaupun saudara seagama dizalimi.

Jelas, di akhir zaman ini umara’ lebih sayangkan kuasa dari menjaga kemaslahatan ummah.Sebab itu tidak pelik apabila negara-negara Arab dan negara-negara yang mendakwa negara Islam masih tercari-cari formula penyelesaiannya.Persidangan demi persidangan yang dianjurkan menjadi pentas lakonan bagi mereka namun isu ini tetap berlarutan.Dimana kekuatan solidariti Islam dalam hal ini?Apakah kita berharap yang PBB akan campurtangan?Samasekali tidak!.Walaupun keahlian ada terdiri dari negara-negara Islam tapi gagal dalam mendesak ‘badan demokrasi’ dunia ini untuk bertindak adil.

Malaysia sendiri pernah menjadi Pengerusi Negara-Negara Islam (OIC) di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.Namun kelemahan dalam mentadbir-urus negara terbawa-bawa dalam pakatan yang besar ini.Kekuatan yang ada gagal dimanfaatkannya untuk memangkin kebangkitan ummah.Rupanya slogan yang lunak tanpa diikuti dengan tindakan yang selari dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul tidak membawa apa-apa kebaikan kepada ummah.

Inilah tanda-tanda akhir zaman.Umat Islam digambarkan seperti buih yang memutih tapi tidak ada kekuatan.Puncanya apabila Islam di ambil sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain.Islam yang di anuti sekadar kosmetik tanpa diamalkan mengikut Al-Quran dan Sunnah.Itulah realitinya ummah sekarang.Sebarang konflik sama ada di Palestin mahupun di negara-negara umat Islam yang lain masih jauh penyelesaiannya selagi ummah itu sendiri tidak bersatu dibawah payung wahyu dan sunnah Rasul S.A.W.




Jemohid kecil..blog pemudamuadzam

.

Baca lagi......

Kamis, 19 Juni 2008

Pakatan Rakyat: menunggu wisel ditiup?

Seperti yang diwar-warkan Malaysia yang kita cintai ini bakal beralih teraju pemerintahan insyaAllah pertengahan september ini.Rakyat dalam debar meunggu tarikh tersebut dengan pelbagai persoalan dan spekulasi.Apakah benar satu peralihan akan terjadi?Di kalangan mereka ada yang percaya dan ada yang mempertikaikannya.Bagi saya berdasarkan perkembangan terkini tidak mustahil ianya boleh berlaku.Apa yang saya mahu sentuh ialah kesediaan Pakatan Rakyat bagi mengambil-alih kuasa seandainya ia benar-benar berlaku.Biarlah kita berpandangan realistik dan mengambil langkah yang perlu daripada sekadar bercakap tanpa melakukan gerakerja yang mantap ke arah itu.

Setakat manakah persediaan yang telah dilakukan?Sejauh manakah kesepakatan Pakatan Rakyat dalam berkongsi kuasa ini?Perlu ada formula bijak yang boleh di terima pakai agar kerajaan yang ditubuhkan kukuh dan bersatu atas satu prinsip/dasar.

Peralihan kusa yang bakal berlaku mestilah lancar tanpa berlaku suasana ‘hang’ dalam sistem pentadbiran.Walaupun barangkali perbincangan mengenai ini sudah berada di tahap akhir namun perlu diingatkan agar pihak pakatan bersedia sementara rakyat menilai gerakerja kita sekarang.Jangan sampai mitos negara akan kucar-kacir jika tidak diurus BN menjadi kenyataan.

Berkenaan pengisian jawatan-jawatan di kabinet contohnya,siapakah yang sesuai memegang satu-satu jawatan amatlah penting.Kita tidak mahu kelemahan pentadbiran sesuatu kementerian seperti yang berlaku sekarang berterusan.Perkara ini sebenarnya sudah boleh dibayang kan kepada rakyat agar kesungguhan kita dilihat serius.Rakyat perlu diyakinkan dengan gerakerja yang bijak/’smart’ bagi mengelakkan sebarang kekalutan mahupun provokasi jahat musuh.


Begitu juga dengan dasar-dasar kerajaan yang akan dijalankan perlu di’highligt’kan kepada rakyat.Pakatan tidak boleh bermodalkan penurunan harga minyak semata-mata jika mahu rakyat menerima kerajaan baru ini.Perlu ada manifesto/visi yang yang jelas yang mana mestilah dinilai dan dibincang berdasarkan pandangan-pandangan rakyat.

Yang Di Pertuan Agong juga mestilah diterangkan dengan jelas mengenai peralihan ini.Baginda perlu difahamkan peralihan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.Begitu juga dengan pihak keselamatan yang menjaga ketenteraman negara.Alangkah baik jika proses peralihan ini dikawal dan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka.Sudah tentulah huru-hara atau provokasi lawan dapat dipatahkan dengan mudah demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Pada hemat saya semua perkara ini mestilah bergerak sekarang tanpa perlu menungu detik peralihan menjelang september ini.Jika benar berlaku peralihan kuasa biarlah ia berlaku dengan lancar dan licin disambut gembira oleh rakyat tanpa ada pihak yang dipinggirkan.


Sebaliknya jika ia tidak berlaku setidak-tidaknya pihak Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk barisan alternatif yang betul-betul mantap dan diyakini rakyat.Pencapaian dalam muafakat untuk membentuk kerajaan adalah satu kejayaan yang amat besar.Setidak-tidaknya rakyat sudah melihat ada kerajaan alternatif yang boleh memerintah dengan lebih adil dan berhemah.



ini sekadar pandangan penulis...



Jemhid kecil..blog pemudamuadzam.blogspot.com

Baca lagi......

Selasa, 17 Juni 2008

Lawatan kerja, MB Pahang ke mana?


Merujuk kepada laman web kerajaan negeri Perak, MB Perak sudah mengadakan lawatan kerja ke seluruh daerah di Perak pada 9 Jun 2008. Bersungguhnya MB perak ini berkhidmat kepada rakyat. Hanya baru menerima amanah selama 83 hari sebagai MB sudah berjaya menyelami masalah rakyat seluruh daerah.

Penduduk Rompin perlu bertanya, kemanakah MB Pahang?Dah berapa lama MB tak singgah di Rompin dan mendengar sendiri permasalahan rakyat?

Bilakah mahu melawat ke Rompin? Mendengar masalah tanah orang Rompin? Tunaikan janji MB dan ADUN-ADUN kepada masyarakat Rompin? Menyelesaikan masalah orang Asli Rompin? Mendengar rungutan kelewatan projek politeknik Muadzam Shah?

Dengar cerita YB Muadzam ada turun baru-baru ini ke Bandar Muadzam tapi sambutan rakyat amat dingin.Mengapa terjadi begitu?


Ke mana perginya MP Rompin? Mengapa tidak memberi penjelasan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak?


Rakyat di Muadzam contohnya masih tertunggu-tunggu penyelesaian isu tanah Sungai Peha yang berlarutan sehingga beberapa kali pilihanraya...!Berdasarkan kepada apa yang berlaku di peringkat nasional mahupun tempatan penolakan rakyat ke atas BN makin ketara.Tahniah masyarakat Rompin yang semakin celik berpolitik!








bunga teratai


Baca lagi......

Senin, 16 Juni 2008

KONVENSYEN PAS KAWASAN ROMPIN.


15 JUN 2008-Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Rompin telah dengan jayanya mengadakan Konvensyen Pas Kawasan yang pertama bagi tahun ini.Konvensyen yang bertujuan merancang,menilai dan menyelaras segala gerakerja parti di semua peringkat bagi menghadapi PRU yang ke 13 nanti.Dalam PRU yang ke 12 yang lalu PAS dan sahabat nya PKR gagal meraih sebarang kerusi dalam Parlimen Rompin ini.Untuk itu satu gerakerja yang di garap rapi dan gabungan yang mantap amat perlu dalam mengharap kemenangan dalam PRU yang akan datang.


Progaram yang di adakan di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah ini bermula sejak jam 9 pagi lagi.Ucaptama disampaikan oleh Ustaz Shukri Haji Ahmad,Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin.Beliau dalam ucapannya menekankan perlu petugas-petugas parti mempunyai azam yang tinggi dalam melalui liku-liku perjuangan yang getir ini.Menurutnya Pas terus komited berjuang untuk Islam dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.Sedikit kemenangan yang diberi oleh Allah kepada Pakatan Rakyat baru-baru ini menurutnya satu ujian besar yang mesti dihadapi dengan bijak dan bersyukur

Setelah kian lama stigma yang mana hanya Barisan Nasional yang mampu memerintah kian ditolak rakyat.Walaupun kesedaran dikalangan masyarakat melayu masih kurang berbanding bukan melayu namun kita optimis dengan gerakerja yang baik serta penerangan yang menyeluruh dapat masalah ini akan dapat diatasi sedikit masa lagi.

Dalam ucapannya padat itu beliau sempat mengupas isu-isu semasa dan menghuraikan halatuju perjuangan parti.

Konvensyen ini juga membuka ruang kepada ahli dan petugas parti membahas dan melemparkan idea dalam usaha memperkasa dan melancarkan pergerakan jemaah .Segmen ini dipengerusikan oleh Encik Mazlan Yassin seorang pakar motivasi merangkap Timbalan Yang Dipertua Pas KawasanRompin.Respon yang diterima dari peserta amat menggalakkan.Idea and Input yang dilontarkan ini kemudiannya dibincangkan dalam segmen bengkel kemudiannya.

Tumpuan kepada jentera parti,tarbiyyah,penerangan dan kewangan dibincangkan dengan lebih halus.Satu demi satu kertas kerja meliputi aspek teknikal dan taktikal dibentangkan.

Konvensyen yang berakhir jam 2.30 petang ini akhirnya menghasilkan satu resolusi yang hebat dan amat berguna.Jika ianya dijelmakan dengan gerakerja yang tersusun dan berperancangan tidak mustahil menjelang PRU ke 13 Pas dan Pakatan Rakyat akan merampas Parlimen Rompin dan Dun nya daripada Barisan Nasional.




Laporan oleh..jemohidkecil.

Baca lagi......

Shahrir Samad dan perjuangannya…!

Kesan atau akibat dari kenaikan harga minyak dan perubahan cara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat mula dirasakan sekarang.Barang-barang dapur dan basah seperti ayam,ikan,daging serta sayur-sayuran melonjak naik harganya walaupun pada awalnya kerajaan berjanji bahawa harga barang-barang tidak akan naik harga.Jika sekilo ayam mencecah rm8 mampukah rakyat berpendapatan rendah memilih ayam sebagai menu ‘mingguan’ mereka?Golongan buruh dan petani hanya mampu mencium bau kari yang enak dari dapur golongan berada.

Pegawai pemantau harga barang yang dilantik KPDNHEP menjelang pilihanraya umum lalu kelihatan agak samar fungsinya malah gagal mengekang kenaikan harga barang yang melambung.Mungkin ianya sekadar untuk melegakan hati rakyat akibat bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi menjelang PRU yang lalu.

Permasalahan ini sepatutnya mendapat tindakan langsung menteri yang bertanggungjawab Dato’ Shahrir Abdul Samad,antara tokoh yang dianggap bijak pandai yang masih bertahan di dalam UMNO.Beliau kelihatan masih tercari-cari formula bagi menyelesaikan kemelut ini.Keadaan pasaran yang menuntut kenaikan harga akibat pertambahan kos pengurusan dan pada masa yang sama cuba membuktikan kebijaksanaaan perdana menteri menaikkan harga bahan api amat menghimpit beliau.

Sebenarnya jika diberi peluang beliau menyelesaikan krisis ini dengan pengalaman dan kebijakan beliau mungkin lambat atau cepat ianya akan selesai.Yang menjadi masalahnya apabila harga bahan api dinaikkan oleh PM tidak dalam jangkamasa yang dicadangkannya.Keadaan pasaran kita yang tidak bersedia dengan kenaikan yang mendadak ini membawa masalah kepada beliau.Tersepit antara kehendak ‘bos’ dan kepentingan rakyat menjadikan isu ini ujian getir baginya.

Jika di zaman Tun Dr Mahathir dulu beliau dilihat seakan-akan mempunyai prinsip dan arah tuju perjuangan yang jelas untuk rakyat,namun sebaik sahaja dibawa masuk ke kabinet lain pula jadinya.Suara Pak Lah yang keluar dari 'mulut'nya walaupun kedengaran lunak namun amat membebankan rakyat.Adakah ini bukti menjadi pengkritik lebih mudah daripada dipertanggungjawabkan?

Dato’ Shahrir jika ikhlas ingin berjuang untuk rakyat mengapa saja tidak bersama adindanya yang istiqamah dalam Pakatan Rakyat?Sekaranglah masanya untuk meninggalkan perjuangan feudelisme UMNO (seperti katanya bulan mei lalu) kepada perjuangan rakyat yang didokongi Pakatan Rakyat.Di sini Dato’ boleh membela nasib rakyat tanpa perlu menjaga kepentingan pihak-pihak yang tertentu berasaskan prinsip-prinsip keadilan,kebajikan serta kesejahteraan rakyat selari dengan prinsip yang Dato’ pertahankan sekian lama.

Sebenarnya tanggungjawab pemimpin amatlah besar.Islam meletakkan setiap pemimpin WAJIB bertanggungjawab atas kebajikan rakyatnya.Ingatlah bahawa Saidina Umar Ibnu Khattab pernah memikul sendiri guni gandum untuk rakyatnya yang kelaparan.Contoh teladan yang telah ditinggalkan Nabi dan para sahabat sepatutnya menjadi ikutan agar tidak ada rakyat di sebuah ‘negara islam’ yang teraniaya tanpa mengira bangsa dan agamanya.

p/s…ini adalah pendapat penulis semata-mata.Ingat-mengingati sesama muslim itu WAJIB.

Jemohid kecil MuadzamShah.

Baca lagi......

Minggu, 15 Juni 2008

Sajak untuk rakyat

Minyak,

Kau pencetus revolusi,

Kau pengerak kemajuan,

Kaulah pembakar semangat,

Kerana kaulah kami bangkit,

Kerana kau negara pernah dijajah,

Kerana kau demontrasi bercambah,

Dan kerana kau rakyat gelabah,


Minyak,

Manusia tamak kerana kau,

Manusia hilang moral kerana kau,

Manusia hilang kasihan belas kerana kau,

Kau milik rakyat,

Kau kepunyaan manusia sejagat,

Kau hak semua.


Minyak,

Kau ciptaan Allah yang berharga,

Kau berguna untuk ke tempat kerja,

Kau diguna penjaja,

Kau penggerak,

Kau naik,

harga barang naik,

kau harus diturunkan

penaik harga kau jua mesti turun,

turun...turun..!

turun BN!


By Bunga teratai..muadzam shah...

Baca lagi......

Jumat, 13 Juni 2008

Sejarah perjuangan rakyat tercatat di Muadzam Shah.

video

klip bantahan harga minyak di muadzam.

14 jun 2008 sabtu: Bertempat di tapak pasar minggu bandar Muadzam Shah himpunan aman yang mencatat sejarah bagi Parlimen Rompin di adakan.Program membantah kenaikan harga minyak ini dianjurkan oleh gabungan Pakatan Rakyat Kawasan Rompin serta penduduk tempatan. Himpunan yang julung kalinya diadakan di Bandar Muadzam ini mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk tempatan yang keluar membeli-belah di pasar minggu pada hari ini.

Dimulakan dengan ucapan ringkas ketua pemuda Pas Kawasan Rompin,ustaz Nazri Haji Ahmad yang menarik perhatian orang ramai mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan sekarang.

Encik Mazlan Mohd Yassin Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin yang mengambil tempat selepas itu juga menegaskan kenaikan harga minyak ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber yang boleh dieksplotasi untuk keuntungan negara.NGV katanya, satu sumber petroleum yang gagal dimanfaatkan dengan baik oleh kerajaan.Beliau mempersoalkan mengapa NGV ini tidak dibangunkan dengan lebih meluas sebagai alternatif kepada penggunaan petrol. Diakhir ucapannya yang bersemangat itu beliau sempat mencabar mana-mana pemimpin UMNO di kawasan Rompin ini berdebat dengannya mengenai isu minyak ini.

Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin Ustaz Haji Shukri Haji Ahmad mengajak masyarakat memikirkan implikasi dari kenaikan harga minyak ini.Katanya negara tidak aman lagi apabila rakyat hidup terdesak hinggakan jenayah rompak,curi dan dan sebagainya berleluasa akibat kenaikan harga minyak yang menyempitkan hidup rakyat.Menurut beliau kenaikan ini adalah satu bala dari Allah akibat kelemahan pemerintah serta ekoran kesilapan rakyat yang memilih kerajaan yang ada sekarang,dan rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkannya.

Protes yang berlaku di seluruh negara ini akan diteruskan lagi pada 5 julai ini di Kuala Lumpur.Dijangka sejuta rakyat akan turun ke jalanraya bersama-sama sebagai tanda bantahan dengan kenaikan harga minyak ini.




gambar-gambar lain klik pada gambar disebelah!

oleh pemudamuadzam

Baca lagi......

Rebat minyak:Tanda kerajaan prihatin?


14 jun 2008-Hari ini orang ramai mula keluar berpusu-pusu ke pejabat Pos untuk menuntut bayaran rebat bagi petrol.Ini langkah terbaru kerajaan kerajaan bagi mengurangkan tekanan yang rakyat deritai dalam krisis kenaikkan harga minyak baru-baru ini.

Di bandar Muadzam Shah kelihatan orang ramai mula memenuhi perkarangan pejabat pos di sini sejak jam 8 pagi lagi.Perkarangan pejabat pos yang sempit dilihat sesak dengan kehadiran yang begitu ramai sejak awal pagi lagi.

Mereka mengambil kesempatan diawal pagi ini untuk melunaskan janji-janji kerajaan itu.Bagi kebanyakan mereka walaupun rebat ini tidak sepadan dengan kos yang terpaksa ditanggung akibat kenaikkan harga minyak dan barangan namun kesempatan untuk mendapatkan semula sedikit ‘bonus’ diharap dapat meredakan seketika krisis harga yang terpaksa diharungi ini.

Sambil beratur bagi menuggu giliran itu mereka menjadikan isu harga minyak sebagai topik perbualan di awal pagi ini.Mereka berpendapat langkah terbaru ini hanya sekadar penyelesaian sementara yang tidak berpadanan dengan perbelanjaan tambahan yang terpaksa dikeluarkan dalam masa setahun.

Apakah rebat ini berjaya mengubat hati rakyat yang terluka akibat perbuatan yang tidak bijak oleh kerajaan?Dan apakah rakyat akan berhenti daripada mendesak kerajaan agar mengkaji semula kadar harga minyak yang baru ini?Sekali lagi rakyat mengingatkan agar ‘bonus’ ini bukanlah ole-ole yang boleh menutup mulut rakyat daripada mempertahankan hak mereka.Rakyat tetap akan menggunakan apa-apa jua saluran yang ada bagi memberi tekanan kepada kerajaan sehinggalah perubahan ke arah kebajikan hidup mereka dibuat.

Kerajaan walaupun seakan-akan cuba membetulkan kesilapan mereka tapi langkah yang diambil masih belum cukup berbanding kasusahan yang terpakasa ditanggung rakyat.








oleh pemudamuadzam

Baca lagi......

Suara rakyat bergema lagi..!

video

sedikit klip himpunan aman 13 jun 2008


Gambar-gambar...!



























































Kami tidak perlu mengulas lebih lanjut lagi tentang demo yang berjaya ini.Pun begitu tahniah kami ucapkan kepada yang terlibat.5 julai nanti kita ketemu lagi..

jemohid kecil.



Baca lagi......

Rabu, 11 Juni 2008

Masyarakat asli;Benarkah mereka dibela?


Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula di duduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.


Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.(sumber wikipedia/JHEOA)

“50 tahun merdeka, Orang Asli terus dibela,” kata pimpinan kerajaan BN.

“50 tahun merdeka, Orang Asli tetap ketinggalan” kata masyarakat Orang Asli.

Pilihanraya Umum ke-12, medan janji-janji untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin khususnya di Muadzam Shah .Janji lama belum tertunai, janji baru ditabur-tabur seperti memberi makan kepada ayam ternakan. Isu tanah, menghantui masyarakat Orang Asli . Sampai bila masyarakat ini menjalani hidup nomad yang berpindah randah dari satu tempat ke suatu tempat. Mana tapak rumah? Mana tanah untuk pertanian? Mana hutan tempat mencari rezeki? Mereka merempat di tanah nenek moyang sendiri.Menjelang pilihanraya mereka di jamu seperti raja.Apa yang dihajati akan datang mencurah-curah supaya undi masyarakat asli ini tidak lari kepada pembangkang. Diberi barang keperluan untuk 2/3 minggu. Dibiarkan mereka khayal buat sementara agar terasa hidup mereka dibela. Apakan daya, keseronokan hanya sementara.

Jika dibela,

  • Tanah pertanian diberi hak,
  • Tapak rumah disediakan,
  • Hutan tempat sumber pendapatan dipelihara


Bukanlah,

  • Di ambil berat hanya menjelang pilihanraya dan,
  • Diberi keseronokan sementara,
  • Diberi hiburan semata-mata.

Ayuh, bangkitlah masyarakat Asli untuk membela nasib di bawah Barisan Rakyat (PAS, Keadilan,DAP). Cukuplah beri peluang kepada BN. Masa untuk berubah. Jangan tunggu masa pilihanraya umum . Sekaranglah bertindak membentuk barisan membina kekuatan.

Pembaca sekalian, jangan hanya menjadi penonton. Masyarakat asli juga manusia mahukan kehidupan yang lebih baik. Sebagai mana rakyat bumiputera yang lain mereka juga wajar mendapat pembelaan yang sepatutnya.Timbulkan kesedaran kepada mereka untuk keluar daripada 'fakta-fakta yang mempersonakan' kepada hakikat yang sewajarnya.


oleh..bunga teratai.

Baca lagi......

Selasa, 10 Juni 2008

'Demonstrasi VS Demokrasi tempang..!'

Demam demonstrasi datang lagi.Kemuncaknya menjelang pengumuman Pak Lah tentang kenaikkan harga minyak yang mengejutkan.Rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan masing-masing mengeluh dan mengadu semakin terhimpit kehidupan mereka.Kerajaan yang memang sudah menjangkakan perkara ini masih boleh berlagak selamba seolah-olah langkah sumbang ini di sambut sorak-gembira oleh rakyat kebanyakan.

Lantaran keluhan dan rintihan mereka tidak diendahkan rakyat bangkit bersuara.Jalan alternatif yang masih ada ialah dengan ‘demonstrasi aman’.Tidak perlulah memujuk hati rakyat lagi supaya teguran-teguran dibuat melalui ‘saluran yang betul’ lantaran saluran itu sendiri sudah tersumbat dengan kerenah birokrasi.

Di Malaysia walaupun media-media pro kerajaan tidak memaparkan gambaran sebenar mengenai demonstrasi rakyat tapi ianya semakin mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.Rakyat yang celik terhadap kepincangan dan penyelewengan mengambil jalan ini agar suara mereka yang dikongsi bersama dapat diambil kira dengan cara yang lebih serius.

Demonstrasi bukanlah perkara baru dalam sistem demokrasi.Di barat dan eropah demonstrasi dilihat amat berkesan dalam memberi peringatan langsung pada kelekaan kerajaan.Kerajaan mereka pula walaupun ‘takut’ dengan perkara sebegini tapi ruang untuk rakyat berhimpun dan menyuarakan pendapat tidak dihalang.Apa yang nyata demokrasi dukungan barat tidak seiring dengan demokrasi celup ala Malaysia.


Di Malaysia menjadi satu ke’pantang’an bagi kerajaan jika rakyat berhimpun sebegitu.Tatkala didengar tentang perhimpunan rakyat akan berlangsung maka berduyun-duyunlah anggota keselamatan turun untuk menggasak dan menakutkan mereka.Berbagai cara dilakukan untuk menyekat hak rakyat ini sama ada melalui tangkapan,ugutan,provokasi sehinggalah ke isu permit.

Berlindung di sebalik anggota keselamatan kerajaan tanpa segan-silu menghalalkan pembantaian dan tangkapan terhadap para peserta demonstrasi.Air asid,gas pemedih mata,dibelasah dengan cota mahupun diterajang sudah menjadi kebiasaan.Mulut rakyat perlu ditutup rapat dan hanya perlu didengar menjelang pilihanraya.

Itulah realitinya sehingga kini walaupun telah mendapat mesej yang jelas dalam pilihanraya yang lalu.Sepatutnya pihak anggota keselamatan perlu tahu bahawa rakyat bukan ingin membuat rusuhan dan berbunuh-bunuhan,mereka Cuma ingin suara dan kehendak mereka didengar kerana sebagai rakyat yang sah di negara ini kerajaan mesti mengambilkira pandangan rakyat.Tidak semestinya apabila mereka menang dengan majoriti dalam pilihanraya menjadi tiket untuk berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan kebajikan rakyat.

Kita cuma boleh berharap agar selepas ini kerajaan mahupun pihak keselamatan tidak lagi menyekat atau melakukan sebarang provokasi terhadap perhimpunan aman yang dianjurkan.’Suara rakyat suara keramat’ dan kerajaan perlu bertolak-ansur terhadap rakyat.Semoga negara kita maju selangkah lagi ke hadapan dan meninggalkan nostalgia ‘demokrasi tempang’ yang telah menjadi cemuhan dalam sistem demokrasi.


Jemohid kecil..

Baca lagi......

Jumat, 06 Juni 2008

Pak Lah: kelemahan demi kelemahan.

Abdullah Hj Ahmad Badawi atau lebih kita kenali sebagai Pak Lah selaku ketua kerajaan Malaysia dilihat semakin lemah kepimpinannya .Isu demi isu yang timbul menjelaskan lagi keadaannya itu.Bermula dengan slogan menghapuskan rasuah kemudian dihambat dengan isu-isu penyelewengan,harga barang,Altantuya,Pulau Batu Putih dan yang terkini isu harga minyak,hampir kesemuanya tidak diselesaikan dengan baik.Sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pemerhati politik dan rakyat tentang kepimpinannya, yang pada peringkat awalnya mendapat sokongan majoriti rakyat tapi gagal dalam menyelesaikan sebarang konflik.

Jika ingin maju menjelang 2020 Malaysia perlukan seorang pemimpin yang berkarisma dan tidak terkepung dengan slogan-slogan yang lunak semata-mata.Mencari seorang pemimpin yang berpandangan jauh,kreatif dan bijak dalam membuat dasar atau keputusan memang sukar.

Setakat ini segala percaturan dan kepimpinan Pak Lah masih belum menepati standard itu apatah lagi sekurang-kurangnya menyaingi bekas bosnya,Tun Dr Mahathir.Walaupun kita tidak bersetuju dengan Tun dalam beberapa hal tapi kita masih boleh menerima visi dan ideanya dalam beberapa perkara.

Pak Lah dan para penasihatnya seolah-olah sudah kekeringan idea dan hilang punca dalam menyelesaikan permaslahatan rakyat.Contoh yang paling hampir ialah dalam isu kenaikkan bahan bakar yang nyata amat membebankan rakyat.Tidak kelihatan 'Hang Nadim' dengan pandangan yang bijak.Masih adakah seorang tokoh yang boleh dianggap ‘negarawan’ di kalangan pimpinan kerajaan kini.?Dato Seri Najib yang sepatutnya memberi sokongan dan input berguna dalam pentadbiran Pak Lah juga kelihatan lesu dan buntu idea, mencerminkan ketidaksediaannya dalam mengambil alih kepimpinan negara.

Tokoh pemimpin yang layak kelihatan berada di luar kerajaan.Walaupun dinafikan pendapat dan peranan mereka dalam pemerintahan tetapi masih kelihatan releven untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.Antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pada pandangan kita mempunyai visi dan karisma untuk memimpin negara.Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam sistem pemerintahan dan lebih ‘mesra rakyat’.Kita percaya dengan gandingan mereka negara akan ditadbir dengan lebih terurus dan kebajikan rakyat diutamakan.

Seperti kata Tun bahawa negara berada di tangan kepimpinan yang silap bahkan seirama dengan apa yang di dakwa pihak pembangkang maka sewajarnya perubahan dalam pucuk pimpinan negara dilakukan.Kita tidak mahu negara semakin mundur ke belakang dengan langkah-langkah yang tidak popular dan perdana menteri sekadar memenuhi kerusi empuknya sahaja.

Sudah sampai masanya kepentingan rakyat di ambil dengan cara yang lebih serius dan hak rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat.Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti negara Zimbabwe atau Myanmar 10 tahun akan datang.


by jemohid kecil



Baca lagi......

Kamis, 05 Juni 2008

Borak pasal minyak...





Kawan tengok rakyat marah betul gayanye kali ini.Yang kawan dok herannye ahli umno pun marah jugak! Ape kes plak ni!? Kan ke yang menaikkan rega minyak tu orang ameno yang deme sokong, abis tu buat ape marah plak.Dulu time dekat ngundi awaklah jugak yang kempen ameno je yang pandai memerintah.kalau pas memerintah awak kata negara akan bangkrap? Sekarang ni nak kata apa?

Kita semua tahu yang tak semestinya dengan menaikkan harga minyak dapat memberi keselesaan kepada rakyat.betul tak? Rakyat yang miskin yang cuma mampu pakai kereta lama dan motor buruk macam saya ni cukup terasa bebannya.Mana nak bayar rumah,api,air,dapur dan anak-anak sekolah?Sedangkan pendapatan majoriti rakyat tidak bertambah selari dengan kenaikkan harga minyak.Kerajaan dok asyik membandingkan harga minyak kita dengan singapura dan Thailand.Yang kerajaan tak bagi tau gaji tukang sapu rakyat singapura je beribu ringgit sebulan.,lojiklah dengan pendapatan perkapita diorang.

Bagi kawan dengan orang-orang pas yang lain tak peliklah pasal itu memang dah kami jangka.Dah jenuh berceirta pasal ni masa kempen PRU itu hari tapi masih ada rakyat yang belum mendapat maklumat yang tepat dan terpedaya dengan ‘kebijaksanaan’ ameno kununnya.

Kawan tak tahulah macam mana nasib kebanyakan orang-orang susah selepas ini bila kerajaan tidak memikir kebajikan rakyat.Agaknye mentang-mentanglah minyak kereta,tol,rumah dan elaun diorang rakyat yang tanggung sampai mereka lupa kesusahan rakyat.

Kawan memang tak nafikan rakyat Malaysia ni baik orangnya.Sanggup terima apa jua yang kerajaan buat dan kalau tak bersetujupun setakat di kedai kopi je,tidak macam di negara lain yang kerajaan mereka boleh jatuh dengan dengan sebab harga barang naik.Agaknya di Malaysia kita ni kalau jadi macam zaman batu dulu tu pun tetap jugak BN yang memerintah kut.?


fikir-fikirkanlah...


by jemohid kecil.

Baca lagi......

Rabu, 04 Juni 2008

Yahooo! Minyak naik lagi.









Seperti yang diwar-warkan pembangkang dan dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan BN sebelum Pilihanraya umum yang lalu pada hari ini khamis 05-06-2008 maka terbuktilah siapa yangberbohong.Harga minyak petrol dan diesel dinaikkan lagi,kali ini dengan jumlah yang lebih besar dari sebelumnya.PM kita dengan bangganya mengumumkan kenaikkan ini yang dikatakan ‘terpaksa’ ekoran kenaikkan harga minyak dunia.

Keputusan ini hasil mesyuarat kabinet sejak memenangi pru yang lalu.`PELIK’ kerajaan ini yang `berhempas-pulas’ memikirkan cara untuk menyenangkan rakyat dan hanya inilah yang termampu difikir oleh `kebijaksanaan’ mereka.

Kita masih ingat kerajaan BN berjanji bahawa minyak tidak akan naik selepas pru seperti yang didakwa pembangkang.Rakyat yang terpedaya dengan janji manis ini tanpa segan-silu mengundi BN dan hari ini tanpa segan-silu pula kerajaan BN memulangkan `bonus’ pelaburan mereka.

Alasan ekoran kenaikkan harga minyak dunia tidak relevan kerana kita merupakan antara negara pengeluar minyak utama dunia dan kita menjual minyak kita pada harga yang tinggi berdasarkan harga pasaran semasa.Yang anehnya keuntungan hasil jualan minyak ini` tidak mampu’ untuk menampung penjualan minyak pada harga yang rendah untuk rakyat sendiri?Apakah kerajaan akan bangkrap kalau berbuat begitu?

Mahu tidak mahu keputusan sudah dibuat dan memang sudah dijangkapun ekoran `lawak jenaka’ yang dipaparkan dalam cara mengatasi pembelian minyak oleh warga asing yang masuk ke negara kita baru-baru ini. Rakyat terpaksa menerimanya untuk kali yang entah keberapa dan terpaksa juga berhadapan dengan kenaikkan harga barang-barang selepas ini.

Jadikan kali ini pengajaran yang pahit dan jangan pula `melayu mudah lupa’ berulang kembali.Kita mesti menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada kerajaan BN dalam pilihanraya selepas ini.

Gambar-gambar menunjukkan orang ramai berpusu-pusu ke stesyen minyak untuk membeli minyak pada harga yang `rendah’ sebelum harga baru berkuatkuasa di muadzam shah.


oleh ibnu A.M

Baca lagi......
kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin mengambil sebarang artikel dari blog ini...

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP